Tuesday, April 5, 2011

Bila Berterima Kasih ..

      

   Salam kawan-kawan , Aku muncul lagi dengan entry yang bertajuk Terima Kasih ni . Kenapa terima kasih pulak jadi topik aku kali ni ? Disebabkan ramai yang malu dan berasa mahal untuk ucapkan terima kasih ni . Penting sangat ka terima kasih ni ? susah sangatkah menyebut terima kasih ni ? Bagi aku adik-adik aku pun tahu nak sebut , tahu nak eja . Tapi masih ramai yang tak tahu berterima kasih kat orang .


   Sebenarnya apa tujuan kita berterima kasih kat orang ye ? untuk apa ? apa yang terima nya ? apa yang kasihnya ? sebenarnya berterima kasih itu bermaksud kita menghargai seseorang yang memberi kepada kita . Semasa dulu aku kerja kat hotel dulu , lebih kurang 5/10 sahaja yang ucapkan terima kasih kat aku . Korang tahu tak aku ulang alik naik lif , turun tangga dan sebagainya . Bukanlah nak mengharap tapi sekurang-kurangnya berterima kasih lah walaupun itu adalah kerja aku dan tanggungjawab aku .





  Penghargaan dari perkataan terima kasih itu sekurang-kurangnya memberikan sedikit senyuman dan kegembiraan kerana seseorang itu menghargai kita . Sekarang ni aku kerja courier pun , masih ramai yang kedekut terima kasih . Bayangkan kalau korang ditempat aku sekarang , apa perasaan korang ? korang memberikan sesuatu tak kira la tanggungjawab korang ke bukan tanggungjawab korang ke tapi tak dihargai seseorang ? pastinya korang menyumpah betul tak ?


  Kesimpulannya entry ini , bukanlah semua manusia ini mengharapkan dan memerlukan perkataan terima kasih , tapi sekurang-kurangnya hargailah mereka yang memberi kerana kita ni hanya sama saja tiada apa pun yang berbeza . Tak perlu lah kita sombong dan kurang adat sesama kita jadi marilah kita bersama-sama ucapkan terima kasih kepada ibubapa kita yang tak pernah luput memberi kasih sayang kepada kita . ( lari topik ke ? tak de la . kan betul tu :) ) . Salam .



13 comments:

miss ct on April 5, 2011 at 11:51 PM said...

Assalamualaikum af..
entry yg bagus...betul apa yg af tulis..ramai xsuka ucap terima kasih&maaf...mungkin ada emas dalam mulut mereka... hehehe

Jejaka Terhangat on April 5, 2011 at 11:52 PM said...

satu tabiat aku..kalau aku beli barang..orang kedai tu bagi barang dgn balance..aku yg akan cakap terima kasih..kalo dia yg ckp terima kasih..aku tak jawab sama2..tetap aku ckp terima kasih gak..

Abdul Farique on April 5, 2011 at 11:54 PM said...

@miss ct : wassalam . bukan ada emas tapi mulut berbau kot :)

Abdul Farique on April 5, 2011 at 11:56 PM said...

@Jejaka Terhangat : perangai ko sama cam aku .. aku paling suka berterima kasih dengan uncle-uncle apek ni sebab yang banyak kali aku jumpa diorang tak pernah miss cakap terima kasih balik ... sampai berlawan sebut terima kasih 2-3 round :p

suffer8zine on April 5, 2011 at 11:59 PM said...

hehe bende ni namanya akad jual beli dalam islam, tapi sebagai melayu yg kaya dengan bahasa mmg bagus la diamalkan, tambahan lagi semangat 1 malaysia :P

Terkini : Aku VS Nuffnang

Abdul Farique on April 6, 2011 at 12:03 AM said...

@suffer8zine : huhuhu .. betul tu bro .. terima kasih ye kerana tambah sedikit info :)

misS FEeza macho ! on April 6, 2011 at 12:05 AM said...

sye selalu cakap trime kasih . sebab rase best bile dengar org cakap terima kasih kt kite (:

Abdul Farique on April 6, 2011 at 12:09 AM said...

@misS FEeza macho ! : kan.. kan .. kan :) . rasa seronok kan .. ye la kita dihargai orang :)

topimagine on April 6, 2011 at 12:10 AM said...

janagn terlampau senang luahkan terima kasih tu.... terima kasih pada yang patot jerkkk :)

Abdul Farique on April 6, 2011 at 12:13 AM said...

@topimagine : kita orang Melayu bro penuh dengan adat dan kaya dengan bahasa bro :)

Blogger Melayu Jawa on April 6, 2011 at 12:18 AM said...

ucap jer terima kasih walaupun tidak berbalas. x rugi apa2 pun. Yg penting ucapkan dengan seikhlas hati tanpa sebarang balasan mahupun paksaan

Abdul Farique on April 6, 2011 at 2:56 AM said...

@Blogger Melayu Jawa : yaa bro .. terima kasih diatas peringatan dan teguran mu :)

deeya on April 6, 2011 at 12:12 PM said...

tabiat buruk sye bile orang cakap terima kasih , mesti sye jawab kasih diterima .. sebab sye fikir bile dia bagi kasih , sye terima . haha ! ta sengaja tapi da terbiasa . bukan susah pun nak b'terima kasih nie kan .. itu kan penghargaan :)

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!