Wednesday, May 25, 2011

Milik Siapakah Gadis Ini...

   riang benar kumpulan burung menari didada langit dengan siulan nakal diparuh. senja mula berlabuh. bulan bergerak perlahan. mengambil alih tugasan malam. asri mendongak ke atas. melihat kepulan awan. bagaikan berarak mahu pulang. bersaksi jujukan bintang, mutiara jernih miliknya turun membasahi pipi. kian cekung saban hari. kelopak mata yang dari tadi tidak berkelip dikatup kejap sebelum kembali dibuka. fikirannya kusut. rungsing benar memikirkan perihal esok. 




   Kehadiran bunyi-bunyi cengkerik menemani malamnya. Hendak ditelan mati anak, hendak dibuang mati bapak. begitulah rentetan hati kecil asri yang hanya lembut dan mudah tersentuh. Begitu pahit buat seorang insan biasa yang hanya menagih kasih sayang dari insan yang bernama kekasih.''Kenapa semuanya harus terjadi sebegini? Kenapa harus aku yang menjadi mangsa?'' rintih asri.






  begitu sukar buat seseorang untuk melupakan sang kekasih. Bila hati dah sayang, mahu berjengak sedikit pun terasa malang. Walaupun terpaksa memutuskan pertunangan, Asri terlalu berharap agar gadis itu kembali padanya. Setiap hari, jam, minit dan saat asri hanya berdiam diri walaupun sudah dua minggu mereka memutuskan pertunangan. Walaupun asri sendiri mengetahui si kekasih itu mempunyai kekasih hati yang lain.






  Tiada kata-kata ajaib dan magis yang dapat memukau gadis itu supaya kembali, berbelas pujukan asri kepadanya langsung tak didengari. Asri berputus asa, selalu termenung nun sana. Apakah masih ada lagi cahaya yang bakal menyinari hari-hari asri, soalan takdir dan jodoh bermain dihati. Kembali besendirian, keadaan menunjukkan kesepian. Didalam sepi itu, asri berkata-kata seorang diri memujuk bayu lembut di hati, ''Milik Siapakah Gadis Ini Sebenarnya ?! ''.


  Bahahaahha , ok tak ayat permulaan aku ? cehh belajar berpuitis rupanya.. wekk :D

   Inspirasi : Milik Siapakah Gadis Ini - Sudirman
  100% Karya Abdul Farique   

2 comments:

CeritaSekupang on May 25, 2011 at 1:55 PM said...

wah ayat sastera tahap tertinggi ni....hebat...terbaek....

admin on May 25, 2011 at 5:43 PM said...

@ceritasekupang: hee , tenkiu yea :D

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!