Saturday, December 18, 2010

Bagaimana Nak Elak Dari Anjing Kejar Kita ?

Anjing Juga makhluk dan ciptaan Tuhan
   

Salam kawan-kawan , hari ni aku akan share satu entry ''Bagaimana Nak Elak Dari Anjing Kejar Kita''. Jangan risau kawan-kawan , 99% mengikut dari pengalaman aku dan ia terbukti berkesan !

   Kepada yang takut digigit anjing , korang tak perlu bimbang lagi . korang ikut arahan aku ni bila berdepan dengan anjing . Oke. Anjing ni pantang tengok orang macam cuak-cuak kat dia . Memang dia kejar korang dan kalau korang terus lari jagalah kaki korang , mesti kena gigit punya . Huhu .


  Anjing ni lebih kurang macam Polis . ( tapi Polis bukan anjing weyh !! nanti korang pergi buat report kata aku kutuk Polis pulak ! bukan tau ! Disclaimer ni !) . Polis pantang tengok orang curiga , takut-takut dengan dia , cuak dan lain lain . Mesti dia akan tahan korang . Macam tu jugak dengan anjing . Anjing memang dididik dari anak dah macam tu . Tak boleh salahkan dia . Kuasa Tuhan tu dan dia pun makhluk Tuhan .


Korang baca lagi k , tekan Read More :-





  Ok , sini aku nak bagi tips macam mana korang nak 'tune' dengan anjing ni , Aku rasa yang selalu berjalan kaki ni patut baca entry ni . Penting . Cuba kalau korang kena gigit dengan anjing gila , bahaya tu boleh dapat penyakit !


Oke aku mula kan , korang ikut langkah-langkah ni ok .


1. Bila korang nampak anjing , Korang jangan tenung mata dia . Maksudnya jangan alihkan perhatian dan pandangan korang kat dia .


2. Kalau korang jalan kat sebelah anjing yang sedang duduk , korang hanya perlu pandang depan . jangan risau , dia tak risau . Dia nampak korang macam berani . 


3. Kalau anjing itu kejar korang , korang jalan buat bodoh je . Memang masa tu korang dah cuak , jangan risau sebab dia nak 'test' korang je sebab selama ni dia tak pernah tengok muka korang kat jalan tu . ( kira anjing tu macam abang kawasan la . huhu )


4. Kalau korang tengah jalan dan tiba-tiba ada sekor anjing ni datang lari kepada korang dan 'block' jalan korang , korang tak perlu lari atau berhenti . Korang jalan je , lepas tu korang halau dia macam korang halau kucing curi ikan . ''syuhhhh syuhhh blah - blah'', sambil korang menggunakan tangan seperti PolisTrafik tengah kawal jalan tu . 


5. kalau korang betul-betul kena kejar dengan anjing dan korang ikut arahan aku atas ni , tapi anjing tu tetap kejar korang . Korang hanya perlu tunduk macam ambil batu atau acah dengan kaki . InsyaAllah , anjing itu akan lari tinggalkan korang . Tapi korang kena jalan cepat sikit , takut dia bawak 'geng' .


6. Kalau korang berdepan dengan kumpulan anjing , aku cadangkan korang jangan lalu jalan atau lorong tu . bahaya beb . Korang tak dapat agak macam mana tingkah laku dia . Anjing-anjing liar ni bahaya-bahaya sikit . kalau seekor je korang boleh 'handle' tapi kalau kumpulan ni janganlah pandai-pandai 'handle' .




  Itu dia kawan-kawan , Tips dari aku . Jangan risau kawan-kawan , aku da cuba semua ni sebab aku pun lebih suka berjalan dan aku duduk dekat penang . Penang korang tau la kan , Kaum Cina ramai . Kaum cina mana tak bela anjing . Tapi korang ikut tips-tips aku ni , insyaAllah korang selamat . Apa-apa pun , korang mulakan dengan Bismillah k .




  Aku harap entry ini berguna buat korang yang suka berjalan dan fobia dengan anjing ni . Anjing ni haiwan dari keluarga Kucing jugak . Diorang manja , baik , jaga Tuan diorang . Cuma kita saja tak memahami anjing disebabkan atas Agama . Islam , tak boleh pegang anjing tanpa sebab , tak boleh bela . Itu lah sebab kita tak mengenali anjing ni . Kita fikir anjing ni haiwan jahat . Sebenarnya anjing ni baik geng , Semua haiwan ciptaan Tuhan ni baik dan bermanfaat . Cuma kita je tak tau :) .
Berhati-hati dengan anjing gila !







  Kenapa aku post entry mengenai anjing ni geng ? sebab aku tengok masih ramai takut-takut dengan anjing ni . Dan aku cerita ni ikut pengalaman aku berkawan dengan bukan seagama dan sebangsa dengan aku . Singgah-singgah kat rumah dorang dan bersembang dengan dorang dan aku sendiri dah cuba , ia berkesan ! . cuba k . Ok la geng , sampai disini saja . Harap-harap sudi-sudikan diri untuk komen ya . =D . 
korang tak perlu benci anjing ni tau sebab dia juga Makhluk dan ciptaan Tuhan geng . Kita hanya sekadar-sekadar saja dengan anjing . :p Salam .


Gambar sekadar hiasan ...


3 comments:

Kodet on December 18, 2010 at 4:25 PM said...

Aku dah penah kena kejar anjing masa naik basikal dgn kwn aku dlu2...nasib la basikal tu tinggi sikit bole angkat kaki , masa tu dengan naik bukit , nasib la tuan anjing tu panggil , klu x smpai umah dia duk kejar

Abdul Farique on December 18, 2010 at 10:39 PM said...

huhu , mesti dalam keadaan tu lawak n lucu kan . hehe . pastinya anjing suka kejar kita bila naik basikal atau motor . Aku pun tak tau kenapa , mungkin dah jadi tabiat dia kot :p

azie.azureEn on June 17, 2011 at 7:51 PM said...

bekesan ke nie.. cam was-was plak rasa (- -")

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!