Sunday, June 19, 2011

Gambar Puting Beliung Teluk Buih, Air Papan, Mersing | 18 Jun 2011 | Mersing Tornado

  
 
Angin kencang selama 10 minit turut rosakkan khemah peniaga

MERSING: “Saya hanya mampu berdoa agar puting beliung itu tidak menghala ke arah kami yang sedang berniaga kerana ngeri mengenangkan ribut memusnahkan Bazar Ramadan Melaka tahun lalu yang mengorbankan beberapa mangsa
 
 
"Doa kami dimakbulkan apabila puting beliung itu menghala ke arah Teluk Buih, tetapi tempiasnya saja sudah cukup untuk merosakkan beberapa gerai di sini,” kata Rosli Derani, 42, peniaga pasar lambak Jalan Makam, di sini.