Tuesday, May 24, 2011

Anak Lemas Dalam Kereta



MACHANG: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.


Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.

Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.



Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.

Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.

“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.  


“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.

Nota : kita sudah tahu bahawa tinggalkan budak didalam kereta memang cukup bahaya kerana risiko lemas akan berlaku . Semoga artikel ini memberikan anda semua pengetahuan dan pengajaran . Janganlah tinggalkan anak dalam kereta dalam keadaan masa yang terlalu lama . Sayangilah anak kita .

Sumber : Hmetro

tags: mati dalam kereta, anak mati lemas dalam kereta, lemas dalam kereta, berita anak mati dalam kereta, bahaya tinggal anak dalam kereta . 


8 comments:

Unknown on May 24, 2011 at 11:28 AM said...

huhuhu...inalillah...kesian...apa leh buat, dh jdi...nak slah kan org tak leh...huhu...tp next time for all people here...ambil lah ni sebagai teladan..lalala
hahahaha....daaaaa (:

admin on May 24, 2011 at 11:51 AM said...

@Zaza: takpe , tapi for the next time kena hati2 la .. bahaya . dalam kereta berhaba ..

Unknown on May 24, 2011 at 12:23 PM said...

kesian budak tu.... al-fatihah....

admin on May 24, 2011 at 1:25 PM said...

@Azham Vosovic: nak buat macam mana .. nasib dia macam tu .. Al Fatehah ..

zati embong on May 24, 2011 at 3:57 PM said...

al Fatihah..peringtan untuk semua.

admin on May 24, 2011 at 6:54 PM said...

@zati embong: betul tu .. semoga dijadikan pengajaran ..

Azza Azman on May 25, 2011 at 3:48 PM said...

la hai kecian.. bukan bawak van ke bas ke, kancil je pun. Tak alert la... memang lah dah ajal takdir tapi boleh terima tak disebabkan kecuaian sendiri, hilang nyawa orang tersayang.

admin on May 25, 2011 at 5:47 PM said...

@Chempaka Sari: beginilah yang akan jadi kalau tak berhati hati.. astaga

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!