Tuesday, May 31, 2011

Paul Scholes Bersara Dari Manchester United

MANCHESTER: Pemain tengah Manchester United, Paul Scholes mengumumkan persaraannya, hari ini, seterusnya menamatkan spekulasi sama ada beliau akan meneruskan untuk beraksi bersama juara Liga Perdana Inggeris pada musim depan. 

“Ia bukan keputusan yang saya ambil mudah, tetapi merasakan ini adalah tempoh sesuai untuk saya berhenti bermain bola sepak. Selepas menjadi sebahagian daripada pasukan yang membantu mencapai rekod kemenangan ke-19 bagi juara liga...ia adalah satu kebanggaan,” kata Scholes dalam laman web kelab itu, www.manutd.com. - REUTERS

Sumber Tersayang : Berita Harian
  Haha, nampaknya Manchester United akan kekurangan seorang lagi pemain tengah yang terbaik . Hehe..

Monday, May 30, 2011

Kain Pelikat Pengubat Rindu

 KUALA TERENGGANU: “Dulu saya garang dan suka marah suami tapi selepas diceraikan saya amat menyesal. Kini saya tergila-gilakan bekas suami biarpun dia sudah berkahwin lain.


“Untuk mengubat rindu, saya minta kain pelekat dan tuala bekas suami untuk hidu baunya,” kata seorang janda hanya mahu dikenali sebagai Noor.


Wanita berusia 49 tahun itu mengaku perceraian dengan suaminya dua tahun lalu berpunca daripada kesilapannya sendiri yang tidak mahu dikongkong dan suka memarahi suami biarpun ketika itu dia bekerja sebagai guru mengaji al-Quran.

 http://www.hmetro.com.my/articles/Mintapelekatubatrindu/pix_middle
 Noor...Menyesal


Noor berkata, sikapnya itu menyebabkan rumah tangganya sentiasa diselubungi masalah hingga dia nekad meminta cerai daripada suaminya.

“Selepas bercerai, saya hanyut dalam kehidupan melalaikan seperti sering ke pusat karaoke mengubati kekecewaan,” katanya yang dikurniakan lima cahaya mata hasil perkongsian hidup itu.


  Sumber : MyMetro

   Hmm macam-macam cerita sekarang. Kerana sikap diri akhirnya kita akan menyesal nanti :(

Maaf , Aku Tak Dapat Jadi Seperti Dulu

    Salam kawan-kawan , sekali lagi aku terpaksa tinggalkan blog untuk sementara dan pastinya blog ini akan tak ber-update mungkin . Aku hanya dapat update kiranya aku pergi ke Cyber Cafe sahaja. Huhu , Sedih bangat. Apa nak kata, terima je la laptop dah rosak. Banyak Header yang tertangguh dan aku tak dapat lagi tolong bloggers .

 


   Streamyx pula tunggu masa nak kena potong. Laptop dah rosak kan ? so biarlah. Lemas nak fikir. Semak otak dah. Lagipun 3 haribulan 6 2011 ni berangkat ke Gemencheh Negeri Sembilan. Pergi lepak kampung pula. Tenangkan otak yang dah berabut ni. Oke la, buat sesiapa yang masih sayang dan berkena mengena dengan aku, aku harap korang sudi lagi menunggu kedatangan ku semula.

Sunday, May 29, 2011

Live Streaming Online Konsert Akhir Mentor 5 | 29 Mei 2011

 

Malam ni bakal berlangsungnya konsert akhir mentor 5 yang dinanti-nantikan oleh kesemua peminat mentor musim ke lima. siaran langsung konsert mentor 5 akan berlangsung dari stadium melawati shah alam. siaran live streaming konsert akhir mentor 5 akan bermula pada jam 9 malam ini.

Untuk menonton live internet streaming, sila klik pautan Live Streaming Konsert Akhir Mentor 5.

Tags: konsert mentor 5 finale, konsert final mentor 5, live streaming konsert akhir mentor 5
 

3 Terbunuh Dan 8 Cedera Ringan Di Dalam Letupan Kilang Kimia Di China

BEIJING: Tiga terbunuh dan lapan mengalami kecederaan dalam letupan di sebuah kilang kimia di timur China, kata pihak berkuasa.

Kerajaan bandar Zibo, wilayah Shandong berkata, polis sedang menyiasat punca kejadian di kilang kimia berkenana milik Shandong Baoyuan Chemical Co. Ltd. 

Kenyataan itu berkata, kejadian malam tadi itu mengakibatkan dua mati di tempat kejadian manakala seorang mati di hospital. 

Lapan lagi mengalami kecederaan ringan dan dirawat di sebuah hospital. - AP 

Sumber Tersayang : Bharian


  Hari ni , kematian lagi T__T

Keputusan Manchester United Vs Barcelona 28 Mei 2011 | Live Streaming Online

UEFA Champions League FC Barcelona vs Manchester United Final Live Streaming 28 May 2011 Wembley Stadium. watch man utd vs barcelona hd streaming here. Barcelona vs Manchester united champions league final live stream match telecast online. Watch Barca v Manutd live stream match online on internet tv. Neo Sports Online give you 100% HD quality live streaming football tv channel. where you can easily watch live this exclusive match online. It is the biggest fighting match of uefa 2011 with Spanish and England football club. FC Barcelona and Manchester United FC will visit Wembley on Saturday 28 May out to write another chapter in their rich history – the past suggests there will be little to choose between them. The UEFA Champions League Trophy met up with some old friends at Craven Cottage on the latest leg of its tour of London, with visiting Liverpool FC fans delighted to see ‘Ol’ Big Ears’ again. The 2011 UEFA Champions League Final, to be played on Saturday 28 May at 19:45 local time at Wembley Stadium, London.

FC Barcelona vs Manchester United UEFA Champions League FC Barcelona vs Manchester United Final Live Streaming 28 May 2011 Wembley Stadium
Match Details:
Team: FC Barcelona vs Manchester United
Time: ime: 19:45 CET (Local), 19:45 UK, 2.45pm EST, 2:45am China
Tournament name: UEFA Champions League
match: Final
Location: Wembley Stadium, London.


  Keputusan Sekarang : Barcelona 3 - 1 Manchester United ( 2nd Half Time )

Saturday, May 28, 2011

Keputusan Live Perlawanan Pelita Jaya vs PSPS Pekan Baru | Safee Sali

    Perlawanan di antara Pelita Jaya menentang PSPS Pekan Baru akan bermula pada malam ini pada 28 Mei 2011 . Adakah Safee Sali berjersi 55 akan bermain malam ini untuk pasukan Pelita Jaya ? Adakah Safee Sali akan menjaringkan gol buat Pasukan Pelita Jaya lagi ? Apakah Keputusan perlawanan ini ? Sama-sama kita saksikan pada malam ini ya.

 

   Semoga Safee Sali terus sukses dan berjaya untuk perlawanan ini. Kerana Safee Sali , kebanyakan orang Malaysia penyokong Pelita Jaya. Nampak tak? Safee Sali menjadi tali persaudaraan juga :D Ok info untuk perlawanan malam ini:-


Nurul AF2 Bernikah 28 Mei 2011 Ini

Penyanyi Nurullah Abdul Hamid (Nurul AF2), 29, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) bakal bernikah pada 28 Mei ini dengan pensyarah, Mohd Munzil Muhamad, 28, di rumah Nurul di Petrajaya, Kuching.
 http://mstar.com.my/archives/2011/4/16/mstar_hiburan/nurul1.jpg
 
Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi sehari selepas itu di sebuah dewan di Kuching dengan konsep perkahwinan dalam taman bertemakan warna hitam-merah.
 

Treler dan 3 Bas Berlanggar di Kilometer 282.5, Lebuhraya Utara-Selatan

IPOH: Dalam kejadian jam 1.40 pagi semalam, 10 penumpang bas cedera apabila tiga bas ekspres dan sebuah kereta terbabit dalam kemalangan dengan treler berhampiran Kilometer 282.5, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Simpang Pulai.

“Saya terkejut apabila treler berkenaan tiba-tiba mencelah masuk ke hadapan laluan saya menyebabkan cuba mengelak sebelum dua bas di belakang berlanggar,” kata pemandu bas ekspres Sri Maju, Jamaluddin Azmi, 40-an.

“Saya memandu bas di lorong kanan sebelum sebuah treler menghimpit ke laluan saya. Akibatnya saya menekan brek untuk mengelaknya.


“Pada masa sama, sebuah kereta Proton Persona di belakang bas saya turut membrek secara mengejut tetapi tak sempat menyebabkan dia merempuh bas saya,” katanya.

Menurutnya, sebuah lagi bas ekspres yang mengekori rapat di belakang kereta itu turut membrek bagi mengelakkan merempuh kereta itu.

“Malangnya sebuah lagi bas ekspres yang berada rapat di belakang bas kedua itu gagal mengelak sebelum merempuh bas di hadapannya,” katanya yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke Johor Bahru.

  Berita Selanjutnya di : MyMetro

  harap-harap semua penumpang dan yang terbabit selamat...

Bekas Pemain Bola Sepak Perlis Meninggal Dunia

KANGAR: Bekas pemain bola sepak Perlis era 80-an, Roslee Ramlee, 53, meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika berjoging di kawasan Bukit Lagi dekat sini semalam.

Bekas penyerang pasukan Perlis itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) 6.20 petang semalam dan meninggal dunia sejam kemudian. 


Isterinya, Azihani Ali yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri Perlis berkata, suaminya yang juga seorang juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) sempat berjoging di situ kira-kira sejam sebelum menelefonnya di rumah dan mengadu sesak nafas lalu beliau membawanya ke HTF untuk mendapatkan rawatan. 

Baca Selanjutnya di : Berita Harian


  Al-Fatihah... Semoga Arwah ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman . Amin.

VIDEO YOUTUBE LIVE MAHARAJA LAWAK MINGGU 9 FULL

     Salam kawan-kawan . video Maharaja Lawak Minggu 9 minggu ni aku post disini secara full untuk menyenangkan anda sekalipun video-video Maharaja Lawak Minggu 9 disini . Mari kita saksikan video Maharaja lawak Minggu 9 yang dibintangi oleh R2 , Jambu , Sepah , Balas , Nabil dan Jozan . Disini aku share kan sekali software untuk download mudah video-video Maharaja Lawak ataupun sebarang video dari youtube dan lain-lain website :D
 
   


 Sekali lagi af ucapkan terima kasih kerana sekali lagi sudi untuk singgah ke blog kecil af ni dan menyaksikan video-video terpantas di upload iaitu dari guatv dan disiarkan di blog af . Jom tengok video Maharaja Lawak Minggu 8 Dibawah ini secara full aku bawakan untuk tontonan anda semua ^_^ .



MLawak Minggu ke-9 Kedudukan Undian Sebelum Gelanggang



Friday, May 27, 2011

VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU 9 | NABIL

   Salam kawan-kawan , mari kita saksikan video Maharaja lawak Nabil Minggu 9 disini . Lepas ni kita akan saksikan video dari Kumpulan Sepah , Kumpulan Balas , Kumpulan jambu , Kumpulan Jozan selepas ini yea . Enjoy . Aku ada letakkan tips untuk download video dari youtube . Jom saksikan :D





Tips untuk download : ayuh download melalui : ant.com :D

tags : ML minggu 9 Nabil , Maharaja Lawak 9 Nabil , Video Maharaja Lawak 9 Nabil , Download maharaja lawak 9 nabil , video nabil maharaja lawak 9 .

VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU 9 | JAMBU

 Salam kawan-kawan , mari kita saksikan video Maharaja lawak Jambu Minggu 9 disini . Lepas ni kita akan saksikan video dari Kumpulan Sepah , Kumpulan Balas , Kumpulan Jozan selepas ini yea . Enjoy . Aku ada letakkan tips untuk download video dari youtube . Jom saksikan :D


   Jom tengok video disini : SyafiqOrangMelaka | Sepah


Tips untuk download : ayuh download melalui : ant.com :D


Tags : Jambu Maharaja Lawak 9, Video Jambu Maharaja lawak 9, Download Jambu Maharaja lawak 9, Jambu maharaja lawak 9 download, video youtube Jambu maharaja lawak 9, Jambu Maharaja lawak 9 youtube . youtube maharaja lawak 9 Jambu.

VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU 9 | SEPAH

        Salam kawan-kawan , mari kita saksikan video Maharaja lawak Sepah Minggu 9 disini . Lepas ni kita akan saksikan video dari Kumpulan jambu , Kumpulan Jozan selepas ini yea . Enjoy . Aku ada letakkan tips untuk download video dari youtube . Jom saksikan :D


   Jom tengok video disini : SyafiqOrangMelaka | Sepah


Tips untuk download : ayuh download melalui : ant.com :D


Tags : Sepah Maharaja Lawak 9, Video Sepah Maharaja lawak 9, Download Sepah Maharaja lawak 9, Sepah maharaja lawak 9 download, video youtube Sepah maharaja lawak 9, Sepah Maharaja lawak 9 youtube . youtube maharaja lawak 9 Sepah  

VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU 9 | BALAS

    Salam kawan-kawan , mari kita saksikan video Maharaja lawak Nabil Minggu 9 disini . Lepas ni kita akan saksikan video dari Kumpulan Sepah , Kumpulan jambu , Kumpulan Jozan selepas ini yea . Enjoy . Aku ada letakkan tips untuk download video dari youtube . Jom saksikan :D



VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU 9 | R2

    Salam kawan-kawan , mari kita saksikan video Maharaja lawak R2 Minggu 9 disini . Lepas ni kita akan saksikan video dari Kumpulan Sepah , Kumpulan jambu , Kumpulan Jozan selepas ini yea . Enjoy . Aku ada letakkan tips untuk download video dari youtube . Jom saksikan :D


Untuk melihat video berkenaan sila klik di SyafiqOrangMelaka | Video ML 9 R2




Tips untuk download : ayuh download melalui : ant.com :D


Tags : R2 Maharaja Lawak 9, Video R2 Maharaja lawak 9, Download R2 Maharaja lawak 9, R2 maharaja lawak 9 download, video youtube R2 maharaja lawak 9, R2 Maharaja lawak 9 youtube . youtube maharaja lawak 9 R2 .

VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU 9 | KEDUDUKAN PESERTA

Salam kawan-kawan , mari kita saksikan video Maharaja lawak Nabil Minggu 9 selepas video kedudukan peserta disini . Lepas ni kita akan saksikan video dari Kumpulan Sepah , Kumpulan Balas , Kumpulan jambu , Kumpulan Jozan selepas ini yea . Enjoy . Aku ada letakkan tips untuk download video dari youtube . Jom saksikan :D


MLawak Minggu ke-9 Kedudukan Undian Sebelum Gelanggang




Tips untuk download : ayuh download melalui : ant.com :D

tags : ML minggu 9 kedudukan , Maharaja Lawak 9 kedudukan , Video Maharaja Lawak 9 kedudukan , Download maharaja lawak 9 kedudukan , video kedudukan maharaja lawak 9 .

VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU 9 | JOZAN

Salam kawan-kawan ,  mari kita saksikan video Maharaja lawak Jozan Minggu 9 disini . Lepas ni kita akan saksikan video dari Kumpulan Sepah , Kumpulan Balas , R2 , Jambu dan Nabil  selepas ini yea . Enjoy . Aku ada letakkan tips untuk download video dari youtube . Jom saksikan :D



   Thanks to GuaTv :D

Maharaja Lawak 9 Jozan



Harap Syafik Coklat Boleh Sign In Blog..

   Salam kawan-kawan , sape kenal blog Syafik coklat ? kalau tak kenal boleh klik SINI .Anyway kesian tengok dia dah tak tentu arah. Kenapa tak tentu arah ? beliau mengalami masalah dimana beliau tak dapat nak sign in disebabkan masalah lupa emel dan lupa password dan lupa sebagainya ( nasib baik tak lupa nama ) .




  Terdetik rasa prihatin sebab dia sanggup wat blog baru semata-mata nak terus berblogging. Wow itu aku respek dan confirm tergerak rasa nak bantu. Aku dah berjaya berjaya kaji selidik password dan email dia sehingga ke email yahoo , Masalah ye sekarang aku boleh sign in blog dia tapi dia tak boleh cuba blog dia tu . Ades, pelik la . Apa apa pun cuba clear semua History dan Cookies browser dulu. Mungkin berhasil. Nak masuk dashboard tu memang lambat nak mampus beb .


Tanah Runtuh | 3 Kanak-kanak terkorban di Haiti

  HAITI: Tiga kanak-kanak terkorban dalam tragedi tanah runtuh berpunca daripada hujan lebat menyebabkan rumah didiami dihanyutkan berhampiran Cap-Haitian, utara Haiti, hari ini.Jurucakap Badan Perlindungan Awam Haiti, Ardouin Zephyrin, berkata kanak-kanak berusia antara enam hingga 14 tahun itu mati di bawah timbunan tanah runtuh manakala ibu mereka cedera parah.

Hujan lebat selama seminggu yang melanda Haiti, menenggelamkan kawasan penempatan di utara dan meranapkan khemah penempatan sementara bagi mangsa gempa bumi tahun lalu yang melanda Port-au-Prince. 


Presiden Haiti, Michel Martelly menggesa penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tinggi seperti kawasan pergunungan atau berbukit berhampiran bandar, berjaga-jaga kemungkinan berlaku lagi tanah runtuh. - AFP


  Sumber Tersayang : Berita Harian

   Ini yang paling menyayat hati. Lagi-lagi kejadian tanah runtuh ataupun bencana alam. Kesian kanak-kanak tu. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempat didalam golongan orang-orang yang beriman. Amin..  

Serangan Jet Pejuang Nato | 5 Orang awam Maut , 150 cedera di Tripoli

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan ibu negara Libya, Tripoli, awal pagi ini dengan kawasan sasaran jet pejuang NATO masih tertumpu di kediaman Muammar Gaddafi.
Lintasan pesawat pejuang boleh kedengaran di kawasan letupan pertama sekitar jam 11.20 malam waktu tempatan, sebelum dissusuli empat letupan bom dalam beberapa minit. 


Serangan NATO juga mensasarkan kampung Gaddafi, di Daerah Al-Aziziya district pada malam kelmarin dan lewat malam tadi menyebabkan tiha orang awam terbunuh manakala lebih 150 cedera. - AFP 

Sumber Tersayang : Berita Harian

Inilah akan terjadi bila campur tangan berlaku. Kesian rakyat menjadi mangsa.. hmm

7 Askar AS Maut Serangan Bom Di Kabul

KABUL: Tujuh anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam satu kejadian letupan bom di selatan Afghanistan, demikian disahkan Pentagon hari ini.

Jurucakap Pentagon, Kolonel Dave Lapan, berkata askar terbabit terbunuh dalam serangan bom di Daerah Shorabak dalam Wilayah Kandahar. 


Serangan itu juga disahkan oleh Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa NATO (SAF). 

Sumber tersayang : Berita Harian

   Ya alaah , banyaknya yang terkorban bulan ni. Hm

Pemain Bola Sepak | Indra Putra Mahayudin cerai guna SMS.

   IPOH: “Saya sedih kerana kelibatnya langsung tidak kelihatan ketika anak bongsu kami dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini baru-baru ini kerana paru-parunya dijangkiti kuman,” kata Norliaton Murni Zainal Abidin, 31, janda kepada bekas penyerang skuad kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin.


Norliaton berkata demikian selepas memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Selain tuntutan nafkah mutaah dan edah, Norliaton turut memfailkan hak penjagaan tiga anak berusia antara lapan tahun dan dua bulan kerana mendakwa Indra Putra, 30, yang kini menjadi penyerang utama pasukan T Team, gagal memberikan nafkah serta mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.


Norliaton memfailkan sendiri permohonan itu tanpa diwakili peguam dan hadir ke mahkamah, semalam ditemani bapanya. Sebelum ini, mahkamah sama turut mengesahkan pasangan berkenaan yang berkahwin pada 2003, sudah bercerai talak satu pada 18 Mei lalu.

Indra Putra didakwa melafazkan cerai menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) ketika Norliaton dalam tempoh berpantang anak ketiga, Alya Nur Zalia yang baru berusia dua bulan pada 27 April lalu.

Norliaton yang juga seorang suri rumah berkata, kali terakhir Indra Putra pulang menjenguk mereka Aidilfitri.

“Sejak itu dia sukar dihubungi sehinggalah saya menerima SMS dia ‘melepaskan’ saya pada penghujung bulan lalu


   Baca selanjutnya di : MyMetro.

Semoga anak Indra Putra kembali sembuh.. hal tu , hah no komen. tak merasa perkahwinan lagi. Minta simpang sudah la..

Gambar | Proton Inspira Kereta Polis Malaysia ( PDRM ) Terbaru

    Salam, Ayoyo . Polis malaysia dah menggunakan proton inspira sebagai kenderaan mereka. semakin maju gamaknya. Huhu . Thanks to budak botak kerana benarkan AF amik entry ni.  Dasyat dasyat dasyat dasyat, lawa sungguh kereta-kereta polis malaysia dan maju gila. Huhu jom kita lihat gambarnya . 


PROTON telah mengubahsuai 10 model Proton Inspira menjadi kereta peronda polis dilengkapi sistem lampu amaran dan siren bersepadu, pelekat pembalik cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak.

Proton bagi 10 kereta tu sebagai pandu uji dan membuat RnD untuk membangunkan prototaip kereta peronda Polis dari model Proton Inspira yang lebih canggih pada masa akan datang. He3, polis kalo nak kejar penjenayah mesti la nak kereta yang berkuasa kan, kalo kereta biasa2, penjenayah senyum ja lari.

Masa kereta peronda Polis ke tempat kejadian juga akan dikurangkan tidak melebihi 12 minit kata Ketua polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Kereta peronda Polis yang berada sekitar 1km akan dikejarkan ke tempat kejadian kurang daripada 4 minit selepas laporan diterima.

   Jom kita tengok gambar kereta tu. Cantik ke tak . hehe.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-IjqGZgyTLE1jYfxO_lpJgjMikYxyXwiqLsurCSxqp_iFvJWzxuQ6bFY6J8RCLzgYZ-_jXFr62SPzFFdVmEBNIxRZzLS6kYgMKNeyLmN8Ofd5bgZuVcWaY-q7Zn8TodNUmRq_XYRwHSdx/s1600/Proton-1.jpg

 
 

Menjana Kewangan Sambil Beriklan Dengan Abdulfarique.com

    Salam kawan-kawan, wahh jangan terkejut baca tajuk tu. Bukan aku nak suruh korang beriklan kat blog aku tapi korang jadi publishers iklan aku. Wah macam mana ? ok senang je. kepada Sesiapa yang sudi untuk menjana kewangan dengan menjadi publishers ni , baca keritia ini :-


 header ini tiada kaitan.

Terma Dan Syarat

1) Setiap bulan aku akan bayar RM20 secara Bank-in / Cash Deposit

2) Tiada bayaran untuk permulaan *akan dibayar setelah cukup bulan

3) Mempunyai akaun bank *akan dirahsiakan

4) Perlu letakkan iklan Leaderboard aku diatas Header *tengok iklan kat header aku

5) Setiap bulan akan dibayar *kecuali blog under contruction, removed, dan membuang iklan


  Oke itu kritia nya , apakah syarat-syaratnya ? 
1) Minimum 800 Pageviews sebulan

2) Minimum 350 Unique Visitor sebulan
3) bukan blog lucah, politik, dan lain-lain yang menyalahi undang-undang

4) screen print bukti Unique visitor dan pageviews sebulan


  Ok dah faham semua ? AF akan menjana 10 blog terlebih dahulu. 10 Blog sahaja yang af terima sekarang ini kerana af masih bloggers biasa lagi. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi publishers iklan di blog af sila ikut langkah ini :-


1) Emel kepada saya di admin@abdulfarique.com

2) postkan mengenai Jumlah unique visitor dan pageviews sebulan beserta screen print sebagai bukti dan Nama ID Facebook anda ataupun link URL facebook anda.



3) send kepada saya dan tunggu pengesahan 48 jam.


Tapi sebelum buat emel statik blog , pastikan anda alert quota STILL AVAILABLE kat bawah ni. Kalau dah '0' jangan buat , af tak kan layan. AF akan update quota STILL AVAILABLE tu selalu. Kalau dah mencukupi, Im sorry dan ingat hanya akaun MAYBANK sahaja diterima .




  Untuk yang berjaya, AF akan add facebook korang dan bagi form kat korang dan kat situ af akan beritahu kontrak AF iklan dengan korang berapa lama melalui emel dan lengkapkan butir-butir peribadi untuk memudahkan AF membuat kerja-kerja pembayaran. Iklan AF adalah Leaderboard ( H : 90px W: 728px ) berbentuk javascript. Jadi agaknya siapa yang berminat ? :)

(0) Still Available

Gambar | Wang Kertas RM20 Bakal Digunakan Semula

Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diguna semula oleh Bank Negara Malaysia.

Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.


 http://www.nuristimewa.com/wp-content/uploads/2010/01/duitRM20.jpg


“Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM0 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Star pada Rabu.



Thursday, May 26, 2011

Pelajar Dipukul Rakan Sekolah | Terima Tujuh Jahitan

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Bukit Tunggal di sini, menerima tujuh jahitan di telinga kiri selepas didakwa dipukul seorang pelajar tingkatan satu dari sekolah yang sama.

Ibu mangsa Fatimah Ngah, 54, berkata dalam kejadian kira-kira 1 petang semalam, anak bongsunya, Abdul Rahman Abdul Ghani sedang duduk di dalam kelas sementara menunggu peperiksaan pertengahan tahun. 

Bagaimanapun, secara tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki dari kelas lain, terus menyepak di bahagian pipi kanan dan menyebabkan mangsa rebah lalu terkena cermin tingkap. 

Selepas dipukul, mangsa dikatakan menghubungi abangnya bagi memaklumkan tentang kejadian itu dan terus dibawa pulang ke rumah di Kampung Bukit Kandis, di sini. 

Baca Selanjutnya disini : Berita Harian


  Bagusnya pelajar-pelajar sekarang , datang ke sekolah asah bakat . Esok besar boleh masuk WWE ....


tags : pelajar dipukul di terengganu, pelajar terima tujuh jahitan, pelajar bergaduh disekolah, pelajar dibelasah disekolah, pelajar terima tujuh jahitan dipukul, pelajar dipukul rakan sekolah.

Oh Drum , I Miss U :(

  Salam kawan-kawan , wahh saja-saja ja nak post entry ni . Boring. teringat zaman-zaman rockers tahap gaban dulu. Suka je singgah ke First Step Studio sg.dua , USM . Nak dikatakan kat situ lah aku belajar main drum. Keseluruhannya tak la pandai sangat just main cukup cukup makan ja. Anyway best sangat with my best friend , Sabran Shuhaili . hehhe , minat drumming dari kecik lagi .


http://i228.photobucket.com/albums/ee151/farique92/123.jpg?t=1306411534


  Dulu kecik kecik dalam tandas suka ketuk besen basuh baju . At least suka bergendang , besar sikit join team kompang.. dah besar ni mencuba drum plak :p jom layan kejap intrusmental merepek dari aku ni :p


Siti Nurhaliza Masuk Wataniah | Wow Dasyat !

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. 



 
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah. "Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa," katanya. Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. 


Mr iZzo 1st GiveAway free T-Shirt




    Salam kawan-kawan, haa terasa nak join contest lagi. Ok kali ni kita menuju ke GiveAway Mr.Izzo ni. Hehe, Siapa Mr.Izzo ? takpe jom kita ke blog beliau dengan klik banner header beliau diatas ni.

  
   Komen Blog Mr.Izzo sikit : Daripada review AF kat blog Izzo, template menarik tapi widget terabur. Header terlalu besar sangat. Kalau boleh kecikkan sebab nak mana pakai broadband kesian diorang, banyak rugi kapasiti memory broadband diorang. kalau pakai 1gb , ronda sana ronda sini dah nak habis quota. Jadi Mr.Izzo rendahkan size header dan lebih bagus besarkan sikit ruangan entry tu sebab nampak kemas. ^_^V .
Sesiapa yang nak join ? jom klik header beliau , just a simple giveaway :D

Toturial | Kenapa Blog Tak Boleh Sign In ??!

       Salam kawan-kawan , ramai yang tak dapat sign in blog kebelakangan ini. Ok aku hanya dapat tolong bloggers yang mempunyai masalah tak boleh sign in disebabkan EMAIL RESEND sahaja. Apa itu EMAIL RESEND ? sila search google .


 


   Ok aku akan tunjukkan step by step untuk selesaikan masalah ini. Bukan apa ramai yang tak tahu, jadi aku tunjukkan toturial sikit.




1) Sign In Blog


Subsidi Bahan Api Akan Dikaji Jika Harga Minyak $110- $120 Setong

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji semula subsidi bahan api sekiranya harga minyak mencecah antara AS$110 dan AS$120 setong, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Semalam kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) buat masa ini. 

"Kita tahu pada masa ini, banyak benda lain juga meningkat, termasuk harga makanan dan perumahan. Jadi kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan (harga bahan api)," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Standard Financial Planner Sdn Bhd di sini hari ini. 

Selain itu, keputusan berkenaan juga berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong sehingga pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini, kata Lim dan menambah yang kerajaan sentiasa memantau pasaran minyak mentah. 

Baca Selanjutnya di : Berita Harian

Kedai dan Perpustakaan Awam Musnah terbakar Di Pasar Sebangan

KUCHING: Bangunan kedai kayu sederet dua tingkat 12 pintu dan sebuah perpustakaan milik Majlis Daerah Simunjan (MDS) di Pasar Sebangan, Sebuyau Bahagian Samarahan, musnah dalam satu kebakaran pagi ini. 


Ketua Operasi Balai Bomba Simunjan Jamali Terang berkata pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 5.38 pagi dan sampai ke tempat kejadian pada pukul 6.15 pagi.

"Kebakaran dapat dipadamkan pada pukul 7.15 pagi dan jumlah kerugian bagi kebakaran melibatkan kedai sederet 12 pintu itu berjumlah RM6.75 juta, namun bagi perpustakaan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata punca kebakaran masih lagi dalam siasatan dan kesemua 12 keluarga yang memiliki kedai-kedai tersebut kini tinggal di Sekolah Kebangsaan (SK) Chung Hua Sebangan buat sementara waktu.

"Kedai-kedai itu terdiri daripada kedai runcit dan kedai makan. Tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.

Jamali berkata sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran itu. 

Sumber : My Metro

  Ya Allah , banyaknya kerugian . nasib baik tak ada kemalangan jiwa yang berlaku. Pengajaran buat anda semua, pastikan gas dapur kat rumah tu sesudah masak ditutup . teringat kisah Tahun Baru cina 2011 kat penang , lebih 4 tempat rumah terbakar pada malam raya cina ...


   tags: kebakaran di kuching, kedai dan perpustakaan awam terbakar, kebakaran di pasar sebangan, kebakaran di sebuyau bahagian samarahan .

Pertempuran Di Sanaa | 4 Orang Awam Terbunuh

SANAA: Pertempuran antara penyokong dan penentang Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, meletus lagi di ibu negara Sanaa hari ini, menyebabkan empat orang awam terbunuh.

Agensi berita rasmi Saba melaporkan, angka kematian meningkat kepada 48 orang sejak Isnin lalu. - AFP

 

    Sumber : Berita Harian

  Ya , bagus la . Kat Malaysia, Amerika, Bangladesh, Dan India terbunuh kerana bencana alam. Kat Yaman terbunuh sebab kerajaan... Ape nak jadi ni. Dunia dunia.. 

 tags: terkini di sanaa yemen, berita pertempuran di yaman, yaman tak aman, 4 terbunuh di yaman, 4 orang awam terbunuh di sanaa, sanaa 4 orang terbunuh, 4 orang awam terbunuh di yaman, pertempuran di sanaa, yaman 4 orang terbunuh, berita terkini pertempuran di sanaa
 

Gambar | Lelaki Tukar Nama Wanita | Aleesha Farhana

    KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan. Gambar beliau, 



   Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.

Kapal Terbang Terhempas Di India, 10 Terbunuh | Angin Kencang 25 Mei 2011

NEW DELHI: Sepuluh orang terbunuh selepas sebuah kapal terbang sewa India terhempas di atas rumah kedai di luar Delhi malam tadi.

Tujuh terdiri daripada penumpang kapal terbang itu manakala tiga lagi adalah penghuni rumah kedai berkenaan. 

Kapal terbang dengan kapasiti sembilan tempat duduk itu membawa seorang pesakit kritikal, anggota keluarganya dan petugas perubatan semasa kejadian, menurut saluran televisyen yang berpengkalan di Delhi.

  Baca selanjutnya di : Berita Harian .


  25 Mei pula , 10 orang maut di India . Bencana terus melanda dunia. Kapal terbang itu dikatakan terperangkap dengan angin kencang lalu terhempas. Cuaca sekarang ni dah tak berapa elok dah. Hm seriau dengar . Kat Oklahoma , Puting Beliung terus melanda dan taufan menyerang Amerika . Beberapa puting beliung mula melanda Oklahoma petang kelmarin dan bergerak ke timur laut ketika angka korban bencana alam itu di Missouri meningkat kepada 125 dan 750 lagi cedera dan 1,500 orang hilang...

http://www.bharian.com.my/articles/TaufanterusserangAmerika/pix_gal0
puting beliung dirakam di daerah chickasha, Oklahoma kelmarin


Sumber : Berita Harian

tags: 10 maut di india, kapal terbang terhempas di india, 10 mati di india, mangsa korban taufan missouri, puting beliung di oklahoma, kapal terbang bunuh 10 orang india, 10 orang mati di india, kapal terbang terhempas 10 mati. rekod bencana alam mei 2011, bencana alam 2011. 

Wednesday, May 25, 2011

Harga Minyak petrol RON95, Diesel Dan Gas LPG Tak Naik

PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan tiada kenaikan harga petrol RON 95, diesel dan gas LPG.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Mohd Ismail Sabri, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini kerana mengambil kira kepentingan rakyat. 


   Wah bagus la, keputusan ini sememangnya amat wajar bagi pengguna-pengguna dan syabas kerana mengambil kita kepentingan rakyat. Tapi minta Kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat Pahang kerana diatas akan terbinanya Tempat Sisa Radioaktif di Pahang yang dikendalikan syarikat Lynas Corp. Bahaya, jagalah kepentingan rakyat.


  Bab harga minyak ni. Bagus la, bila harga minyak naik confirm harga barangan keperluan akan naik jadi susah la rakyat. Semoga kerajaan Malaysia terus Sukses . ^_^ 

Sumber : Berita harian

Tags: Harga minyak terkini, harga minyak petrol tak naik, berita harga minyak malaysia, harga minyak petrol RON95 tak naik, harga minyak Diesel tak naik, harga gas LPG tak naik, harga terkini minyak malaysia, kerajaan kekalkan harga minyak, berita terkini harga minyak malaysia, harga minyak malaysia, kerajaan kekalkan harga minyak petrol, harga minyak tak naik . 

Keputusan Permohonan Lelaki Tukar Nama Perempuan 18 Julai 2011

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan permohonan seorang lelaki, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, menukar namanya kepada Aleesha Farhana.

Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen sudah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu selepas mendakwa cenderung kepada perwatakan sebagai wanita sejak kecil.


Sumber : Berita Harian

  Baaaa , gila betul sampai nak bertukar nama mamat ni. Astaga, aku rasa kalaulah diluluskan penukaran nama tu pasti Malaysia akan jadi sebuah negara yang menyokong dan menginzinkan nyah-nyah ni terus mengikut kaum zaman Nabi Luth A.S. , patutnya membantu membimbing seseorang itu dari sesat. Saudara ni siap dah tukar jantina. Teruknya, dah jadi serupa perempuan terus.

  Aku tak tahu nak komen apa-apa mengenai ni, terkejut tadi baca berita harian mengenai ni. Astagfirullah Al Azim..   


    tags: keputusan lelaki tukar nama perempuan 18 julai 2011, keputusan permohonan lelaki tukar nama perempuan, lelaki tukar jantina tukar nama, lelaki malaysia tukar jantina, 18 julai 2011 keputusan lelaki tukar nama perempuan, lelaki tukar jantina malaysia, lelaki jadi perempuan malaysia.

Disambar Petir | 40 Orang Maut , 150 Orang Cedera | Bangladesh

    Salam kawan-kawan, tu diaa. Sekurang-kurangnya 40 Orang Maut dan 150 orang lagi cedera apabila . Kebanyakan mangsa sedang menuai padi di sawah dan dengan memancing ikan. Fuhh dasyatnya, Di Malaysia pada 21 Mei 2011 - kejadian Tanah Runtuh Hulu langat mengorbankan sejumlah anak yatim, Di Joplin, Mossouri pada 22 Mei 2011 - Kejadian tornado besar yang membunuh sekurang-kurangnya 122 orang dan baru-baru ini 6 terbunuh akibat ribut dan angin kencang di Oklahoma dan pendalaman Kansas.

 


  21,22,24,25 Mei 2011 banyak bencana alam yang berlaku dan ramai yang terbunuh. Kat Penang ni pun tiap-tiap angin kuat. Risau... 


Ribut yang berlaku sebelum musim hujan mulai Mei atau Jun sering menyebabkan penduduk menjadi mangsa disambar petir selain merosakkan tanaman.

Antara yang maut termasuk lapan petani yang berada di sawah untuk menuai padi. Angka korban itu direkod di 11 daerah di seluruh Bangladesh setakat ini. Kawasan paling teruk mencatat bilangan mangsa akibat ribut petir ialah di rantau barat laut negara itu.

Kebanyakan mangsa disambar petir antara jam 6.30 pagi dan 10 pagi waktu tempatan ketika penduduk sedang mengutip buah-buahan atau bekerja di ladang tanaman. Hujan lebat berterusan sepanjang waktu pagi.

Daerah yang terjejas adalah Chapainawabganj, Pabna, Joypurhat, Rajshahi, Gaibandha, Kurigram, Naogaon, Manikganj, Gopalganj, Khulna dan Khagrachharhi. Angka kematian besar berlaku di Chapainawabganj.


Sepuluh orang maut di daerah barat laut Chapainawabganj manakala 10 lagi terbunuh dan seorang cedera apabila disambar kilat di kawasan Shibganj, Nachol dan Gomastapur, daerah Chapainawabganj. 

   Untuk seterusnya sila baca : Berita harian
   Sumber : Berita Harian 

tags: petir bunuh 40 orang, petir bunuh penduduk bangladesh, kill lighting in bangladesh, lighting kill 40 people bangladesh, 40 orang maut kena petir, 40 orang maut disambar petir,150 orang cedera kena petir, bangladesh lighting attack. 

 

Milik Siapakah Gadis Ini...

   riang benar kumpulan burung menari didada langit dengan siulan nakal diparuh. senja mula berlabuh. bulan bergerak perlahan. mengambil alih tugasan malam. asri mendongak ke atas. melihat kepulan awan. bagaikan berarak mahu pulang. bersaksi jujukan bintang, mutiara jernih miliknya turun membasahi pipi. kian cekung saban hari. kelopak mata yang dari tadi tidak berkelip dikatup kejap sebelum kembali dibuka. fikirannya kusut. rungsing benar memikirkan perihal esok. 




   Kehadiran bunyi-bunyi cengkerik menemani malamnya. Hendak ditelan mati anak, hendak dibuang mati bapak. begitulah rentetan hati kecil asri yang hanya lembut dan mudah tersentuh. Begitu pahit buat seorang insan biasa yang hanya menagih kasih sayang dari insan yang bernama kekasih.''Kenapa semuanya harus terjadi sebegini? Kenapa harus aku yang menjadi mangsa?'' rintih asri.



Semakan Keputusan Pertukaran Guru Jun 2011 | EG Tukar 2011

    Assalam kawan-kawan dan guru-guru sekalian. Bermulalah hari ini , 25 mei 2011 dimana Semakan Keputusan Pertukaran Guru Jun 2011 atau pun EG Tukar telah pun boleh disemak di laman web di bawah ini. Kepada semua guru guru yang memohon, good luck yea :D



Information ! Sila gunakan pelayar Internet Explorer ketika hendak membuat keputusan ini .

Tahniah kepada yang berjaya, semoga terus maju dan maju dilain hari :D

Sumber terhormat : Syafiq!

tags: Semakan keputusan pertukaran guru jun 2011, eg tukar 2011, semakan eg tukar 2011, semakan keputusan eg tukar 2011, semakan keputusan pertukaran guru 2011, semakan rasmi keputusan pertukaran guru 2011, semakan rasmi keputusan eg tukar 2011.


 

Tendang Ibu Kerana Suruh Solat..

    Salam kawan-kawan , wow terkejut baca MyMetro pagi ini . Kisahnya Tendang Ibu suruh solat . Gila dasyat, fuhh terbaik la. Berani sungguh memukul ibu yang menjaga dan memberi kasih sayang kat kita sebelum ni. Tendang balasan kau? dasyat !


  KUALA LUMPUR: Hanya kerana menasihatkan anak lelakinya supaya mengerjakan solat dan membaca al-Quran, sepasang suami isteri berusia awal 50-an cedera ditumbuk dan ditendang pemuda itu di rumahnya di Batu 4, Gombak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu cedera di muka, kepala dan badan selepas dipukul lebih 15 minit oleh anak kesayangan mereka itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, anak lelaki berusia 20 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan selepas bapanya menasihatkannya supaya tidak meninggalkan solat dan selalu membaca al-Quran dengan memberi contoh anak jiran mereka.

Menurut sumber, suspek yang bagaikan dirasuk hantu, tiba-tiba menyerang bapanya namun dihalang ibunya.

“Tersentak dengan itu, suspek dikatakan memarahi ibunya menyebabkan berlaku pertengkaran antara dua beranak itu lebih 10 minit.

  Petikan : MyMetro .

Terbaiklah , confirm2 banyak 'pahala' tu ! Bertindak tak mengikut logik dan beriman .

  tags: anak tendang ibu, ibu ditendang suruh solah, anak belasah ibu, tendang ibu suruh solat, ibu dan ayah dipukul anak sendiri, ayah dipukul oleh anak, anak pukul ayah, anak zalim kepada ibu, anak zalim kepada ayah. 

Segmen Andai Aku Diberikan Peluang Bersama Abdul Farique

    

   Salam kawan-kawan , aku harap ada geng geng sporting yang sudi join segmen ni. Ok straight to the point , segmen ni senang je dimana korang semua perlu mengikut syarat-syarat bawah ni :-

1. Buat satu entry bertajuk Segmen Andai Aku Diberikan Peluang Bersama Abdul Farique..

2. Amik banner diatas dan letakkan di entry segmen tadi..

3. Ceritakanlah apa saja mengenai tajuk Andai Aku Diberikan Peluang ni .. tak kisah la peluang apa pun asalkan jadikan satu cerita yang menarik , tertarik dan terbaik .

4. Tag 1 Orang kawan ... sorang je tak perlu kawan-kawan.. pastikan kawan korang tahu beliau di tag .

5. Setelah siap post kan link entry kat sini yea ..

  Daa.. senang je . Harap korang sudi join la sebab ini first time aku tergerak hati nak buat segmen. Contoh ayat entry kalau korang tak faham ..

 '' Pada lembut bayu angin yang menghembus ke wajah mu, resah layu ku melihat tanah ini. Andai Aku diberikan peluang, takkan ku sia-sia kan kamu lagi. Sang purnama menjadi saksi kata-kata hati aku ini, pulanglah peah. Ku rindukan gelak tawa mu yang berkurun lama tidak ku terdengaran lagi . Andai Aku Diberikan peluang, takkan aku memasak meggi kari itu lagi. Oleh kerana bahana meggi kari tadi, kau akhirnya berlari ke tandas dan sudah 3 jam tak keluar-keluar lagi. Pulanglah peah,'' ..


  haa.. ayat atas ni contoh je . Terpulanglah cerita tu berlaku dari persepsi masa dan keadaan sebagaimana sekalipun.. oke sebagai reward , aku akan memilih 3 orang yang paling terbaik dan hangat. Aku akan memberikan reward seperti berikut :-

1. Iklan 125x125 Premium selama 3 bulan (banner sendiri) + Review blog oleh AF .

2. Iklan 125x125 Premium selama 2 bulan (banner sendiri) + Promote 2 entry beliau di 2 entry terbaru AF .

3. Iklan 125x125 Premium selama 1 bulan (banner sendiri) .


  InsyaAllah, AF akan cuba sumbangkan traffik melalui iklan banner korang kat blog AF . So.. kalau ada yang rasa nak join tu, join la . Lagi bagus kalau ramai-ramai. :D . tarikh tamat segmen ni pukul 11 malam , 25 Mei 2011 . Jom jom sekali ada masa .


  OOPSS ! TUNGGU ! Kepada mana-mana bloggers yang berjaya mengumpul refferal sebanyak 100 refferal dari blog beliau, AF akan bagi hadiah kejutan . FREE 1 3D HEADER untuk 1 pemenang, refferal lebih jauh jangkaan akan dipilih mengikut refferal yang tertinggi :D
Jom, af akan check di nuffnang dan info kat blog AF japg malam. Ayuh Ayuh ramaikan, promote kan :D

Gempa Bumi di Tawau | 24 Mei 2011

TAWAU: Gegaran akibat gempa bumi berukuran 2.4 pada skala Richter yang dilaporkan berlaku jam 4.32 petang tadi di kedudukan 4.1 darjah Utara dan 117.6 darjah Timur, tidak dirasai oleh ramai penduduk Tawau.


  Tinjauan Bernama mendapati rata-rata penduduk yang ditemui memaklumkan bahawa mereka tidak merasai apa-apa gegaran dan masing-masing menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan 5 petang tadi dan difaks kepada Bernama menyebut bahawa pusat gempa berkenaan berlaku 52 kilometer di Barat Daya Tawau. Kenyataan itu juga menyebut bahawa gegaran akibat gempa lemah itu mungkin dirasai di beberapa kawasan di bahagian Tawau. 

Sumber : MyMetro

Tags: Gempa bumi tawau, gegaran gempa bumi di tawau, gempa bumi tawau 24 mei 2011, tawau gempa bumi 2.4 Skala Richter.

Kenapa Malaysia Perlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas | 24 Mei 2011

 Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.



 

Aku Tak Minat Baca Novel Tapi Aku Minat Menulis.

    Salam kawan-kawan , aku ni memang minat sangat mencipta sebuah novel tapi aku tak pernah mengetahui format dialog dan gaya penulisan untuk menulis sebuah novel kerana tapi aku sekali je baca novel , Novel keluaran berapa entah ( Tak Bisa Memilihmu.. ) tu je the first and the last aku baca novel dengan penuh tekun dan menghayati . Yang lain lain aku baca sekerat je kalau lagi malas aku baca sipnosis cerita je . Hehe

 

   Keinginan aku untuk membuat sebuah novel telah tercapai dengan novel pertama karya aku , Lieya Juwieta Ku pada 26 November 2010 . selama 10 hari aku mengambil masa aku untuk menyiapkan novel yang tak mengikut format sebuah novel langsung . Biasalah kurang ilmu, main hantam je. Indahnya seni kan .


   Aku minat muzik , muzik itu seni . Aku minat design grafik , ianya seni . Aku minat menulis , ia juga seni . Dalam setiap sesuatu perkara yang berkaitan dengan seni , aspek penting untuk berjaya adalah penghayatan . Jika kita menghayati sesuatu perkara itu pasti benda yang kita lakukan itu akan jadi lebih unik dan indah .


Tuesday, May 24, 2011

Segmen Filem Kreatif Aku Bersama Ben Ashaari

    
 Nur Kasih Versi Abdul Farique

Disclaimers :
ini adalah cerita rekaan semata mata dan tiada kaitan dengan poster filem diatas . Hanya untuk melengkapi syarat-syarat untuk menyertai segmen terbaru Ben Ashaari . Segala watak bloggers yang ada di skrip filem ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena diantara hidup mahupun yang sudah tiada . Segala jalan cerita tidak sama seperti cerita Nur Kasih dan segala idea adalah dari penulis sendiri . Sekadar menguji bakat terpendam .

Diantara Artis Artis

Watak Utama Jay - JAY

Watak Nur Kasih Cik Emma - Cik Emma

Ibu AdahAdah

Adik IjatIzzat Nazmi

Encik Bedak Sejuk - Enchik Bedak Sejuk .

  Doktor Areliff - Areliff


    Sepi malam berbisik. dingin angin malam menyapa. mengigil hingga ke sumsum tulang. sejuk. pandangan jay terlontar ke arah luasnya lautan terhampar. riang benar menghempas pantai. sebagai anak sulung, tonggak utama keluarga, agak pahit untuknya membelai manja sang kudrat. siulan nakal cengkerik nyaring ditelinga sekadar dijelingnya sekilas. perlahan nafas dilepaskan. apalah dayanya ? mengalas amanat. kerjaya menghantar surat. bermandi hujan kekadang kilat. dengan si ibu terlantar tenat. dengan si adik, izzat nazmi menduduki upsr. Dua dekad hampir sudah. bukan mudah dia meredah. bukan senang dia melangkah. gerak dan tingkah tanpa seseorang bergelar ayah, maka tinggallah mereka bertiga .


 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!