Tuesday, May 24, 2011

Segmen Filem Kreatif Aku Bersama Ben Ashaari

    
 Nur Kasih Versi Abdul Farique

Disclaimers :
ini adalah cerita rekaan semata mata dan tiada kaitan dengan poster filem diatas . Hanya untuk melengkapi syarat-syarat untuk menyertai segmen terbaru Ben Ashaari . Segala watak bloggers yang ada di skrip filem ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena diantara hidup mahupun yang sudah tiada . Segala jalan cerita tidak sama seperti cerita Nur Kasih dan segala idea adalah dari penulis sendiri . Sekadar menguji bakat terpendam .

Diantara Artis Artis

Watak Utama Jay - JAY

Watak Nur Kasih Cik Emma - Cik Emma

Ibu AdahAdah

Adik IjatIzzat Nazmi

Encik Bedak Sejuk - Enchik Bedak Sejuk .

  Doktor Areliff - Areliff


    Sepi malam berbisik. dingin angin malam menyapa. mengigil hingga ke sumsum tulang. sejuk. pandangan jay terlontar ke arah luasnya lautan terhampar. riang benar menghempas pantai. sebagai anak sulung, tonggak utama keluarga, agak pahit untuknya membelai manja sang kudrat. siulan nakal cengkerik nyaring ditelinga sekadar dijelingnya sekilas. perlahan nafas dilepaskan. apalah dayanya ? mengalas amanat. kerjaya menghantar surat. bermandi hujan kekadang kilat. dengan si ibu terlantar tenat. dengan si adik, izzat nazmi menduduki upsr. Dua dekad hampir sudah. bukan mudah dia meredah. bukan senang dia melangkah. gerak dan tingkah tanpa seseorang bergelar ayah, maka tinggallah mereka bertiga .




  Sayut-sayut kedengaran teriakan penjaga malam. sang mata bulat. ''huh ! bikin seram burung hantu ni !,'' desis Jay sendirian. Ingatannya kembali terlayang. impian menjadi peguam yang tak kesampaian. gara-gara tanggungjawab yang dipegang. Menyara keluarga menggalas beban. Sudah hampir pukul 1.00 pagi , Jay hanya memandang di luar jendela , tiba tiba kedengaran suatu suara memecah kesunyian..

  ''Jay , kenapa tak tidur lagi? Esok kan kamu kerja,'' tiba tiba ibu adah memecah kesepian malam Jay .
'' takpe ibu . Jay tak mengantuk lagi . Ibu kenapa tak tidur lagi ? tak elok tidur lambat-lambat,'' Kata jay .

'' tak payah kamu memikirkan pasal ibu sangat . Kamu tu jaga kesihatan sama . Nanti kamulah yang nak kena jaga keluarga ni , ibu tak lama dah '', balas ibu adah . Perlahan lahan air mata ibu adah mengalir .

'' ibu ! kenapa cakap macam tu ?! Ibu tak sayang Jay ke ? '', balas jay yang terkejut mendengar kata-kata ibu adah .

'' tidur lah Jay , esok kamu tu keje . '', balas ibu adah lalu terus beredar ke bilik beliau .

  Jay yang mendengar kata-kata ibu adah terus menjadi hiba . Langsung sepuluh jari jay tersusun lalu menadah ke langit ..

 '' Ya Allah Ya Tuhan ku , ampunilah dosa kedua-dua ibubapa ku .Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . KepadaMu aku berdoa , semoga dimurahkan rezeki keluarga ku , Amin amin ya robbal allamin ''. 

  Tanpa sedar , Jay telah terlena . Keesokan hari Jay seperti biasa akan menghantar Izzat Nazmi ke sekolah dan bersiap untuk ke tempat kerja . Dengan EX5 Dream honda inilah yang menjadi pengangkutan jay kemana saja . Seperti biasa , Jay akan menghantar surat dan dokumen ke pejabat-pejabat dan kedai-kedai dikawasan Jay

  Disatu perhentian bas dimana sebelah perhentian itu ada makcik yang sedang menjual kuih kuih dan makanan goreng-goreng , oleh kerana terlalu lapar Jay membeli makanan disitu dan makan disitu sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain . Disinilah pertemuan Jay dengan Cik Emma dimana Cik Emma sedang menunggu bas di stesen berkenaan ...


'' Assalamualaikum , Awak nak kemana ? '', tanya Jay sambil tersenyum . Cik Emma hanya diamkan diri dan tak mahu melayan orang yang tidak dikenali . Jay yang hampa kerana pertanyaan tak dijawab dan tak ada tindak balas dari Cik emma , lalu terus diam dan hanya terus makan . Cik Emma kelihatannya resah , kerana beliau lewat ke tempat kerja . Cik emma kemudian bangun dari tempat duduk stesen itu dan menjenguk ke jalanraya .


  Oleh kerana terlalu lambat , Cik emma terasa lapar pula . Lalu Cik emma membeli goreng pisang disebelah stesen bas berkenaan . Dalam perjalanan Cik emma ke gerai goreng pisang berkenaan , tiba tiba ..

'' Tolong ! Tolong ! beg saya ! Tolong encik ! Tolong abang ! Beg tangan saya ! '', Cik Emma terus menjerit kerana beg tangan beliau telah diragut oleh sebuah motorsikal yang dinaiki 2 penumpang . Jay yang terkejut lalu segera ke motor EX5 potong blok beliau dan mengejar peragut itu . Nasib Cik Emma baik apabila Jay berjaya mengejar 125z Yamaha peragut tadi dengan motorsikal EX5 Honda Dream beliau . 23 Minit kemudian ..

  '' nah beg tangan awak , lain kali lebih hati-tau ''. kata Jay sambil menghulurkan beg tangan Cik Emma lalu pergi ke motor beliau untuk beredar dari situ kerana kelewatan menghantar surat .

  '' Eh Eh , awak tunggu .. tunggu ! '', Jerit Cik emma memanggil manggil Jay .

  '' Terima kasih sebab sudi tolong saya , nah ini saya nak kasi upah kat awak '', Kata Cik emma sambil mengeluarkan sesuatu dari beg tangan beliau .

  '' Saya tolong awak bukan kerana inginkan apa apa dari awak dan saya tak kerja dengan awak . Jadi tak perlu upah - upah , lain kali hati hati ye , Assalamualaikum '', Kata Jay sambil menghidupkan enjin motor secara automatik menggunakan tangan lalu beredar dari situ . ( Apehal jual mahal sangat Jay ni ?!! ) . 

  '' Walaikumussalam '', Cik Emma hanya tersenyum dan terus menaiki teksi kerana sudah terlalu lewat lalu beredar .

   Sesudah habis bekerja , Jay pulang ke rumah beliau sambil membawa 3 nasi untuk dimakan bersama sama keluarga .

  '' Kenapa lambat balik hari ni Jay ? '',tanya ibu adah sambil melihat jam yang sudah pukul 8 malam .

  '' Hari ni surat banyak ibu . Semuanya urgent , kalau surat biasa boleh la tangguh untuk esok '' . kata Jay sambil mengeluh .

  Sesudah itu Jay terus mandi dan makan bersama sama keluarganya . Pada malam itu , di biliknya .. Jay hanya teringatkanlah wajah gadis yang beliau tegur semalam di stesen bas tersebut . '' lawanye dia , bertudung pulak tu . Muka dah macam Tiq Zaqyah dalam filem Nur Kasih da , kalau lah dia single lagi .. kalau lah aku hensem .. kalau lah aku kaya . '', Jay terus berangan dan akhirnya beliau lena scara tiba tiba .



  Keesokan harinya seperti biasa , Jay akan menghantar Izzat Nazmi ke sekolah dan masak untuk ibu adah tersayang sebelum Jay ke tempat kerja . Sesudah sampai ke tempat kerja , jay terus menyiapkan dan menyusun surat-surat untuk dihantar sebelum beliau scan manifest ke sistem dan download mini haul . ( bercakap mengikut pengalaman ) . '' yess , hari ni surat sikit , 6 surat je kawasan aku ? hehe , boleh la rehat lama sikit sebelum nak ambil pick up lain '', bisik hati jay sambil tersenyum .


  Pada pukul 10 pagi , Jay menyudahi surat yang terakhir . Kali ni Jay tergerak hati untuk ke stesen bas semalam kerana teringatkan wanita semalam . Sampai di stesen bas , Jay terkejut lalu tersenyum selepas melihat cik emma ada disitu hari ni ..

  '' Assalamualaikum , awal hari ni ? hehe . awak nak kemana ? '', Jay menerpa .

  '' waalaikumussalam , nak pergi keja la . awak tak kerja ke ? '', cik emma membalas .

 wahh , hari ni sudah ada tindak balas . Tahniah Jay :p

  '' baru je abis , meh la saya hantar awak . Nasib baik ada helmet KHi spare ni . mari lah '', Jay mempelawa cik emma .

  '' takpe la . Saya tunggu bas je . Saya ingat lagi pesan awak , HATI HATI . hehe '', Cik Emma membalas sambil tersenyum .

  '' saya ni jahat ke ? sampai hati awak cakap saya macam tu . =='' '', Balas Jay sambil membuat muka seposen .

  '' Eh takde la gurau gurau je . Takpe la saya nak tunggu bas . '', Kata cik emma .

  Jay terus meletakkan motor beliau di tepi stesen lalu duduk di sebelah cik emma ( dok jauh sikit la ) . Jay dengan keadaan malu memulakan topik pertama .

  '' Awak tinggal kat mana ? dan nama awak ape ? '', tanya Jay .

  '' saya tinggal kat Jelutong , nak pergi kerja kat Gurney Tower . Nama ? nama saya Nur Emma Syahirah , panggil Emma sudah la . '', Jawab Cik Emma sambil tersenyum . Mereka berdua terus bersembang sehingga bas RapidPenang sampai dan Jay sempat mengambil no telefon cik Emma sebelum cik Emma berlalu . Jay terus bergegas untuk mengambil Pick up dan segera ke tempat kerja .

   Setelah 2 minggu perkenalan mereka , Jay semakin hari semakin rapat dengan Cik Emma . Keluarga cik Emma pula tidak pernah bising kerana mereka mengenali Jay sebelum ini .


  Pada suatu hari Jay pulang ke rumah dengan membeli 3 bungkus nasi untuk dijamah bersama-sama keluarga . Hari ini Jay pulang pukul 5 petang , Izzat Nazmi pula belum pulang dari sekolah kerana menghadiri Kokurikulum di sekolah . Jay seorang yang penyayang , tak pernah kisah wang beliau dihabiskan untuk keluarga . 

Apabila Jay membuka pintu rumah , Jay terkejut setelah melihat ibu adah terbaring tidak bermaya di ruang tamu . Jay fikirkan ibu adah telah tertidur , tapi setelah berkali-kali cuba kejutkan ibu adah ,ternyata ibu adah tidak bangun . Dengan segeranya Jay membawa Ibu Adah ke Hospital setelah menumpang kereta jiran .    

  Didalam Hospital berkenaan , Jay hanya menunggu di luar sementara ibu adah sedang menjalani rawatan di unit kecemasan . Tiba tiba doktor Areliff keluar dari bilik kecemasan berkenaan ..


  '' Doktor , bagaimana keadaan ibu saya doktor ? '', Tanya Jay tergesa gesa .


  '' Maaf , kami dah cuba sedaya upaya . Ibu awak telah pun kembali ke rahmatullah kerana kesukaran bernafas . Kami tak mampu buat apa-apa . Ini Ujian dan takdir dari Tuhan . Mohonlah Hidayah dan Petunjuk dariNya , Semoga awak tabah melalui ujian dan kehidupan ini ''. Kata Doktor Areliff yang dah macam ustaz .

  '' Ya Allah ! Ibuuu ! Ibu ! '', Jerit Jay , air mata Jay mengalir tak henti henti setelah mendengar kata-kata doktor Areliff .



  Pada keesokan pagi , Arwahyarhamah Ibu adah selesai di kebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Abidin . Cik Emma juga datang bersama sama keluarga . Jay sepertinya sudah hilang arah . Apa saja yang Jay lakukan semuanya sudah tak tentu arah , Tanpa Izzat Nazmi , Mungkin Jay sudah menjadi gila . Oleh kerana Jay menyayangi Izzat Nazmi , dia bangkit dari jatuh ini setelah ibunya dan dibantu oleh Cik Emma .


  '' Abang jangan lah macam ni , kalau abang macam ni sapa nak jaga ijat ? ".Keluh Izzat Nazmi .

  '' Em , Abang oke . Abang sihat lagi ni . Ijat belajar rajin-rajin nanti bila besar nanti boleh jaga abang pulak '', kata Jay sambil tersenyum lalu membelai rambut Izzat Nazmi .


  Begitu sayangnya Jay kepada adiknya .. Berkat usaha dan bantuan dari CIk Emma yang sering membimbing Jay akhirnya berjaya setelah Jay berjaya bangun semula . Suatu hari Cik Emma mengajak Jay makan bersama sama beliau di sebuah restoran . Apabila mereka sedang makan , tiba tiba Cik Emma berpaling melihat Jay .. Jay kelihatan sedih ..

   '' Awak , awak ok ke ? awak masih teringat lagi ke ? ''. Cik Emma menegur .

  '' Siapa yang tak sayangkan ibu . Saya hanya ada ibu sorang je , ''. Kata Jay sambil tersedu.

   '' Tahu , tapi orang yang dah pergi jangan ditangisi . Nak tenang nanti kalau arwah ibu tengok awak macam ni '' . Cik Emma membalas .

   '' Bila saya nak makan , saya teringat ibu . iskk iskk ''. Jay terus mengalirkan airmata .

  '' Awak , jangan menangis depan rezeki , tak baik . Awak banyakkan doa . Saya kan ada lagi ni '', Pujuk Cik Emma .

  Akhirnya Jay mampu mengawal diri kembali dan makan bersama sama Cik Emma . Sudah lewat malam , Jay menghantar Cik Emma pulang dan Jay terus pulang ke rumahnya . Setelah 3 tahun Jay hidup tanpa ibu adah , kini Jay telah berjaya memberikan keyakinan buat adiknya Izzat Nazmi hingga berjaya dalam pendidikan dan Jay telahpun bertunang dengan Cik Emma berkat rezeki setelah beliau bekerja sebagai Supervisor Food and Beverage di sebuah hotel dengan pengalaman Jay sebelum beliau bekerja sebagai dispatch . Jay kini telah pun memiliki sebuah kereta yang dibeli hasil dari wang kerjanya . 

   Hendak dijadikan cerita , bekas kekasih Cik Emma muncul semula dan cuba mendapatkan cik Emma kembali . Enchik Bedak Sejuk , gelaran nama bekas cik emma itu seorang yang kaya raya , memiliki rupa rapas yang lawa dan menjawat jawatan yang terbaik di sebuah syarikat . Orangnya kaya raya , tetapi nama gelaran saja buruk sikit . Cik Emma tetap menolak , dia tak inginkan Enchik Bedak Sejuk kembali . Dia sudah memiliki Jay . Sejarah Enchik Bedak Sejuk adalah curang dengan cik emma dan bertunang dengan kekasih baru itu . Mereka telahpun berpisah kerana tiada persamaan . Jay yang baru mengetahui cerita tersebut terus mengajak Cik Emma keluar makan malam bersama dan disoal siasat cik emma ..

  '' Saya dengar bekas kekasih lama awak datang cari awak , betul ke ? ''. Jay bertanya .

  '' Erk , ya . kenapa ? awak jangan risau saya tak suka dia , saya tak layan dia ''. Balas Cik Emma yang terkejut mendengar pertanyaan Jay .

  '' Owhh , bagus la ''. Jawab Jay yang penuh dengan kecemburuan .

  '' awak , saya sayang awak . Saya ada awak je . Saya tetap ada awak je ''. Cik Emma menjawab .

  '' Dia tu kaya , hensem dari saya , pandai pulak tu . Keje jawatan bagus , saya ni apa la yang ada .. ''. Tiba-tiba Jay merendah diri .

  '' Kekayaan dan rupa paras bukanlah pilihan saya . Kekayaan Budi dan Kecantikan hati yang saya idamkan selama ni ''. Kata Spontan Cik Emma .

  Jay yang mendengar tersenyum dan meminta maaf kepada cik emma diatas pertanyaan itu . 

  Pada ketika Jay dalam perjalanan pulang setelah keluar makan malam bersama Cik Emma , Jay telah mengalami satu kemalangan dasyat dimana Jay dengan sebuah lori yang bergerak bertentangan jalan . Jay koma di hospital , Setelah berita mengejut ini diketahui oleh Cik Emma lalu segera di hospital . Jay mengalami darah beku diotak . Proses rawatan pembedahan juga sebanyak RM10,000 . Oleh kerana sayangnya Cik Emma kepada Jay dan keluarga Jay . Cik Emma mengeluarkan duit sendiri untuk menampung kos rawatan Jay


  Setelah 2 Minggu koma , Jay telahpun pulih daripada kritikal . Jay terlalu terharu bila mendapat tahu bahawa cik Emma telah korbankan segala galanya untuk Jay . Sesudah sebulan , Jay dan Cik Emma menglangsungkan perkahwinan . Tak cukup dengan berita kegembiraan itu , Adik Jay , Izzat Nazmi mendapat keputusan PMR yang cemerlang . Sekali gus membuatkan Jay tersenyum panjang . Jay dan Cik Emma hidup bahagia dan kebahagian itu dirasai oleh Izzat Nazmi juga . Begitulah dan inilah noktah filem yang aku gelarkan Nur Kasih .
  Begitulah 'Cahaya' Kasih ( Nur Kasih ) Cik Emma yang setia memberi sokongan dan kekuatan rohani buat Jay . Benar cinta itu satu kehendak dan bukannya keperluan . Tapi berfikiranlah secara logik , tanpa cinta kita akan merasakan kurang kasih sayang dan akan jatuh kerana kita tak mampu memimpin diri kita untuk bangun SEORANG DIRI .

   Kesimpulannya : Setiap dugaan , ujian dan cubaan dari Allah S.W.T. mempunyai hidayah dan hikmah tersendiri jadi jalanilah dengan tenang dan redha kerana setiap apa yang kita redha itu insyaAllah kita akan mendapat Petunjuk dari Tuhan yang Maha Esa . Satu lagi , jangan cari cinta yang datang dari paras rupa dan wang semata-mata , carilah cinta yang datang dari keiklhasan ruang ruang hati , kecantikan hati seseorang dan kekayaan budi bahasa dan tingkah laku seseorang .

Klik gambar poster Nur Kasih diatas untuk keputusan Juri Ben Ashaari ,


  Idea Dan Nukilan Sepenuhnya dari :-
   

36 comments:

Anonymous said...

ok..not bad...good story..tp nme ex boy cik emma 2 lwk la..haha....nsib bek x bdk sumbu...o hyppo..hehe..

admin on May 24, 2011 at 6:52 PM said...

@Anonymous: wahhh , dasyat ek baca abishh .. thanks :D .

Turtleman on May 24, 2011 at 7:04 PM said...

wah ni btol2 filem neh..keh2..thanz sbab pilih

Niena Muhammad on May 24, 2011 at 7:13 PM said...

gud story mory..xpe!majukan penulisan utk blog!

admin on May 24, 2011 at 7:25 PM said...

@Areliff: hehehe , nama pun nak filem kan :p . welcome bro :p

admin on May 24, 2011 at 7:25 PM said...

@shopping2u: hehehehe , tenkiu tenkiu tenkiu ^_^

Ezad Skytech on May 24, 2011 at 8:05 PM said...

terbaik bro... teruskan hasilkan karya kreatif utk blog ni... ^_^

admin on May 24, 2011 at 8:14 PM said...

@Izzat Nazmi Saiful Bahri: auww , tenkiu bro for the special comment . :D

azzah on May 24, 2011 at 8:15 PM said...

ada bakat jadi penulis skrip ni.btw,saya guna nama awak.filem saya ringkas je.. http://sayurlemak.blogspot.com/2011/05/segmen-filem-kreatif-aku-bersama-ben.html

Unknown on May 24, 2011 at 8:17 PM said...

leh jadi drama bersiri baru ni.. :D

Jay on May 24, 2011 at 8:24 PM said...

wah betu2 jadi hero pulak.hehe.tp watak tu bnyk persamaan dalam diri Jay.cuma tang je lain.hehe.congrat best cerita ni.hehe.ada bat lah abdul farique ni.boleh pegi jauh ni.hehe

admin on May 24, 2011 at 8:40 PM said...

@azzah: wahh . thanks ye 4 comment .. ok japg saya visit :D

nmirmo on May 24, 2011 at 8:41 PM said...

bestla!!! sambung2?? hehe...leh jadi penulis novel mehhh..hee~..^_^

admin on May 24, 2011 at 8:45 PM said...

@saiazuan: hehehe thanks bro , tak sia sia saya menulis :)

admin on May 24, 2011 at 8:46 PM said...

@Jay: Adess yeke banyak persamaan ?? tang ape yang lain tu bro ? ada bakat ? :nono :p

Jay on May 24, 2011 at 8:49 PM said...

persamaan tang ngorat awek.haha.yg tak sama aku takde motor.lgpun aku tak keje despatch.haha.awak mmg berbakat dlm penulisan.boleh buat novel tau.hehe.imaginasi yg baik dn boleh perkembangkan lg.mesri bnyk minat cerita ni nt.he.

admin on May 24, 2011 at 8:52 PM said...

@nmirmo: nak sambungan ke ? =.=" . letih la awak . hehehe , thanks 4 komen ya :D

admin on May 24, 2011 at 8:54 PM said...

@Jay: hehehe , thanks bro . idea datang spontan dan banyak gunakan pengalaman hidup ja .. penulisan saya tak baik lagi sebab banyak kesalahan ayat dan kerap typo . at least dulu pernah wat novel jugak . minat <3

Elly Jade on May 24, 2011 at 9:11 PM said...

AF....jalan cerita menarik!!
akak suka dialog2 yang kamu gunakan..
lancar dan jelas skripnya..
penggunaan gaya bahasa pun tak meleret2 dan tak skema.
part naration 2 agak straighforward...mcm awk kenalkan karakteristik watak tu,straight sket.mungkin if awk kenalkn secara indirectly lebih nampak matang cara penulisan awk..eh tp yg ni pun da cukup bagus.hehe..
kalau awk buat ibu adah mati lebih dramatik,boleh mengundang air mata kot.hehe...
ape pun,akk bg 8.5/10..sbb akk suka jln cerita dan gaya bahasa awak....
all the best AF d(^___^)b
encik ben,sila pilih cerpen ini :)

+_Miss.Jannah_+ on May 24, 2011 at 9:13 PM said...

glemer encik bedak sejuk kite...hehehe

Elly Jade on May 24, 2011 at 9:21 PM said...

nak tambah.....penggunaan gambar sikit sebanyak buat kite feel sket...
so kite dapat imagine location cite..hehe
tinggal tak letak gambar jay and cik emma je..
itula kuasa e-novel...boleh letak gambar...
af,teruskan menulis ya :)

admin on May 24, 2011 at 9:35 PM said...

@pearl jade: hehehe .. thanks akak . tak pernah ada lagi yang feel baca cerita saye ni .. sebab tu buat biasa2 .. komen yang paling panjang dalam sejarah ni .. wow , thanks akak :D

admin on May 24, 2011 at 9:36 PM said...

@ _Miss.Jannah_ : hehehehe , agaknya ramai yang nak kenal siapa itu encik bedak sejuk gamaknye :p

admin on May 24, 2011 at 9:37 PM said...

@pearl jade: itu la akak . at least nak letak gambar jay dan cik emma tu tapi lost of idea lak :p

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food on May 25, 2011 at 9:23 AM said...

terharunya jadi ibu dalam cerita nie...suka2...kreatif nye kamu abdul farique...terima kasih..^_^

admin on May 25, 2011 at 12:27 PM said...

@Syuhadah Razali: apabila ibu adah membaca :p . thanks ye kak :D sorry tau terjadi ibu kat filem ni plak ^_^

deeya on May 25, 2011 at 2:03 PM said...

sye pengkritik nobel yg tak bertauliah .

okey ! dlm pnulisan bhase melayu kena tekankan soal ejaan .. sngat penting same cam bnde yg pnting . contoh UPSR ditulis dngan huruf besar .. tp dlam cite ni , Que tulis huruf kcik . sngat x seswai ..

2nd : dalam 1st paragraph .. ayat cukup simple . kalau boley olahkan siket jer lagi dlam setiap baris ayat kasi panjang siket .. sbb klau baca ia lebih seswai dilagukan dalam bentuk puisi .

3rd : kat 2nd paragraph .. tak pernah plak BM ade p'ktaan sayut sayut . rasenye sayup2 ade lah .. hehe ~

4th : part kat busstand tu , kuih kuih rasenye perlu dtukar dngan kuih muih .. perktaan yg berirama dngan p'gunaan kata b'ganda yg tepat =)

5th : ade t'bace p'ktaan 'scara' td .. mungkin terlepas taip huruf 'e' bg 'secara' . laen kali hati2 ..

6th : masa makan kat restoran , dialog awk salah la . spatutnye cik emma cakap "tak tenang nanti arwah ibu bla bla " .. tp dalam nie tulis "nak tenang nanti arwah ibu bla bla"

7th : typo ! bukan rupa rapas la sayang .. rupa paras . hahakz !!

waaaah ! beshnyer jadi pengkritik nie .. hehehe ~ apepun , overall okey . asah lagi bakat awk dalam penulisan .. selamat maju jaya ! menulis pun boleh buat duit taw ^___^

Encik Bedak Sejuk on May 25, 2011 at 2:40 PM said...

wohohoho... rupa paras lawa...?

HAHAHAHA... tergelak den dongar...btw best...khusyuk bace ni... :)

admin on May 25, 2011 at 5:38 PM said...

@deeya: tu diaaaa aihh.. apabila deeya mengkritik.. wow , terbaik la deeya. at least biasa la af baru2 lagi.. so banyak typo nye :p thanks yea for detail :)

admin on May 25, 2011 at 5:39 PM said...

@Encik Bedak Sejuk: huhuhu, tenkiu bro . thanks sudi membaca n komen :D

Emma Hamzah on May 26, 2011 at 2:49 AM said...

@Jay: @Jay: tak sangka sy dapat jd heroin Jay..haha..memang menarik jalan cita nie. Watak Cik emma yg Farique reka tu mmg ada kena mengena ckit ngan emma. Terima kaseh byk2 Farique sbb dah penuhi impian ema utk jd watak Nur ,walaupun dlm skrip je..hehe :)
Ada plot yg membuatkn emma rasa trsentuh dan mengalirkan airmata...mmg sempoi lahh..salute..

admin on May 26, 2011 at 1:06 PM said...

@CiK EmMa: wahhh , nampaknya af berjaya menarik hati cik emma. hehehe / thanks sudi membacainya pun . huhu ^_^

Jay on May 26, 2011 at 1:42 PM said...

hahaha..aku ni dh macam si adam pulak kan??remy ishak..hahaha

admin on May 26, 2011 at 2:40 PM said...

@Jay: bro jay , jaga nanti ramai peminat pulak . hehehe :D

Emma Hamzah on May 26, 2011 at 5:56 PM said...

@Abdul Farique:
tertusuk jantung ini pun..hahaha..

admin on May 26, 2011 at 10:27 PM said...

@CiK EmMa: waaa itu namanya begitu asyik tu :p

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!