Sunday, May 22, 2011

Kesemua Mangsa Tanah Runtuh Selamat Dikeluarkan

KUALA LUMPUR: Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini. 

[mh_03.4[6].jpg]

Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.

Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.





Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.
[026[5].jpg] 

Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini.

Dikongsi dari Hmetro

Senarai nama yang terkorban menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan: 1. Azrel, (8) 2. Nael (8) 3. Shahrul, (9) 4. Boboy, (10) 5. Farid, (34) 6. Eqim * 7. Zaim * 8. Angah * 9. Rahimi * 10. Zaid Ashwal (18) Sembilan yang terselamat iaitu: 1. Khairul, (9) 2. Hairis * 3. Harris * 4. Akmal * 5. Aizat * 6. Alaudin * 7. Irwan, (33) 8. Din, (30) 9. Syafiz, (22) Enam yang masih tertimbus ialah: 1. Riz (9) 2. Lokman (11) 3. Fahad (9) 4. Aiman (10) 5. Hazim, (9) 6. Hasril (11) * umur tidak diketahui - Bernama

[028[6].jpg]

Tags : tanah runtuh hulu langat, mangsa tanah runtuh hulu langat dikeluarkan, berita terkini tanah runtuh hulu langat, terkini tanah runtuh hulu langat, gambar terkini tanah runtuh hulu langat, tanah runtuh hulu langat 21 mei 2011 .


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!