Saturday, May 28, 2011

Bekas Pemain Bola Sepak Perlis Meninggal Dunia

KANGAR: Bekas pemain bola sepak Perlis era 80-an, Roslee Ramlee, 53, meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika berjoging di kawasan Bukit Lagi dekat sini semalam.

Bekas penyerang pasukan Perlis itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) 6.20 petang semalam dan meninggal dunia sejam kemudian. 


Isterinya, Azihani Ali yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri Perlis berkata, suaminya yang juga seorang juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) sempat berjoging di situ kira-kira sejam sebelum menelefonnya di rumah dan mengadu sesak nafas lalu beliau membawanya ke HTF untuk mendapatkan rawatan. 

Baca Selanjutnya di : Berita Harian


  Al-Fatihah... Semoga Arwah ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman . Amin.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!