Friday, April 15, 2011

Bila Diri Disayangi

   Salam kawan kawan . haa entry ni bukanlah dari lagu Ukays tu . bukan yek . entry ni terjadi berikutan isu "Sayang'' yang hangat diletupkan oleh blog kawan kita , SitiSafiyyah dan CikGadis .Benar kata-kata diorang , sayang tak semudah satu dua dan tiga . Bagi aku tak salah menyebut perkataan 'Sayang' tak kiralah sama ada kepada ibu bapa kita , kawan-kawan kita , kekasih kita dan suami atau isteri kita . 


   Sebenarnya bila kita menyebut 'sayang' kepada seseorang tu perlulah dengan lebih berhati-hati . Ikhlaskanlah perkataan 'sayang' tu dan tak perlulah membodek seseorang dengan perkataan 'sayang' . Sebenarnya aku suka sangat bila orang menyebut dan memanggil aku sayang . Automatik aku akan terasa bahawa diri aku disayangi seseorang tapi aku akan lebih gembira bila aku sendiri nampak seseorang tu betul-betul menyayangi aku dan ianya bukanlah terkeluar daripada perkataan .



 

   InsyaAllah bila kita ikhlas , ianya akan membuatkan perkataan sayang tu lagi mudah untuk didalami . Setengah orang mudah ucapkan sesuatu tapi didalam hatinya kosong . Kalau boleh tak perlulah umumkan perkataan sayang dan biarlah ucapan sayang berkumandang hanya untuk insan-insan yang terlalu kita sayang . Barulah perkataan sayang tu menjadi sesuatu yang ikhlas .


   Kesimpulannya , ucapan sayang itu kita ucapkan kepada yang betul-betul kita sayang dan janganlah kita jadikan perkataan sayang itu sebagai ucapan kita selalu kerana orang lain suka mengambarkan kita dari ucapan dan bukannya dari tingkah laku . Ye la kan , kebanyakkan orang mudah cair dengan perkataan-perkataan manis dan mudah menyangkakan sesuatu daripada perkataan tanpa melihat dari segi perbuatan . 


   Bagi secara peribadi la kan , aku hanya ucapkan sayang hanya untuk insan-insan yang aku sayang yang menjadi tempat aku bermanja tak kira dimana pun . Habis tu tak kan la kat semua aku nak bermanja-manja . Jatuh saham . Sebenarnya tak perlu untuk kita terlalu ucapkan sayang kerana yang pastinya tujuan tu hanya untuk menunjuk-nunjuk dan biarkanlah ia datang dari hati yang ikhlas , perbuatan yang tulus dan bukannya dari mulut yang manis berpetah kerana CINTA ITU BERERTI SAYANG .

   Jom kita singgah ke blog C-tea dan mari kita membaca entry beliau :) : yes..saya produk dari limkokwing..ade apa-apa masalah ke??
 
  

 

14 comments:

Mss Ieza on April 15, 2011 at 11:12 PM said...

sy cke pngl syg kt kwn2 pmpn..sme ke..??

Abdul Farique on April 15, 2011 at 11:15 PM said...

@Mss Ieza: boleh saya tahu apa yang sama ? haha . seperti yang af cakap , orang lain mudah menganggap sesuatu daripada perkataan . tak tahu dia anggap yang baik atau buruk la kan . ucapkanlah sayang buat yang betul2 kita sayang lebih bagus :) . kalau sayang kawan2 lepas tu ucap sayang kat kawan2 apa salahnya ? :)

Mss Ieza on April 15, 2011 at 11:22 PM said...

sbb syg sgt2 larh pngl syg :idea
xde mkne na pngl syg kt mrke yg x d'syangi.. :hoho

Abdul Farique on April 15, 2011 at 11:25 PM said...

@Mss Ieza: kadang-kadang laki ni selalu suka ckp mcm tu .. :) pompuan pon ada jgak ..

cik aufa faqihah on April 15, 2011 at 11:28 PM said...

lagi-lagi untuk insan istimewa spt umi dan walid kan en AF :)

c-tea on April 15, 2011 at 11:29 PM said...

suka gak pangil kawan2 perempuan sayang..contoh macam, 'tak susah sayang oi"...tak pun, "ko sehat ke yang?"heheh

Mss Ieza on April 15, 2011 at 11:31 PM said...

mang btl..llk pling ktare cke ckp gitu..
pape tah :nono

Abdul Farique on April 15, 2011 at 11:32 PM said...

@cik aufa faqihah: yeaa .. itu sebenarnya lagi ikhlas kan :)

Abdul Farique on April 15, 2011 at 11:33 PM said...

@c-tea: sayang means cinta .. cinta kepada kawan , mesti ada kan :)

Abdul Farique on April 15, 2011 at 11:34 PM said...

@Mss Ieza: af jarang oke . dulu keraplah dengan ss . :p itu dulu la :p

Mss Ieza on April 16, 2011 at 12:09 AM said...

owhh..hehe

Abdul Farique on April 16, 2011 at 12:11 AM said...

@Mss Ieza: hehee :p

++nOTy guGUrL++ on April 17, 2011 at 1:11 AM said...

syg to khas tok yg teristimewa dlm hati je...tp x smstnye bf....kwn yg plg rapat pon sy pgl syg jgk....kdg2 drling...honey...or bby...ikt pd seikhlas hati kite tok bg glrn pd seseorg tue....^___^

Abdul Farique on April 17, 2011 at 1:48 AM said...

@ nOTy guGUrL : itu kan lagi ikhlas bunyinya kan :)

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!