Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011 | Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

  Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

 

  Assalam kawan kawan , Guru penjana Transformasi Pendidikan Negara . Ini tema hari guru pada tahun ini . Disini aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat guru-guru di malaysia . Tak lupa kepada guru Sekolah Kebangsaan Jelutong Pulau Pinang , Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Dato' Mohd Taha Gemencheh N.Sembilan yang tak jemu melayan dan membimbing aku walaupun aku tidak berjaya dalam pendidikan .

  

   Banyak kenangan dari guru yang selalu menasihati aku ketika aku salah , selalu merotan aku ketika aku panjat pagar sekolah . Itu kisah lama . hehe . Benarlah guru itu ibarat lilin . Guru lah yang membantu kita untuk mengenali sesuatu perkara dan subjek . Tanpa guru kita kosong tanpa sebarang ilmu . Kita akan ditindas dan ditipu sewenang-wenangnya oleh insan cerdik yang berniat untuk menindas kita . Jika kita berilmu , maka kita tidak tergolong dalam golongan yang ditindas . Hebatnya seorang guru yang mengajar beratus ribu murid/pelajar .

 

   Tanpa ilmu juga , kita tak dapat membentuk satu kejayaan besar dalam hidup . Guru , yang akan menyinari ruang kegelapan ilmu kita . Walaupun guru dimaki , dihina dan disisih oleh pelajar-pelajar yang tak bermoral , ( cari kat youtube ) mereka boleh mampu memberikan ilmu buat pelajar/murid . 

 
   Ingatlah guru itu lilin sahaja , usaha itu tangga kejayaan . Jadi usahalah untuk dapatkan sesuatu diatas bantuan lilin yang menerangi jalan tersebut . Semoga bakal-bakal guru nanti memberi tunjuk ajar yang lebih proffesional . Assalam . Selamat hari Guru :) 



2 comments:

SitiSafiyyah on May 15, 2011 at 10:37 PM said...

teringat cikgu kesayangan ss masa zaman skola dulu.. rindu kat diaorang..

admin on May 15, 2011 at 10:40 PM said...

@SitiSafiyyah: tu la , rindu kat cikgu af yg lama-lama tu . paling nostalgia cikgu sekolah rendah . :p

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!