Tuesday, May 17, 2011

Israel Tembak Kapal Bantuan Dari Malaysia | 16 Mei 2011

      Salam kawan kawan . Kapal MV Finch yang ditaja oleh Malaysia untuk misi bantuan kemanusiaan dihalang oleh 2 bot tentera laut israel dan melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran rafah pada awal pagi isnin waktu Malaysia . Kesemua penumpang Kapal yang terdiri daripada 12 penumpang dan kru termasuk dua wartawan Malaysia selamat apabila tentera laut mesir datang membantu dan mengiringi kapal MV Finch ke pelabuhan Al-Arish di mesir .

 

  Sedikit petikan dari hmetro :

Faizal berkata, tentera Israel mengelilingi kapal misi bantuan itu dan mengarahkannya berpatah balik sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara, kira-kira tiga batu nautikal berhampiran sempadan Rafah.
Dia menceritakan detik cemas itu ketika menghubungi bilik berita Bernama di sini, melalui panggilan dan SMS menggunakan telefon bimbit dari kapal berkenaan beberapa jam selepas kejadian itu.
   


Katanya, kejadian berlaku kira-kira 6.05 pagi waktu tempatan (1.05 pagi waktu Malaysia) apabila kapal yang ditaja Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) dihampiri dua bot tentera laut Israel yang mengelilingi kapal MV Finch selama setengah jam sebelum melepaskan empat das tembakan ke udara menggunakan mesingan.

Katanya, satu daripada tembakan itu hampir mengenai kru kapal rakyat Malaysia, Mohd Jaffery Ariffin, menyebabkan semua di atas kapal menjadi cemas dan menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam kapal.

“Mereka mengarahkan kami berpatah balik ke perairan Mesir. Kami dapat menghubungi tentera Mesir melalui radio untuk mendapatkan bantuan. Sebuah kapal tentera Mesir datang dan bot tentera Israel kemudian beredar dari kawasan berkenaan,” kata Faizal. Daripada 12 orang dalam kapal itu, tujuh rakyat Malaysia manakala yang lain dua kru warga India dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.

Faizal berkata, tindakan tentera Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa kerana melepaskan tembakan kepada orang awam yang tidak bersenjata.''




    Israel ni tak abis abis menyekat misi bantuan untuk gaza . Apa yang benci sangat kat gaza ni pun tak tahu la . Apa apa pun harap perjalanan untuk memberi bantuan tu selamat . Hanya Allah yang mampu membalasnya . semoga Gaza aman suatu hari nanti . Mari lah kita berdoa semoga perjalanan kapal misi bantuan kemanusiaan tu berjalan lancar dan selamat . Semoga mereka dilindungi Allah S.W.T. .


     tags : kapal MV Finch ditembak, Kapal bantuan dari malaysia ditembak israel, israel tembak kapal bantuan, israel tembak kapal MV finch, israel beri tembakan amaran, Israel shoot .

4 comments:

ZWAN SABRI on May 17, 2011 at 10:56 AM said...

kuwangjaq betoila Israel nii.. tebantut usaha malaysia nak bantu Palestin.. HUHU

MySuaraBlog: Pilihan Lelaki : Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah?

admin on May 17, 2011 at 11:00 AM said...

tu la , ada saja yg nak menghalang misi bantuan untuk gaza , kejam

Unknown on May 17, 2011 at 12:13 PM said...

mereka takut la. bila dah ramai sangat yang bantu GAZA. nanti GAZA bangkit menentang mereka kembali. mereka buat begitu, sebab mereka takut dengan GAZA. Bukan benci. mereka takut mereka dihapuskan oleh GAZA dari muka Bumi ni.

admin on May 18, 2011 at 2:11 AM said...

@Blogger Melayu Jawa: dasyat . punya dengki kat GAZA . kejam sungguh ..

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!