Saturday, April 30, 2011

Video Youtube Live Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke 5

   Inilah Video yang aku nanti-nanti iaitu dari kumpulan Jozan , harap semua layan ye .. Semoga Jozan terus menduduki tempat pertama dalam keputusan undian lagi .:)




Read More untuk Video Maharaja Lawak Minggu 5 Jozan .



Friday, April 29, 2011

Video Youtube Live Maharaja Lawak Minggu Ke 5 Full

      Salam kawan-kawan , kali ni aku kembali lagi untuk Maharaja Lawak Minggu ke 5 ni . Disini aku sertakan video yang secepat mungkin dengan credit khas untuk guatv yang menjadi uploader terpantas di internet . gila gila ah ! :)


 

       Masihkah Kumpulan JOZAN akan dapat terus meraih undian tertinggi lagi selain dari kumpulan JAMBU , NABIL dan kumpulan Sepah ? semuanya terletak ditangan dan jari dan duit dan kerajinan sendiri . sudah sudah , merapu da . Harap JOZAN terbaik lagi .. Marilah kita saksikan video live youtube Maharaja Lawak Minggu ke 5 bersama-sama Kumpulan JOZAN , sepah , jambu dan balas serta peserta individu iaitu Nabil , Jihan , Amir dan Man :)



MAHARAJA LAWAK MINGGU KE 5



Man Minggu ke 5




Nabil Minggu Ke 5



Kumpulan Balas Minggu Ke 5




Kumpulan Jambu Minggu Ke 5




Kumpulan Sepah Minggu Ke 5




Kumpulan JAMBU Reupload Minggu Ke 5



Penyingkiran Minggu Ke 5 




Amir Minggu Ke 5



Jihan Minggu Ke 5




    Nota : Sila Refresh blog ini 15 MINIT sekali untuk melihat video Maharaja Lawak minggu 5 yang telah diupdate . Jangan risau saya tetap meletakkan video ML disini secepat mungkin kerana saya alert dari guatv . Thanks :) . Silalah komen sikit tentang peserta kita tu ye :) 




Sunday, April 24, 2011

Keputusan Perlawanan Pelita Jaya vs Arema Indonesia 24 April 2011 . Safee Sali :)

      Salam Kawan-kawan , Kini saingan Pelita Jaya akan menentang Pasukan terbaik dan ramai penyokong iaitu Arema Indonesia . Aku harap Safee Sali dapat membuktikan dengan perlawanan ini supaya membuka mata Penyokong-penyokong Indonesia bahawa pemain malaysia juga memiliki Pemain yang terbaik seperti Safee Sali .




   Aku harap Safee Sali dapat membantu Pelita Jaya untuk perlawanan kali ini . Jadi mari kita melihat Statik Perlawanan dan keputusan Pada perlawanan ini . Pelita Jaya FC vs Arema Indonesia di Stadion Singaperbangsa , Karawang . Siaran Langsung dari ANTV , Indonesia pada 1900 waktu indonesia  .


   Go Go Safee Sali , 55 . Buktikan kita mampu :) . Jadi tunggu apa lagi , mari kita saksikan keputusan dan statik perlawanan ini . Adakah Safee Sali mampu buktikan lagi ? Tekan Read More untuk melihat jawapannya . Live Dari ANTV :)


Luahan Hati Seorang Pejuang

     Salam kawan-kawan . Entry kali ni mengenai kisah seorang pejuang . Sebenarnya kita pun adalah seorang pejuang walaupun tanpa kita sedar . Banyak maksud yang boleh membawa kita sebagai seorang pejuang . Sebenarnya , semua manusia adalah pejuang . Cuma kategori pejuang yang mengasingkan kedudukan kita . 



   Bercerita mengenai Pejuang , banyak maksud yang ingin aku luahkan . Kita mudah layu dan terikut oleh kata-kata hati dan nafsu kita . Apabila kita mampu melawan nafsu kita , maka kita layak digelar Pejuang . Salah satu contoh yang tak berapa orang nampak .


   Semua orang pasti ada melakukan pengorbanan tak kira dari segi apa pun . Kerana suratan takdir dan dugaan pasti akan menimpa kita . Maka marilah kita berjuang menerima hakikat dan berjuang untuk meneruskan perjalanan . Setiap hari yang kita lalui adalah perjuangan kita . Tewas atau menang , kita tetap pejuang . Marilah kita menyelami Luahan Hati Seorang Pejuang ni .


Saturday, April 23, 2011

Jozan Naik No.1 ( Keputusan Undian Terkini Maharaja Lawak Minggu 4 )

   Salam kawan-kawan , baru jap tadi check it out keputusan maharaja lawak tadi yang sebelumnya :


1. Jambu- 58%

2. Nabil- 16%

3. Jozan- 11%

4. Sepah- 4%

5. Jihan - 3%

6. Amir- 3%

7. Balas- 2%

8. Man- 2%

 pada malam semalam . tapi kini penyokong JOZAN bangkit semula dan terus menerus menyokong JOZAN . Dan Keputusan Undian yang terkini pada 24 April 2011 ..

TERBARU ! 

1. Jozan - 32%

2. Nabil - 22%

3. Jambu - 21%

4. Sepah- 16%

5. Balas - 3%

6. Man - 2%

7. Amir - 2%

8. Jihan - 2%
  Sekalung tahniah buat JOZAN . Harap-harap lepas ni JOZAN akan menyengat lebih hangat lagi pada minggu ke 5 ya ! :)


 

Video Youtube Live Maharaja Lawak Minggu Ke 4 Full

    Salam kawan-kawan . sekali lagi aku kembali dan aku akan saksikan korang Video-video maharaja Lawak minggu keempat ni . disebabkan astro telah mengubah saluran beliau , ramai yang lebih puas hati menonton di internet . Sapa sokong ? aku sokong gila . Jimat sikit . Ada banyak benda lain yang patut kita gunakan .


 

   Jom kita lihat video-video yang terkini . Khas aku kreditkan untuk guatv.com kerana sudi merakam video maharaja lawak minggu 4 ni . Harap korang layan , apa-apa pun , hidup JOZAN :) Jom kita layan ..


Friday, April 22, 2011

Bila Kita Diuji ..

     Salam kawan-kawan , entry ni adalah ilham apabila entry mengenai Bila Hilangnya CINTA mu ini menyelubungi hati aku . Ramai yang beri nasihat untuk aku . Kita mudah terasa bila kita diuji . Kita mudah lemah bila kita diuji . Aku sebenarnya tak mengerti lagi apa itu pengertian Diuji dan dugaan . Jika tidak tak mungkin aku akan layu dan gugup bila diuji .


   Ya , dulu aku selalu nasihatkan kawan . Setiap kejadian ada hikmahnya . Tak perlu salahkan sesiapa dan tak perlu salahkan diri sendiri . Kita ditakdirkan sebegini . Setiap manusia pasti akan menghadapi dugaan . Baru aku teringat balik ayat ni , dalam kehidupan kita pastinya ada yang manis , ada yang pahit , ada yang masam . Sesungguhnya Allah Maha Penyayang , Tuhan ciptakan kita dan memberikan kita banyak anugerah , banyak kelebihan .


  Andai kata hidup kita penuh dengan kemanisan je , pasti kita akan jemu . Nak jugak merasa yang pahit , masin dan masam . Ibarat macam makanan , takkan tiap-tiap hari nak makan ayam je . Pasti nak makan ikan jugak , sotong , ketam , udang dan lain-lain . Macam tu juga dengan kehidupan kita . Sesungguhnya Allah Maha Bijak , memberikan kita pelbagai pengalaman , pengajaran dan ilmu didunia dan kita akan bawa itu ke akhirat .


   Walaupun selemah mana kita , walaupun selembut mana kita , tapi cubalah kental dan tabah untuk melalui ujian dan dugaan dari Tuhan . InsyaAllah pasti ada hikmahnya . Apa yang kita tahu ? tipuan mata hati manusia . Apa yang kita tahu ? adakah kita dapat mentafsir apa yang ada pada hari esok ? Takdir kita , Dugaan Kita dan Ujian Kita adalah pemberian Tuhan . Kita tak mampu mengubahnya .


   Kita tak mampu fikir apa yang akan berlaku pada hari esok ? adakah hari ini adalah cermin hari esok ? apa yang kita tahu . Inilah kewajipan kita diatas muka bumi . Kita wajib menjalankan perintah Allah S.W.T. dan kita semestinya akan menerima dugaan dan ujian kerana kita dinilai melalui sifat kesabaran , sifat ketabahan , sifat kekuatan dan sifat keimanan . Kalau bukan ada ganjaran kita didunia , di akhirat pasti ada . Allah Maha Penyayang , 


   Kita semuanya sama . Walaupun wajah berbeza-beza , walaupun hati lain-lain rasa tapi kita semua tetap sama . Hamba Allah Yang Satu . Semua orang pernah merasa , semua orang pernah melalui . Apa yang membezakan adalah kesabaran kita , kekuatan kita dan ketabahan hati kita . InsyaAllah berdoalah pada Tuhan semoga kita menuju ke jalan yang lurus . Sesungguhnya Ujian dan Dugaan adalah perkara yang baik .


   Semoga korang semua dan aku sendiri dapat ikut dan menerima nasihat ini . Aku masih ingat , dugaan dan ujian kita didunia ni hanyalah sementara . Sementara kita masih ada didunia , selagi itu lah ujian dan dugaan dikiri dan kanan kita . harap yang terbaik dari aku dan untuk korang . Semoga korang jangan contohi aku dan aku harap aku dan korang dapat menjadi seorang Hamba Allah yang berjiwa KENTAL . AMIN . Assalam :)



Thursday, April 21, 2011

Bila Hilangnya CINTA mu ..

    Salam kawan-kawan , maaf mungkin kali ni entry dari aku tak membawa erti dan pengajaran pada korang .Cuma dapat jadikan satu pengalaman dari aku buat korang . Perasaan seseorang itu janganlah kita mudah untuk lalai dan jagalah perasaan seseorang . Kadang-kadang bila aku fikir , tak perlulah aku menyayangi dan mencintai seseorang tu sepenuh hati . Tapi patutkah aku buat begitu ? apa maknanya ? berhati-hati ? kalau benar hati kita bukan untuk seseorang tu , tak perlulah kita mainkan perasaan seseorang .


   Hati kita mudah tersentuh , semua orang memiliki sifat tu walaupun sekental dan sekuat mana hati kita . Mungkin aku juga pernah mainkan perasaan seseorang sebelum ni , dan aku harap aku jua dapat fahami perasaan seseorang . Sekarang baru aku kenal , apa itu kasih dan kekasih . Sekarang baru aku kenal , mahal dan murahnya perasaan . Sekarang baru aku kenal , cinta tak perlu dicari , dikejar-kejar . Biarlah datang dari hati sendiri . Bila kita terlalu mencari cinta , maka perasaan dan hati orang lain akan kita sakiti .


  Kadang-kadang aku tak faham , apa tu cinta sebenarnya ye ? selama 19 tahun umur aku , aku masih tak kenal lagi apa itu cinta . Walaupun episod telah berlalu , hati aku dan perasaan aku tetap bersedih walaupun berselindung disebalik kegembiraan . Walaupun aku seorang yang sedikit tabah tapi hati aku tetap lembut . Airmata aku ibarat hujan yang mengalir tak henti-henti kerana cinta . Tapi sekarang , aku benci untuk ucapkan cinta kepada orang yang menjadi kesukaan aku , kerana aku pasti aku tak dapat membaca pendirian seseorang .


  Biarlah cinta aku hanya untuk Tuhan , Rasul dan Nabi , Ibu Bapa , keluarga ,Kawan-kawan , sahabat bloggers dan bukanlah sekarang untuk seorang yang bernama kekasih . Bukan sekarang dan masa lepas . Aku yakin suatu hari nanti , aku akan temui . Jika didunia ni aku masih tak temui cinta sejati , aku yakin di akhirat nanti pasti aku akan temui cahaya walaupun jalan ku ke syurga ataupun neraka . Aku hanyalah seorang insan yang biasa , tak mampu berikan sesuatu yang ajaib dan sesuatu yang dapat kagumkan seseorang . Aku sedar siapa aku , aku sedar hala tuju aku , aku sedar buruk dan hinanya diri aku .


  Maka bermulalah , RIWAYAT SEORANG INSAN HINA yang selalu kalah dan dipulau oleh CINTA ..


  P/s : kawan-kawan , sayangilah seseorang yang benar-benar kita sayang dan cintailah seseorang yang benar-benar kita cinta . Jagalah perasaan seseorang bila kita masuk ke dunia seseorang dan janganlah mencari seseorang untuk dijadikan sebagai KESINAMBUNGAN CINTA .

Jangan kau hujani ku dengan pertanyaan ,
Kerna pasti akan mengecewakan ,
fahamilah pengertian ku ini ,
setiap insan punya perasaan ,

Setiap cinta perlukan pengorbanan ,
walau sekejam ini yang ku lakukan ,
sanggup berpisah demi kemanusiaan ,
asal kau bahagia oh masa depan ,

Cintailah dirinya ,
kerna dia lebih sempurna ,
apalah ada padaku ,
Hanya nyanyian dalam sepi .

 Renungkan sejenak bezakan antara ,
berlian dengan kaca mana lebih berharga ,
pandanglah keatas keluarga mu disana ,
turutkanlah kehendak mereka ,

Biarlah ku sendiri bernyanyi dalam sepi ,
Anggaplah diriku sepotong mimpi ,
usah kau tanggiskan pada perpisahan ini ,
pergilah kepadanya SELAMAT TINGGAL .

*Kredit , Chris Nadham - Hanya Nyanyian Dalam Sepi . 


Monday, April 18, 2011

Keputusan Peraduan Review Blog Transformasi AF .

    Salam kawan-kawan , ingat tak Contest aku baru-baru ni ? kalau tak ingat klik contest AF ni .Haha , aku akan umumkan pemenangnya pada hari ni . Dah nak masuk pukul 12 mlm da bermaknan 18 hari bulan April . 20 April ni hadiah akan diberikan . Disebabkan masa tak cukup contest ni aku tutup awal . Maaflah buat sesiapa yang rasa nak join tapi aku tutup awal kerana ada masalah-masalah tertentu ye . Bukan tak bagi change kat korang supaya join , tapi ada masalah sikit .

 


    Huhu , sekali lagi aku nak ingatkan awal-awal . kepada sesiapa yang tak menang tu . Janganlah berasa kecewa sebab cara aku pilih tak sama macam korang pilih nye :) . Aku pilih mengikut dari segi korang faham syarat-syarat aku . Selalu view blog aku untuk tengok update . Bagus-bagus aku suka . Aku lagi suka kalau seseorang tu bersungguh-sungguh dan berusaha menyelidik blog aku . Tak kisah sama ada ayat entry korang panjang ke pendek ke , asalkan ada isi dan kefahaman . 


   Bagi yang menang tu aku harap korang sentiasa singgah blog aku . Support each other . Bukan mintak la tapi sokonglah aku bila aku benar ye . ( sambil lagu sedih dimainkan ) . Oke la keputusan bagi Peraduan Review Blog Transformasi AF akan aku umumkan bila korang tekan READ MORE . huhu . Tak payah sedih sedih .  



Saturday, April 16, 2011

Keputusan Perlawanan Deltras vs Pelita Jaya 16/4/2011 Safee Sali :)

     
 
  Salam kawan-kawan , perlawanan hari ni di liga Djarum Indonesian Super League aku fokuskan untuk Pelita Jaya kerana adanya Safee Sali disana ye . Hihi , Safee Sali orang Malaysia kalo tak penuh ilmu didada tidak sampe ke Pelita Jaya . Hehe , Semoga Safee Sali tetap dipandang orang indonesia ataupun orang indonesia . Tanpa Safee Sali sungguh aku takkan mengenali Pelita Jaya . Huhu , ayuhh kita melihat Statistik perlawanan Deltras vs Pelita Jaya Hari ni .


   Hari ini Safee Sali yang menyarungkan jersi bernombor 55 Sekali lagi turun padang pada perlawanan ini Berbaju berwarna Putih . 


Video YouTube Live Maharaja Lawak Minggu Ke 3 JOZAN .




   Salam Kawan-kawan , aik ? kenapa Video Maharaja Lawak Minggu Ke 3 JOZAN aku asingkan ? hahaha . Ini disebabkan aku adalah peminat setia Kumpulan JOZAN ni . Yang paling-paling aku minat adalah Johan . Oke la , ini lah video yang dinanti-nanti oleh aku dan pastinya semua menanti video Maharaja Lawak Musim 1 Minggu Ke 3 daripada JOZAN ni . Ayuhh kita tontonnya :)

   Opps , sebelum tu aku nak ucapkan TERIMA KASIH diatas pengunjung yang tak putus-putus singgah ke blog aku untuk saksikan video dari Maharaja Lawak Minggu Ke 3 ini . Ayuh sama-sama kita layan lawak JOZAN yo :)


Video Youtube Live Maharaja Lawak Minggu ke 3 Full

  

  Salam kawan-kawan , ayuhh kita saksikan video maharaja lawak minggu ke 3 ni . Masih banyak video-video yang tak masuk lagi . Ye la kan . Awal lagi . Tapi kredit aku berikan buat GuaTV.com sebab cepat sangat upload video kat youtube. Sebenarnya nak tengok secara live kat astro boleh tapi ye la kan , nak kena langgan lagi . Dasyatnya .


  Ayuh check it out , aku masih menunggu video dari Sepah , Jambu dan Jozan ni . Sebab aku minat diorang tahap gila-gila termasuk BALAS . hehe . minggu ni lawak BALAS bagi aku memang terbaik . WAI pula tersingkir minggu ni . Ye la gandingan tak menjadi , terima je la . Aku lebih minat Idlan Pon Pon lagi . Jom2 .


Friday, April 15, 2011

Bila Diri Disayangi

   Salam kawan kawan . haa entry ni bukanlah dari lagu Ukays tu . bukan yek . entry ni terjadi berikutan isu "Sayang'' yang hangat diletupkan oleh blog kawan kita , SitiSafiyyah dan CikGadis .Benar kata-kata diorang , sayang tak semudah satu dua dan tiga . Bagi aku tak salah menyebut perkataan 'Sayang' tak kiralah sama ada kepada ibu bapa kita , kawan-kawan kita , kekasih kita dan suami atau isteri kita . 


   Sebenarnya bila kita menyebut 'sayang' kepada seseorang tu perlulah dengan lebih berhati-hati . Ikhlaskanlah perkataan 'sayang' tu dan tak perlulah membodek seseorang dengan perkataan 'sayang' . Sebenarnya aku suka sangat bila orang menyebut dan memanggil aku sayang . Automatik aku akan terasa bahawa diri aku disayangi seseorang tapi aku akan lebih gembira bila aku sendiri nampak seseorang tu betul-betul menyayangi aku dan ianya bukanlah terkeluar daripada perkataan .



 

   InsyaAllah bila kita ikhlas , ianya akan membuatkan perkataan sayang tu lagi mudah untuk didalami . Setengah orang mudah ucapkan sesuatu tapi didalam hatinya kosong . Kalau boleh tak perlulah umumkan perkataan sayang dan biarlah ucapan sayang berkumandang hanya untuk insan-insan yang terlalu kita sayang . Barulah perkataan sayang tu menjadi sesuatu yang ikhlas .


   Kesimpulannya , ucapan sayang itu kita ucapkan kepada yang betul-betul kita sayang dan janganlah kita jadikan perkataan sayang itu sebagai ucapan kita selalu kerana orang lain suka mengambarkan kita dari ucapan dan bukannya dari tingkah laku . Ye la kan , kebanyakkan orang mudah cair dengan perkataan-perkataan manis dan mudah menyangkakan sesuatu daripada perkataan tanpa melihat dari segi perbuatan . 


   Bagi secara peribadi la kan , aku hanya ucapkan sayang hanya untuk insan-insan yang aku sayang yang menjadi tempat aku bermanja tak kira dimana pun . Habis tu tak kan la kat semua aku nak bermanja-manja . Jatuh saham . Sebenarnya tak perlu untuk kita terlalu ucapkan sayang kerana yang pastinya tujuan tu hanya untuk menunjuk-nunjuk dan biarkanlah ia datang dari hati yang ikhlas , perbuatan yang tulus dan bukannya dari mulut yang manis berpetah kerana CINTA ITU BERERTI SAYANG .

   Jom kita singgah ke blog C-tea dan mari kita membaca entry beliau :) : yes..saya produk dari limkokwing..ade apa-apa masalah ke??
 
  

 

Thursday, April 14, 2011

Bila Memberi Perlukah Diminta Semula ?

 

    Salam kawan-kawan . Pernah tak korang diberikan sesuatu kemudian benda diminta semula ? mesti pernah kan . Lebih-lebih lagi terhadap pasangan bercinta yang sudah putus hubungan . Perlukah kita meminta semula pemberian kita terhadap sidia ? Perlu lah jika kita bagi pinjam . Tapi contoh Topup , baju , duit dan sebagainya perlu ke kita minta kembali ?


   Dulu kita kata kita bagi ikhlas , tak payah bayar pun . Tapi kenapa selepas putus kita harus minta balik pemberian kita ? tak kesah la kalau bukan bagi sudut percintaan pun . Dalam sudut kawan pun ada yang macam tu bila bergaduh sesama sendiri . Bagi aku la kan , orang-orang yang suka meminta semula pemberian mereka tu memang betul betul buruk siku . 



Safee Sali Tambah Gol Ke 5 Buat Pelita Jaya !

    Salam kawan-kawan , wahh tahniah buat Safee Sali kerana berjaya lagi mencipta 1 gol pada perlawanan petang tadi bersama pasukan beliau ketika menentang pasukan Persela . Walaupun perlawanan berakhir dengan keputusan seri , tapi aku yakin perlawanan tu memang baik kerana pelita Jaya ( tempat ke 14/15 ) menentang Persela ( tempat ke 9/15) memang cukup berbeza dari segi kedudukan .


   Tetapi apa-apapun tahniah buat Safee Sali kerana telah mengumpul 5 gol setelah 6 perlawanan bersama-sama skuad Pelita Jaya ni . Tapi ok jugak la seri dari kalah kan . Lagipun permainan tadi sepatutnya memang peluang untuk Persela sebab Pelita Jaya berbekalkan pemain sebanyak 10 orang kerana Juan Nohuera telah dikeluarkan padang pada minit ke 27 .


   Safee Sali pula berjaya meledakkan 1 gol pada minit ke 50 dan pasukan Persela berjaya mengikat Pelita Jaya setelah Gustavo Lopez berjaya menjunam masuk bola ke gawang Pelita Jaya pada minit ke 71 .


   Apa-apa pun moga terbaik untuk pasukan Pelita Jaya yang dibintangi oleh Safee Sali iaitu anak jati Malaysia . Semoga Malaysia-Indonesia terus serumpun dengan berhubungan ini . Aku pun telah tunggu Jersi Pelita Jaya FC warna merah ni . Pesanan baju dah dibuat kena tunggu 19 april ni la baru jersi aku leh keluar . Huhu .


   Berita terbaik sikit , Pelita Jaya telah naik kedudukan memintas Persiba Balikpapan dengan 20 Mata sama . Kini Pelita Jaya telah menduduki tempat ke 13 daripada 15 pasukan dalam liga . bagus ye pencapaian yang baik . Pelita Jaya sekarang ni baru bermain hanya 20 perlawanan sahaja dan masih panjang untuk mengejar skor seterusnya . Hanya yang terbaik untuk Pelita Jaya dan Safee Sali kita . Salam :)


 

Saturday, April 9, 2011

Bila Janji Tak Tertunai .

   Salam kawan-kawan . Janji wei , esok aku bayar duit ko . sedangkan duit takde ni . haa , drama je tadi . Korang pernah tak berjanji kat sapa-sapa tapi tak tertunai ? huhu , kadang-kadang kita terlupa yang kita pernah berjanji kat orang . tapi kadang-kadang kita terlupa untuk tunaikan . Alah terlupa je , tak pe kan . Sebenarnya mana boleh takpa2 ni , salah kita kerana mulut kita mudah menyebut janji-janji tapi tak tertunai .


  Manusia ni sebaik-baik kejadian , Allah ciptakan kita dah cukup cantik dan molek sebenarnya . Tapi cuma kita yang menghiaskan diri kita ni . Ada yang hiaskan cantik-cantik dan ada yang hiaskan buruk-buruk . Ingat kawan-kawan , walaupun daripada perkataan JANJI la yang mampu membuatkan dan orang akan menganggap diri kita buruk . Kita senang ucapkan JANJI tapi tak mampu menunaikannya . Adakah itu perbuatan yang akan menghiaskan diri kita menjadi cantik ?


  Orang akan percaya kita andai kita tunaikan janji . Bercakap pasal janji ni , aku pun tak lari dari kesilapan juga , semalam bukan main cantik lagi aku berjanji dengan abang zam ( tauke sekolah memandu ) nak pergi kursus 8 jam esok ( hari ni ) , tapi aku boleh pulak bangun lambat . Ape la orang tu akan kata bila pandang aku nanti . adoii . 


   Kesimpulannya , tak perlulah semudah ABC kita mengucapkan kata-kata janji manismu . Sebenarnya nak kumpul pahala ni ada dari pelbagai aspek . Kita bagi kucing makan pun ada pahalanya . Tapi bukan senang , ada je halangannye . Berjanjilah bila kita rasa kita mampu tunaikan dan janganlah berjanji jika kita benar-benar tak semampu itu . Mungkin entry sedikit lari dari topik dan aku harap korang leh amik yang mana baik dan yang buruk dari entry ni jadikan teladan semoga korang tak contohi aku . Salam :)


Bila Ditanya Tentang Sabar..

   Salam kawan-kawan . Sabar , aku sabar semua dah tahu maksud sabar ni jadi tak perlulah aku panjangkan cerita . Sabar itu separuh daripada iman . Kita juga diharuskan bersabar dalam Islam , tapi sedar tak sedar kita sebenarnya kurang bersabar . Aku tak pernah nampak lagi seseorang yang boleh bersabar walau dari pelbagai aspek sekalipun . Tak pernah pun lagi .


   Walaupun ada dikalangan kita yang mengakui diri mereka mampu untuk bersabar tapi sesungguhnya kita tak mampu tunaikan kata-kata ni pun . Apa yang selalu membuatkan kita tak sabar , contohnya '' Amin telah lambat ke tempat kerja . Tiba-tiba dihadapan lampu isyarat , lampu mula bertukar kuning . Kereta didepan tersalah masuk gear , lalu bergerak dengan perlahan sedikit . Amin yang terasa sudah makin lambat terus menjerit ''Cepat sikit boleh tak ?!!! ''. Perumpamaan dia la . 



  Bila Amin sampai ke pejabat beliau dia bergegas ke mejanya . Amin kembali tenang . Kemudian tiba-tiba kawan amin pergi kepada beliau dalam keadaan kelam kabut . '' Amin tolong manifest surat ni , aku kalut sangat banyak kerja tak siap lagi'' . Amin berkata ''Kau boleh sabar tak ? tak nampak aku tengah termengah2 ni , letih naik tangga tadi . Sabar la jap ''. Nampak ? korang nampak tak ? Kita mampu dan pandai suruh orang sabar sedangkan kita sebenarnya yang tak sabar .


   Perkataan sabar ni banyak berulang-alik dan berpusing-pusing balik . Kita suruh orang lain sabar dan orang lain juga suruh kita sabar . Kalaulah manusia penuh dengan kesabaran , sudah semestinya dunia ni aman je . Nak pergi rompak , Sabar dulu kita buat bisnes nanti lama-lama kita kaya jugak . Nak kerja taknak belajar nak bantu keluarga , sabar dulu belajar rajin-rajin dulu insyaAllah nanti jumpa kejayaan dan dah boleh bantu keluarga . 


  Tapi kalau macam ni pulak , Nak tangkap penjenayah , sabar kita tunggu sampai penjenayah tu menyerah diri . Kereta nak meletup , sabar jangan turun kereta lagi sikit lagi tu nak sampai dah . Kesimpulannya , sabar ni banyak perumpamaan yang kita boleh bagi . Yang membezakannya ialah baik dan buruk je .


  Pendek kata kawan-kawan , tak semua mampu bersabar dan bersabar tu semua orang boleh akui yang diri diorang mampu . Jadi kesimpulannya , bersabarlah untuk kebaikan dan janganlah bersabar untuk perbuatan yang jahat . salam :)  


 

Jangan Orang Lain Dijadikan Contoh Yang Buruk .

    Salam kawan-kawan , Kali ni topik aku berkisarkan mengenai diri sendiri . Kadang-kala bila kita buat salah kita akan kaitkan dengan orang sekeliling . Contohnya , kita tak pergi sembahyang . Bila ditegur dan dinasihati , kita akan kata , ''tu sorang sebelah tu pun tak sembahyang jugak , takpe pon ''. Contoh je la kan . 




   Kadang-kala kita mengaku kita tak macam ni tapi kadang-kadang kita terbuat jugak , terkata jugak . Bila ditegur panas-panas sikit oleh kawan-kawan ke , kita cakap ''ahh .. lu pun sama jugak brother , tengok lu dulu sebelum tengok gua ''. Kenapa kita mudah terpandang keburukan orang lain ? Dan kenapa bukan dari diri sendiri ?


Thursday, April 7, 2011

Bila Blog Ditansformasi

    Salam kawan-kawan . Alhamdulillah sekarang ini blog aku dah ditransformasikan oleh www.alieff.com . Wahh , sekarang nampak berlainan sikit kan :) . Cantik-cantik designers alieff ni . Bagi sesiapa yang berminat boleh la ke blog beliau . 

  Aku nak buat sedikit pengumuman disini dimana contest aku iaitu contest Review Blog Transformasi AF telah aku tutup kerana followers aku telah mencapai 900 lebih . Bukan apa , aku tertunggu-tunggu angka 1000 ni jadi aku telah bercadang untuk membuat kontest yang ketiga kalinya . Terima kasih kepada 15 blog yang sudi join contest blog aku .


Wednesday, April 6, 2011

Bila Tudung Dijadikan Fesyen .

    

   Salam kawan-kawan , kali ini post aku mengenai tudung pulak . Sekarang ni kebanyakan perempuan pakai tudung tapi berlengan pendek .Kebanyakan je la . Yang aku hairannya , apa yang sedang ditonjolkan oleh mereka ni dan apakah motifnya berfesyen begitu ? apakah niat mereka ? Aku tak faham sebenarnya . Kalau kena dengan alasan , dia tu baru-baru je nak bertudung , nak berubah .. biarkan je la , nanti lama-lama ok la tu . Itu ke alasan yang sewajarnya ? Kalau benar dia nak berubah kenapa tak dibantu kenapa tak ditegur ?


    Aku dah muak dengan alasan ''kubur gua , kubur lu masing-masing punya kubur''. Sebab kubur masing-masing la aku nak tegur sebab nanti dalam kubur tak de orang nak tegur da . Ada pulak yang macam ni , kat facebook gambar bertudung selak-selak album ada gambar tak tertudung . Kenapa tudung ni dijadikan fesyen ? aku sendiri pun tak dapat nak menghuraikan soalan aku ni . 



Tuesday, April 5, 2011

Bila Berterima Kasih ..

      

   Salam kawan-kawan , Aku muncul lagi dengan entry yang bertajuk Terima Kasih ni . Kenapa terima kasih pulak jadi topik aku kali ni ? Disebabkan ramai yang malu dan berasa mahal untuk ucapkan terima kasih ni . Penting sangat ka terima kasih ni ? susah sangatkah menyebut terima kasih ni ? Bagi aku adik-adik aku pun tahu nak sebut , tahu nak eja . Tapi masih ramai yang tak tahu berterima kasih kat orang .


   Sebenarnya apa tujuan kita berterima kasih kat orang ye ? untuk apa ? apa yang terima nya ? apa yang kasihnya ? sebenarnya berterima kasih itu bermaksud kita menghargai seseorang yang memberi kepada kita . Semasa dulu aku kerja kat hotel dulu , lebih kurang 5/10 sahaja yang ucapkan terima kasih kat aku . Korang tahu tak aku ulang alik naik lif , turun tangga dan sebagainya . Bukanlah nak mengharap tapi sekurang-kurangnya berterima kasih lah walaupun itu adalah kerja aku dan tanggungjawab aku .


Monday, April 4, 2011

Bila Kita Senyum :)

Comey nye :)
     


   Salam kawan-kawan , kali ini aku akan ulaskan mengenai senyum . Benarlah kita semua tahu senyum itu adalah sedekah dan pastinya ia adalah pahala kerana kita membuatkan orang gembira . Tapi mengapa ada lagi yang masih kedekut senyum . Setengah orang tak suka senyum . Ada jugak orang yang macam tu rupanya .

   Korang pernah tak berjumpa dengan orang lain lalu korang senyum tapi diorang tak balas senyuman korang ? Apa korang rasa ? Mesti korang akan menyumpah dia betul tak ? Aku pun sama . Bagi aku itu adalah orang yang sombong . Setelah orang kata kalau seseorang itu tak senyum bermakna dia tegas . Tegas ke ? pigi rahh . Tegas sebagaimana pun jangan lah kedekut senyuman . Tapi kadang-kadang dia tak perasan yang korang senyum kat dia . ( boleh pakai jugak ) .

 

Safee Sali Jaringkan Gol Buat Pelita Jaya Lagi !

    

   Salam kawan-kawan , sebelum tidur ni aku nak la post satu entry dimana penyerang kebangsaan kita , penyerang kebanggaan kita , Safee Sali telah bejaya menjaringkan gol beliau yang keempat bersama skuad Pelita jaya tadi . Wah , pencapaian terbaik daripada safee sali setelah berhijrah ke bumi indonesia ni .


   Beliau telah berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan menetang persijab pada malam tadi dan telah berjaya memungut kad kuning yang pertama malam tadi . yang pastinya Safee Sali telah membuka mata orang-orang indonesia bahawa pemain-pemain dari malaysia juga mempunyai kualiti yang terbaik . Safee Sali dengan memakai jersi bernombor 55 menjadi striker tunggal dihadapan telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 10 dan disudahkan oleh Pemain pelita Jaya iaitu Joko Sasongko yang menyarung jersi bernombor 9 pada minit yang ke 65 .



Sunday, April 3, 2011

Bila Kita Cuai ,

 


   Salam kawan kawan , korang selama ni pernah tak hilangkan barang orang atau pernah hilang barang sendiri ? mesti pernah kan sebab ye la kita ni tak sempurna . Kadang-kadang kita ni cuai dan kadang-kadang kita ni lalai . Apa perasan korang bila korang akan tahu sesuatu barang yang korang pinjam dari kawan-kawan korang ke sape-sape ke hilang ? mesti korang cemas kan . Kalau barang tu tak berapa bernilai takpa tapi kalau mahal ? contohnya macam korang pinjam kereta kawan , parking kejap nak beli milo ais kat kedai mamak , patah balik pergi ke kereta tengok-tengok kereta tu dah hilang .


   Persoalannya , adakah itu salah korang ? adakah itu hari malang korang ? adakah korang ni malang ? atau adakah ini salah takdir ? Baru-baru ni gua dah hilangkan barang delivery dari syarikat tempat kerja gua . Dan sebelum-sebelum ni gua dah kerap hilang barang . Adakah gua ni selalu bernasib malang dan sebagainya ? aku pun tak dapat menjawab dengan sempurna tapi yang pasti , aku ni hanyalah cuai dan tidak berhati-hati .



 

Saturday, April 2, 2011

Maharaja Lawak 2011 Pun Dah Bermula ..

 


  Salam kawan-kawan , maharaja Lawak di astro prima dan astro warna pada 1 april 2011 jam 10.00 malam memang aku nanti-nantikan . Diantara yang paling aku minat adalah Kumpulan Jozan . Selain itu aku juga meminati kumpulan sepah dan kumpulan Balas . Rancangan telah mula semalam . Tapi aku tak dapat tengok secara langsung dari TV , sekadar tengok dekat youtube je la sebab rumah aku tak ada astro . haha :)


   Dalam rancangan Maharaja Lawak ni ada 12 peserta yang hebat-hebat sekali . Contohnya Jozan , Jambu , Balas , XN3 , R2 , Amir , Man , Alex , Sepah dan lain-lain lagi . Tapi yang paling minat sekali mesti lah jozan sebab aku minat lawak Johan . Bagus jugak pihak Astro buat rancangan ni sebab aku nak jozan pegang takhta setelah diorang tewas pada Raja Lawak 1 . Teringin rasanya aku nak pergi join Raja Lawak 6 . hahaha , perasan ja :p .


 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!