Thursday, April 14, 2011

Safee Sali Tambah Gol Ke 5 Buat Pelita Jaya !

    Salam kawan-kawan , wahh tahniah buat Safee Sali kerana berjaya lagi mencipta 1 gol pada perlawanan petang tadi bersama pasukan beliau ketika menentang pasukan Persela . Walaupun perlawanan berakhir dengan keputusan seri , tapi aku yakin perlawanan tu memang baik kerana pelita Jaya ( tempat ke 14/15 ) menentang Persela ( tempat ke 9/15) memang cukup berbeza dari segi kedudukan .


   Tetapi apa-apapun tahniah buat Safee Sali kerana telah mengumpul 5 gol setelah 6 perlawanan bersama-sama skuad Pelita Jaya ni . Tapi ok jugak la seri dari kalah kan . Lagipun permainan tadi sepatutnya memang peluang untuk Persela sebab Pelita Jaya berbekalkan pemain sebanyak 10 orang kerana Juan Nohuera telah dikeluarkan padang pada minit ke 27 .


   Safee Sali pula berjaya meledakkan 1 gol pada minit ke 50 dan pasukan Persela berjaya mengikat Pelita Jaya setelah Gustavo Lopez berjaya menjunam masuk bola ke gawang Pelita Jaya pada minit ke 71 .


   Apa-apa pun moga terbaik untuk pasukan Pelita Jaya yang dibintangi oleh Safee Sali iaitu anak jati Malaysia . Semoga Malaysia-Indonesia terus serumpun dengan berhubungan ini . Aku pun telah tunggu Jersi Pelita Jaya FC warna merah ni . Pesanan baju dah dibuat kena tunggu 19 april ni la baru jersi aku leh keluar . Huhu .


   Berita terbaik sikit , Pelita Jaya telah naik kedudukan memintas Persiba Balikpapan dengan 20 Mata sama . Kini Pelita Jaya telah menduduki tempat ke 13 daripada 15 pasukan dalam liga . bagus ye pencapaian yang baik . Pelita Jaya sekarang ni baru bermain hanya 20 perlawanan sahaja dan masih panjang untuk mengejar skor seterusnya . Hanya yang terbaik untuk Pelita Jaya dan Safee Sali kita . Salam :)


 

6 comments:

topimagine on April 14, 2011 at 10:30 AM said...

wah.. tahinah pada safee sali.. berjaya mengharumkan nama negara kt sane :)

fyy mokhtar on April 14, 2011 at 4:35 PM said...

woot wooot. wah best nye. fyka minat saffeeee :)

E-ra paSha on April 14, 2011 at 5:58 PM said...

woww!!! HEBAT!!!!nge~
AF..jemput bace entry terbaru e-ra..
SPECIAL 4 AF..wee~~jgn lupe jengnguk k..

http://akulahe-rapasha.blogspot.com/2011/04/blog-mereka-terbaiiiikkkkkkkkkk.html

Abdul Farique on April 14, 2011 at 8:00 PM said...

@topimagine: harap safee terus maju ya ! :)

Abdul Farique on April 14, 2011 at 8:00 PM said...

@fyy mokhtar: yeaa , AF pon sama :p

Abdul Farique on April 14, 2011 at 8:01 PM said...

@E-ra paSha: ok ..InsyaAllah jap af jenguk .. ! thanks :p

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!