Monday, May 16, 2011

Gambar | Penyamun 'Alim' Berkeluarga Di Stesen Minyak

     
GANAS...rakaman  CCTV menunjukkan aksi ganas lelaki dan anaknya yang berkopiah serta bersenjatakan parang menyamun  stesen minyak di Bandar Permas Jaya.


     Assalam kawan kawan , dunia sekarang ni dah pelik bagai . Gambar diatas adalah rakaman CCTV di stesen minyak di Bandar Permas Jaya yang diambil dari Harian Metro . Difahamkan bahawa Empat beranak ini berpakaian jubah , berkopiah dan bertasbih . Kononnya membawa perwatakan alim .


   Difahamkan lagi bahawa empat beranak ini pernah menyamun kedai ini sebanyak dua kali jumaat kali , kali ni lebih ganas lagi kerana cuba mengelar leher perusahaan kedai minyak ketika cuba menghalang mereka . 





  Sedikit petikan dari Hmetro.com.my :

'' Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.''.

   Apa pun difahamkan lagi mereka berkeluarga tersebut telahpun ditahan pihak polis dan disoal siasat .

 Semua suspek yang tidak mempunyai kes jenayah lampau disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan Seksyen 324 kanun yang sama kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebat. 

Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 353 kanun yang sama kerana menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan kewajipan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda; Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda; serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam yang membawa hukuman penjara dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


    Masalah ape ni ye sebenarnya yang berlaku dalam kehidupan kita ? Baru-baru pasal cerita acidman yang suka simbah asid kat muka sesuka hati dia ja . Waras ke orang macam tu ? terbaru je rompak berkeluarga bersenjatakan parang yang berpakaian alim . Sungguh-sungguh yang memalukan imej Islam sebenarnya . Perkara sebegini lah yang akan menjadi kutukan sebenarnya .


  Tapi kan ada hikmahnya disini . Walaupun berpakaian se'alim' mana pon kita , dosa kita tak dikira daripada aurat sahaja dan walaupun berpakaian se'seksi' mana pon kita , dosa itu tetap dikumpul walaupun hati kita sebaik-baik pengakuan tapi tidaklah sesuci dan murni . Sebenarnya senang nak kumpul pahala dan senang nak buat dosa , tapi susah nak jadi baik dan senang nak jadi jahat sebab nak jadi baik perlukan usaha dan titik peluh diri sendiri . Allah Maha Adil . ^_^ .





      tags : gambar samun 8 sekeluarga Di stesen minyak, Penyamun berkeluarga, Gambar penyamun berkeluarga, Penyamun Alim tetak di stesen minyak, 8 Sekeluarga menyamun, Johor Bandar baru permas jaya,

11 comments:

Syukri Mohtar on May 16, 2011 at 8:49 AM said...

buat malu je..

admin on May 16, 2011 at 8:55 AM said...

@Syukri Mohtar: tu la kan .. orang melihat . ape la ..

naqiah on May 16, 2011 at 8:58 AM said...

yup2... byk skarang buat taktik gtu.. dyorg bukannye alim pon.. tp berpakaian sebegitu untuk menutup kesalahan dyorg.. mcm video y jadi kat al-ikhsan 2.. 1 family rompak kedai.. heee...

naqiah on May 16, 2011 at 9:00 AM said...

memang bangang.. kes ni sama je ngan y jadi kat al-ikhsan ritu.. pompuan pakai baju kurung tp mencuri.. sbenarnya dyorg ni bukan alim pon.. tapi dyorg bertindak utk berpakaian sebegitu utk mengaburi org la.. biasa la.. manusia kan kalau tngok org 2 pakaian baik2 dikatakan baik.. tp y bersubang compang campin.. dikatakan pencuri... pape pon..

"dun judge a buk, by its cover"

admin on May 16, 2011 at 9:05 AM said...

@naqiah: yeahh .. terbaik tu komen dari kak naq . hehehe . Permainkan benda yang membabitkan imej agama , nescaya besar dosa . ==" . ape la manusia sekarang .. fuhh .

Sarah on May 16, 2011 at 9:07 AM said...

masyarakat akhir zaman.. T_T

hana on May 16, 2011 at 9:24 AM said...

saje je bajet alim supaya orang x syak..
tp dorng ni mmg xde sensitivi langsung..
tahu nye memalukan agama je..

admin on May 16, 2011 at 9:39 AM said...

@Sarah: kita didunia secondlast zaman atau lebih dikenali di zaman fasa 4 per 5 . tanda2 hampir akhir zaman sebenarnya :)

admin on May 16, 2011 at 9:40 AM said...

@hana: apa nak jadi . bila wang dan nafsu mengaburi mata .. inilah akan jadi hingga sanggup buat macam2 ..

fyy mokhtar on May 16, 2011 at 10:49 AM said...

readmore lagi :(

admin on May 16, 2011 at 2:22 PM said...

@fyy mokhtar: readmore menjimatkan space homepage dan ruang ^_____________________^

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!