Thursday, June 30, 2011

Semakan Keputusan Program Ijazah Sarjana Muda Julai 2011 | UiTM 2011/2012

    Kemasukan Uitm semester 1 2011/2012Semakan keputusan bagi program penerapan ke program ijazah sarjana muda boleh disemak online  pada 1 julai 2011 jam 5.00 petang ini. Diantara program yang terlibat adalah :-






1) Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM


2) Penerapan Pelajar Asasi UiTM/Trek Pantas UiTM (kecuali Diploma Perakaunan Trek Pantas)


3) Lepasan Diploma UiTM (Program Perubatan,Pergigian dan farmasi)




Klik Link yang berkaitan untuk ke portal semakan dan ikuti langkah seterusnya :-


Wednesday, June 29, 2011

Keputusan Penuh Malaysia vs Taiwan ( Taipei ) | 29 Jun 2011

    Keputusan penuh malaysia vs taiwan di stadium bukit jalil berakhir dengan 2-1 sepenuh masa . Malaysia juga berjaya membuahkan gol pada minit ke 28 oleh shafiq rahim dihasilkan dari tendangan swinger yang mengenai palang lawan . Gol kedua Malaysia diperolehi pada masa kedua minit ke 54 oleh tandukan Aidil Zaquan . Pada minit ke 76 , kumpulan lawan memperolehi 1 gol saguhati. Tahniah Malaysia Menang :)


Full Time

Malaysia 2 - 1 Taiwan




   Malaysia pada mulanya menguasai 68% peratus perlawanan pada malam tadi dan sedikit goyah di bahagian pertahanan pada babak masa kedua. Malaysia juga telah menerima 2 kad kuning dan mempunyai kelebihan 6 tendangan sudut.






   Nota : Malaysia main best tadi. Tapi masuk je babak masa kedua , Safee Sali terpaksa keluar sebab injured. Aduh , patutlah jarang buat gol kat Pelita Jaya . Bagi aku Malaysia bermain dengan penuh professional. Hold dan bila ada peluang , attack. 




  Alhamdulillah walaupun berbekal 2-1 di tempat sendiri , aku harap bekalan itu tak pasukan Malaysia sia-sia hari ahad ini di tempat lawan , Taiwan. Good Luck for Malaysia :D

Malaysia vs Taiwan | 29 Jun 2011

    Perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil peringkat asia. Malaysia vs taiwan pada 29 jun 2011 jam 8.45 malam di stadium bukit jalil.







  Perlawanan penting bagi skuad Harimau Malaya pada malam ini pada pukul 8.45 malam menentang skuad taiwan bukannya satu misi yang mudah. Dengan turunnya pemain kelab indonesia , Safee Sali di bahagian jentera serangan membantu skuad Harimau Malaya bergegar gawang gol lawan .






   Perlawanan Malaysia vs Taiwan ini anda juga boleh menonton secara live dari astro arena di channel 801 bermula pada 8.45 malam nanti. 




  Berapakah gol yang anda rasa Malaysia akan buat ? hehe ce cite ce cite XD

Projek Google+ | Laman Sosial Terbaru Google

    Project Google+ , Google social web.






  Petikan dari Bharian ,


WASHINGTON: Enjin pencarian internet terkenal dunia, Google melancarkan laman sosial terbaru bagi menyaingi Facebook yang dipanggil Google+. 
"Perkongsian secara dalam talian sedang berada dalam keadaan serba salah. Malah sudah pecah dan kami ingin memperbaikinya," kata Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Google, Vic Gundotra dalam blog mengenai inisiatif laman sosial yang dinanti-nantikan syarikat berkenaan.
Ketika memperkenalkan Google+, Gundotra berkata, keupayaannya ialah membolehkan pengguna membezakan kawan secara dalam talian dan keluarga dalam "bulatan" berbeza atau rangkaian dan berkongsi maklumat hanya dengan ahli dalam bulatan berkenaan.
Salah satu kritikan terhadap Facebook ialah sebarang kemas kini dikongsi semua kawan kecuali pengguna membuat Kumpulan Fecebook berbeza. - AFP 


   Projek ni masih percubaan google lagi . Ia nya bakal di siapkan . huhu , tunggu la kehadiran laman sosial baru ni. Mungkin kah akan menyaingi facebook ? sama-sama kita tunggu nanti :D

Tuesday, June 28, 2011

Raphael Varane Transfer To Real Madrid

LENS: Pemain pertahanan remaja Perancis, Raphael Varane menandatangani kontrak bermain untuk kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid daripada kelab divisyen kedua Perancis, Lens


Pemergian bintang muda itu disahkan presiden kelab itu, Gervais Martel.

Berusia 18 tahun, Varane hanya melengkapkan 23 penampulan dalam Ligue 1 musim ini yang menyaksikan Lens tersingkir.
Dia menandatangani kontrak dengan Real untuk enam tahun selepas lulus pemeriksaan perubatan. 

Varane, dianggap antara pemain pertahanan muda yang semakin menyinar dalam liga Perancis. 

Perpindahannya ke Real dilaporkan bernilai 10 juta Euro, menurut beberapa sumber. - AFP 





  Sumber : Bharian 




Wah , Real Madrid tak habis habis membeli player lagi . Di Maria player kegemaran aku kat Fifa online 2 pun real madrid kebas ..

Monday, June 27, 2011

Google Page Rank Update Jun 2011 | Jom Check Page Rank

    Check google page rank update Jun 2011 at Google Page Rank  


  Assalam kawan-kawan, Alhamdulillah . Selepas diterjah oleh Sahabat blogger aku syafiq , baru aku perasan yang blog aku berjaya naik Page Rank 2 yang dianugerahkan oleh Google.  Syafiq pun naik PR2 , wow tahniah le sahabat. Sama-sama kita bangunkan rank blog kita.


   


  Semenjak blog aku naik PR2 , banyak kemasukan pengunjung dari luar negara. Yang terumatanya USA, German dan france yang melebihi 100 kali kunjungan. Sangat pelik pun. Takpe la alhamdulillah sekurang-kurang aku dapat traffik dari situ. Alhamdulillah juga blog aku dah capai 200,000 pageviews tadi.






   Rank Alexa aku dah turun ke 409,000 . Aku berharap lepas ni boleh maju ke depan lagi. InsyaAllah. Lepas ni ingat nak buat contest ketiga dan hadiah aku nak bagi T-Shirt Kawan Bloggerz beserta nama domain pemenang. InsyaAllah aku cuba tengok macam mana. Kalau duit mencukupi insyaAllah aku akan buat.




   Tentang Google Page Rank ni korang faham tak apa maknanya ? 


Pagerank adalah alat pengukur bagi google dan pengunjung website/blog anda akan mudah masuk kerana seberapa ‘popularnya’ blog anda ini.


Semakin tinggi pagerank web/blog anda, maka akan semakin senang robot dari search engine datang ‘mengunjungi’ blog anda.


   Jadi makin banyak Page Rank maka lagi senang blog naik di enjin carian google. Semoga anda pun dianugerahkan Page Rank  :)


Sedikit Statement mengenai blog aku dan boleh check PR kat sini :- 



Bayi Lelaki Ditinggalkan Di Bawah Pokok Serai Kayu , Bachok

KOTA BHARU: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di bawah sepohon pokok serai kayu berhampiran tali air di Kampung Permatang Machang, Bachok hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata bayi berkenaan ditemui seorang penduduk lelaki kampung itu. 


"Mengikut laporan yang diterima, sebaik menemui bayi berkenaan, pemuda itu membawanya ke sebuah klinik di Jelawat, Bachok sebelum bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk tindakan susulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

baca selanjutnya di : Berita Harian


 Nota : Kes ini tak pernah lenyap lagi .. hmm entahlah..


Sunday, June 26, 2011

Semak Keputusan Permohonan UPSI 2011 Online

    Semakan Kemasukan ke UPSI Bagi Program Pengajian Diploma Pendidikan Ambilan Julai Sesi 2011/2012 . Semakan Keputusan status Permohonan Universiti Pendidikan Sultan Idris kini boleh disemak sekarang . Semakan boleh dibuat secara online. Laman portal rasmi UPSI kini boleh dibuka.




   Klik pada gambar dibawah ini untuk terus ke laman portal UPSI, Pastikan anda ingat nombor kad pengenalan anda :) :-








   Semoga anda berjaya dan kepada yang tak berjaya jangan putus asa.




Sumber : Tun Teja

tags: semakan online keputusan permohonan upsi 2011, semakan permohonan kemasukan upsi 201, semakan keputusan permohonan upsi diploma pendidikan 2011, semakan online keputusan permohonan upsi 2012

Malaysia vs Taiwan | 29 Jun 2011 : 'Kini Giliran Kami Pula'

    Safee tekad terajui Harimau Malaya susuli kejayaan skuad Olimpik 

"SEKARANG giliran kami pula tunjuk taring," kata Safee Sali.
Nada pertuturan penyerang skuad Harimau Malaya itu bermaksud mahu mencontohi jejak langkah anak didik Ong Kim Swee yang berjaya mara ke pusingan ketiga, kelayakan Olimpik tempoh hari.
Penyerang Selangor yang kini beraksi dalam Liga Indonesia mewakili Pelita Jaya menyuarakan tekad besar mahu membantu pasukan senior negara pula merakamkan kemenangan apabila menentang Taiwan dalam kelayakan Piala Dunia di laman sendiri, Rabu ini. 

“Pemain Harimau Muda negara sudah membuktikan kemampuan sebenar layak ke peringkat terakhir kelayakan Olimpik, kini tiba giliran kami (skuad senior) pula mengorak langkah sama dalam saingan kelayakan Piala Dunia nanti,” kata Safee yang kini menjalani latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

Malaysia pimpinan Datuk K Rajagobal akan bertemu Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam Rabu ini, diikuti perlawanan timbal balik di gelanggang lawan pada 3 Julai ini. Jika melepasi halangan Taiwan, Harimau Malaya akan bertemu Singapura pada pusingan seterusnya. 

“Kali ini keadaan sedikit berbeza. Pemain muda negara sudah menyuntik inspirasi kepada kami dalam skuad senior untuk mencatat kejayaan dalam saingan kelayakan Piala Dunia ini. Saya harap kami dapat mengikut jejak kejayaan mereka,” katanya. 
Safee yang dinobatkan selaku penjaring terbanyak ketika Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, Disember lalu, berpindah ke Jakarta untuk menyertai kelab Pelita Jaya FC yang rata-rata pemainnya masih muda dan kurang pengalaman. 

“Selama berada di Jakarta, saya tidak pernah lupakan saat manis bersama skuad kebangsaan dan apabila sekali lagi diberi peluang mewakili negara, saya rasa gembira tidak terhingga. Saya berjanji akan membalas kepercayaan itu apabila turun beraksi di Bukit Jalil Rabu ini,” katanya. 

Namun sejak kehadiran Safee, kelab yang berada di tangga tercorot selepas tamat pusingan pertama saingan liga itu mendadak naik dengan bekas penyerang Selangor itu muncul sebagai penjaring utama pasukan.


Sumber : Bharian  

Contest : Banner/Header Saya Cantik



    Assalam kawan-kawan. Serius boring sebab lama tak join contest. Nak join segmen Ben Ashaari pun abang ben tak buat segmen lagi. Huhu . Jalan-jalan tadi, terserempak blog adamainaa yang kebetulannya menganjurkan satu peraduan yang berkaitan dengan header. AF rasa teringin nak join sebab tarikh tamat cepat. Hehe , best2.  Jom baca sedikit info peraduan ini.




  Syarat Penyertaan :
  1. Korang mesti copy banner contest kat atas tu, lepas tu letak dalam entri penyertaan korang.
  1. Letak juga banner blog korang yang kreatif dan cantik tu dalam entri tersebut. Size bebas. 
  1. Kalo tak ada banner, nak letak header pun kami terima, ikut suka korang, kami nak tengok kreativiti dan makna-makna tersirat disebalik benda-benda tu (hasil karya korang) berkaitan dengan blog korang. hehehe.. mesti ada kaitan betul tak? tak kan letak suka-suka je :)
  1. Letak tajuk entri korang : Contest : Banner/Header saya cantik
  1. Cerita skit dalam entri korang pasal Banner/Header yang memberi makna kepada blog korang.
  1. Ajak la sesapa kengkawan blogger korang kalo diorang nak join. dan link kan ke blog ni.
  1. Hantar link entri korang kat dalam comment entri ni sebelum 11.59PM 27 June 2011
  1. Nak Follow blog ni di alu-alukan (Tiada paksaan) *Dalam hati ckp, tak follow disqualified!!*
  1. Nak Like Fanpage FB adamainaa dan CamfrogFM juga dialu-alukan (Tiada paksaan)
  1. 3 Pemenang akan dipilih, tempat pertama ,kedua dan ketiga. Dan penyertaan akan terbatal sekiranya kurang daripada 10 penyertaan. hehe. saya cuma ada 40 followers. so bagitau la sape2 yang nak join. 
Hadiah :
  1. Tempat Pertama : RM100 + Perfume brand Shamsuna+banner/header korang akan ditampal kat slide atas tu.
  1. Tempat Kedua : RM50 + Perfume brand Shamsuna
  1.  Tempat Ketiga : Perfume brand Shamsuna
*Perfume Shamsuna macam 1 Drop Perfume, 1kotak ada 10ml x 6 pelbagai haruman tanpa alkohol 

    Ok, sedap kan hadiahnya ? HAHA. AF nak join suka suka je. Tak yakin langsung boleh menang sebab ramai lagi yang champion.  Ok jom baca sikit tentang header AF ni..





Saturday, June 25, 2011

3 Beranak Maut Rumah Terbakar Di Kuching

KUCHING: Tiga beranak termasuk seorang bayi berusia dua bulan maut selepas sebuah rumah di Taman Heng Guan, terbakar, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu dipercayai berpunca dari api di tempat sembahyang dengan mangsa terperangkap akibat gagal membuka jeriji tingkap.





Sumber : Bharian

Juara Maharaja Lawak | SEPAH !

     Assalam kawan-kawan, Maharaja lawak akan melabuhkan tirai selepas tamatnya persembahan terakhir tadi. Juara Maharaja lawak dimiliki oleh SEPAH . Tahniah kepada sepah kerana berjaya membawa pulang hadiah Wang Tunai RM350,000 dan trofi sumbangan astro. Wow , lagipun berpada lah sepah menang sebab persembahan mereka memang terbaik tadi. 





   Kumpulan Jozan pula hanya berjaya meraih naib johan dan berjaya membawa pulang hadiah Wang Tunai RM250,000 dan trofi sumbangan astro. 



  Tempat ketiga pula berjaya digenggam oleh Nabil dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 dan trofi sumbangan astro.

Video dan tempat ke tiga dan ke eempat ? read more :D


 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!