Saturday, June 11, 2011

Live Streaming Terengganu vs Kelantan Final Piala FA 2011 Online

  Jom kita saksikan Live Streaming Malaysia Final Piala FA 2011 Terengganu vs Kelantan secara online disini dan pastikan line anda betul betul cantik pada hari Sabtu , 11 Jun 2011 :D  


LAUNGAN ‘Gelombang Merah’ mengiringi pergerakan 150 kereta yang disertai 600 peminat bola sepak dari kawasan Parlimen Kota Bharu bagi menyokong pasukan Red Warriors yang beraksi di pentas final Piala FA bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. 

Konvoi dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu itu berlepas dari pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, jam 4 petang semalam. Majlis pelepasan konvoi berkereta itu dilakukan Bendahari UMNO Bahagian Kota Bharu, Sheikh Rozi Sheikh Ahmad.

Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu, Wan Abdul Rahman Wan Ismail berkata, pihaknya berjaya mengumpul 600 peminat bola sepak dari kawasan Parlimen itu mengikuti konvoi menaiki 150 buah kereta pelbagai jenis ke Bukit Jalil.
Katanya, pihaknya tidak mahu ketinggalan untuk memberi sokongan padu kepada Red Warriors yang beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA bertemu Terengganu malam ini.



Sumber : Berita Harian


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!