Thursday, May 26, 2011

Gambar | Lelaki Tukar Nama Wanita | Aleesha Farhana

    KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan. Gambar beliau, 



   Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.



    Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Baca Seterusnya : MyMetro 



http://www.hmetro.com.my/articles/Mahutukarnamalelaki/pix_middle
  


Sumber Utama : Hmetro 



  Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana telahpun meninggal dunia . Kita roh beliau dicucuri rahmat dari Allah SWT.

tags : gambar ashraf hafiz, gambar aleesha farhana, gambar lelaki tukar nama wanita, mohamad ashraf hafiz, aleesha farhana, gambar ashraf hafiz bertudung, gambar aleesha farhana bertudung, ashraf hafiz gambar, gambar aleesha, gambar mat terengganu tukar jantina .

40 comments:

Anonymous said...

perlu ke nk respek gila? apa rasionalnya
daripada lelaki nk tukar jantina ke perempuan dan tukar nama. tak ke jahil. lepas tu ada pulak sokongan moral.
kalau dapat tukar, maksudnya Malaysia semakin teruk dan menuju zaman gelap.

admin on May 26, 2011 at 12:59 PM said...

@Anonymous: apakah sinis saya tak menjadi ?

Muhammad Ariff Mohamad Nizam on May 26, 2011 at 1:12 PM said...

erm.semakin hancur.yg dari kecil rasanya diberi didikan agama secukupnya.tapi dibalasnya begini.erm.ni yg naik mahkamah.yg tak nak tunjuk dgn tidak naik ke mahkamah.mungkin lagi ramai.ni yg tukar jantina.yg gay.lesbian tu.alahai.rosak.rosak.

ni entri yg aku kupas tentang isu ni.

http://riffzam.blogspot.com/2011/04/seksualiti-songsang.html#axzz1N5dFz9Id

Unknown on May 26, 2011 at 1:32 PM said...

abdul farique: org ats tu xfaham. . . kelampian sikit kot. haha.

akuadalahaku on May 26, 2011 at 2:06 PM said...

alaaaaa..nape name farhana yang dia pilih?name kite farhanah..sebuk jee tauu..cari la name lenn..

admin on May 26, 2011 at 2:37 PM said...

@riffzam: betul ada ramai lagi sebenarnya tapi dia ni melampau sampai sanggup mahkamah semata2 nak jadi perempuan sebenar .. cett bucuk punya olang

admin on May 26, 2011 at 2:38 PM said...

@sangat setia: tu la , agaknya sinis saya tak menjadi kot. hehehe :D

admin on May 26, 2011 at 2:38 PM said...

@hannmaniac: waa kira nama awak femes la tu. ramai orang suke :p

Sumaiyyah Khayyat on May 26, 2011 at 3:13 PM said...

daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Sudah jelas hukum haram terbabit yang mana melarang lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya. Apabila sesuatu larangan dalam nas itu disertai dengan laknat, maka hukumnya berdosa besar dan fasik sehinggalah seseorang itu bertaubat nasuha.

Perbuatan menyerupai pun dikira berdosa besar apatah lagi perbuatan mengubah anggota lelaki menjadi anggota wanita, bermakna dosanya amat berat sekali.

Menukar jantina termasuk dalam kategori dosa besar iaitu cuba mengubah ciptaan Allah atas dasar tidak puas hati dengan takdir Allah.

Nina on May 26, 2011 at 3:17 PM said...

Astaghfirullah -,-'Ish ish ish , dah elok jadi lelaki nak jadi perempuan pulak. Haihh =='

Unknown on May 26, 2011 at 4:20 PM said...

kes ini seakan permohonan lesen menukar jantina dan nama kepada semua maknyah di luar sana! dunia sudah ke penghujung. sama2 lah kita bertaubat dan banyakkan amal

anuar on May 26, 2011 at 4:48 PM said...

PELAJARAN TINGGI..,CERDIK...TP DAH TERPESONG...

admin on May 26, 2011 at 5:34 PM said...

@Rubaiyyi Mu'awwiz: sekadar mampu menegur.. harap2 mahkamah tak approve tentang perkara ini.. dasyat dunia sekarang..

admin on May 26, 2011 at 5:34 PM said...

@Maghfiratul Helma: ni la orang yang tak berpuas hati dengan takdir Allah..

admin on May 26, 2011 at 5:35 PM said...

@ady: kalau permohonan dia berjaya , pasti semua mak nyah diluar akan lebih berani dan akan menjadi trend (ikutan) yang lain.

admin on May 26, 2011 at 5:35 PM said...

@anuar: inilah namanya tak bersyukur dengan kejadian Allah.

hana said...

i pun tak lah pandai sgt bab agama tapi dalam islam memang haram mengubah ciptaan Allah..

Anonymous said...

i pun taklah pandai sgt bab agama tapi pasal megubah ciptaan Allah n tak pernah bersyukur ni haram tau..

admin on May 27, 2011 at 6:34 PM said...

@hana: tak bersyukur dengan ciptaan Tuhan ..

admin on May 27, 2011 at 6:34 PM said...

@Anonymous: tu la . ishh

Anonymous said...

Kalau mahkamah luluskan pertukaran nama & jantina budak ni, esok lusa lg byk yg nak tukar. JAdi masalah besar ni. Yg lain2 tu akan jadikan kes dia ni alasan utk pertukaran jantina. Konon nya nak tukar nama & jantina supaya senang urusan belajar dll. Kalau tak tukar jantina kan senang. Ini lah kesusahan yg di cari sendiri. Lu pikir lah sendiri...

Anonymous said...

Kalau mahkamah luluskan pertukaran nama & jantina budak ni, esok lusa lg byk yg nak tukar. JAdi masalah besar ni. Yg lain2 tu akan jadikan kes dia ni alasan utk pertukaran jantina. Konon nya nak tukar nama & jantina supaya senang urusan belajar dll. Kalau tak tukar jantina kan senang. Ini lah kesusahan yg di cari sendiri. Lu pikir lah sendiri...

Anonymous said...

jika sekali kerajaan kasi tukar nama maka bermaharajalela la kesemua pondan2 di malaysia.. nanti timbul la lelaki kawin dengan lelaki... begongg sungguh .. yang lelaki mau jadi perempuan , yang perempuan mau jadi lelaki....

admin on June 8, 2011 at 6:52 AM said...

@Anonymous: inilah tandanya kiamat hampir tiba.. hmmm

Anonymous said...

mana tau khunsa ke??

Anonymous said...

tak cantik..tp hensem la u ni ashraf

Arool Aziz on July 20, 2011 at 7:24 AM said...

Orang ni tak sedar lagi ke? Dah mati nanti nk uruskan mayat ko mcm mana?

Anonymous said...

Janganlah kita semua menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa asal-usul permasalahan si Ashraf/Aleesha ni.

Sudah dibuktikan yang dia ni seorang khunsa semasa dilahirkan dan dia mempunyai kedua-dua alat kelamin lelaki dan wanita.

Secara saintifiknya dan juga mengikut amalan Islam, jantinanya harus dipilih oleh kedua ibubapanya dari kecil. Dan setelah jantina dipilih, rawatan hormon lanjutan harus di berikan supaya keadaan fizikal mengikut jantina yang dipilih itu.

Ada kemungkinan mereka memilihnya menjadi lelaki tetapi diri dalaman si Aleesha ni lebih kepada keperempuanan. Dan mungkin dari kecil lagi, rawatan susulan tidak diberikan.

Khunsa juga makhluk Allah dan permasalahan mereka ini berlainan dengan kes-kes maknyah ataupun pengkid.

Sekiranya perancangan jantina beliau diuruskan dengan sempurna dari kecil, mungkin masalah sekarang dapat dielakkan.

Maaf sekiranya pendapat dari saya yang kurang ilmu ini menyinggung perasaan pembaca disini.

Anonymous said...

Alhamdulillah..aku lahir sebagai lelaki dan hidup sebagai lelaki.Aku tidak dapat mengadili Ashraf kerana aku tidak mengalami mungkin kecacatan (ketidakseimbangan hormon)sebagaimana Ashraf.Sebenarnya bukan mudah bagi seorang lelaki normal untuk berpakaian seperti wanita,(kalau tak percaya anda boleh cuba)saya telah cuba sebelum mengadili lelaki seperti Ashraf, terasa geli dan tak mampu untuk memakai nya.Alhamdulillah aku lelaki...dan aku tidak berani untuk menghina/menghukum mereka,cuma aku bersyukur kehadrat Allah kerana tidak menghadaipi konflik ini.Ashraf dan keluarga berserah lah kepada Allah,Dia lah yang Maha Mengetahui dan Pengampun..

Abang Bujang said...

Pening pening..Maanusia sekarang. Dunia dah nak terbalik ke ?

Anonymous said...

tiba tiba teringan pada arwah yasmin ahmad ..

alepridz on July 21, 2011 at 9:49 PM said...

takut la aku berita2 camni.. dunia sudah menghampiri akhir zaman...

Anonymous said...

Tgn dia lg gebu dr aku..oh tidakkkkk....

kemey on July 27, 2011 at 10:47 AM said...

thanks 4 da kritik=)

Mohamadjahn on July 28, 2011 at 4:46 PM said...

cuba bagi je tukar nama tapi jangan sesekali tukar jantina dalam IC... nak tahu jugak macam mana kehidupan dia selepas ni... bahagia ke tidak, heheh!

Anonymous said...

Dia perlu dibantu, bukan diherdik... mana pakar2 motivasi, mana tokoh2 agama.. moga boleh hulurkan nasihat, ceritanya tidak harus di jd bhn yg menggemparkan seluruh alam...mengaibkan org lain jg satu dosa.. ingat mungkin kita tidak ditakdirkan berada di situasinya sekarang... hanya ALLAH yang maha tahu kenapa setiap sesuatu itu diciptakan...

Anonymous said...

allah bagi on the spot je.......... sat lagi yg menyokong tu kena lah juga ....... baghal !!! hukum allah nak lawan ....... tu lah jawapan nye ............................. adios ........ kun fa yakun ............

Anonymous said...

Assalamualaikum..Cepatnya kita menuduh. Kita perlu ingat Allah menjadikan lelaki dan perempuan, dan jangan lupa khunsa juga..Maksud saya khunsa yg semula jadi..yg mempunyai alat kelamin lelaki dan perempuan-dalam islam dibenarkan memilih salah satu yg lebih berfungsi..dalam kes dia ni, kurang jelas..tetapi mengikut fakta dr hospital dia ni lebih kepada khunsa..kerana dilahirkan dgn alat kelamin lelaki yg tak sempurna, tidak aktif dan tidak berfungsi..jadi kita yg x tau sebenar2nya ape status sebenar dia, eloklah berdiam..kerana, seandainya ternyata dia khunsa-tetapi kita mencelanya-maka berdosa besarlah kita kerana menabur fitnah..tetapi seandainya dia bukan khunsa-dan kita menyokongnya, maka berdosa juga kita..so jalan terbaik, adalah diam..Allah lebih tahu..Yang Maha mengetahui..

Unknown on August 11, 2011 at 6:34 PM said...

semoga rohnya tenang di sana dan sosa-dosanya diampunkan...

Unknown on November 2, 2011 at 2:50 PM said...

mungkin dia ada sebb tertentu..jika pakar mengesahkan hormon wanita dia lebih so kita tak boleh salahkan dia...dia pun tak mintak dilahirkan begitu..ibubapa dia pun kata mmg dari kecik dia bersifat kewanitaan..kita tak tau apa masalah dia so jgn la mencela dia..doakan semoga roh dia dicucuri rahmat..amin alfatihah

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!