Wednesday, May 25, 2011

Gempa Bumi di Tawau | 24 Mei 2011

TAWAU: Gegaran akibat gempa bumi berukuran 2.4 pada skala Richter yang dilaporkan berlaku jam 4.32 petang tadi di kedudukan 4.1 darjah Utara dan 117.6 darjah Timur, tidak dirasai oleh ramai penduduk Tawau.


  Tinjauan Bernama mendapati rata-rata penduduk yang ditemui memaklumkan bahawa mereka tidak merasai apa-apa gegaran dan masing-masing menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan 5 petang tadi dan difaks kepada Bernama menyebut bahawa pusat gempa berkenaan berlaku 52 kilometer di Barat Daya Tawau. Kenyataan itu juga menyebut bahawa gegaran akibat gempa lemah itu mungkin dirasai di beberapa kawasan di bahagian Tawau. 

Sumber : MyMetro

Tags: Gempa bumi tawau, gegaran gempa bumi di tawau, gempa bumi tawau 24 mei 2011, tawau gempa bumi 2.4 Skala Richter.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!