Saturday, May 21, 2011

Remaja Maut Kejar Peragut .

    Salam kawan-kawan . Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Nur Syaza Yasmin , 17 yang terbunuh akibat digilis sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal yang diboncengnya ketika cuba mengejar seorang lelaki yang cuba meragut beg duitnya , di jalan kangar Padang Besar dekat Balai Baru , kelmarin .

http://www.hmetro.com.my/articles/Mautkejarperagut/pix_middle
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk dibedah siasat . Gambar kecil , Nur Syaza Yasmin

   Kejadian kira-kira dalam pukul 8.00 malam , mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Jaafar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan pecah kepala manakala adiknya , Nur Syaza Norah , 15 yang menunggang motorsikal bersama mangsa hanya cedera ringan . 





    Begitulah kawan-kawan , mangsa ragut ni tak mengenal tua muda , lelaki wanita , sakit sihat . Setiap sesuatu yang mempunyai peluang untuk diragut pasti tanpa ragu-ragu meragut seseorang . Peragut , Beginilah manusia yang mempunyai akal fikiran tapi buta tuli dan pemalas sehingga sanggup mengadaikan nyawa dan membunuh seseorang . 2 tahun yang lepas , seorang warga emas maut selepas diragut dan peragut meraih hasil hanyalah rm2 !


   Wahai peragut , bayangkan suatu hari anda meragut beg tangan wanita hingga beliau maut dan tanpa disedari beg tangan itu milik ibu anda , apa perasaan anda ? tidak adakah sifat-sifat kasih sayang ? tidak adakah sifat-sifat kasihan , simpati kepada orang ? janganlah hidup kaya raya dengan hasil wang curi . Didunia ini bukan wajib nak mencari wang yang banyak , wang kita tak bawak ke kubur nanti . Berbekalkan pahala dan ilmu didunia untuk dibawa ke 'sana' nanti dan bukanlah dari dosa mencuri dan membunuh . Jadilah manusia yang mempunyai sifa-sifat sejati anugerah Tuhan dan bukanlah sifat-sifat yang BANGANG .


   Apapun takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman . Meninggal pada hari jumaat ..


   Aku harap di Malaysia ramailah orang membantu mangsa ragut seperti video dibawah ini , semoga warga tidaklah hanya 'menonton' sahaja . peace .

 

   Sumber : Hmetro 




16 comments:

Syukri Mohtar on May 21, 2011 at 12:42 PM said...

hah kau.satu pekan turun tolong..bagus2,,

♥Putri ilyanie♥ on May 21, 2011 at 1:06 PM said...

betul tu.. benci peragut.. cuba kena kat ahli keluarga sendiri.. baru padan muka peragut2 tu.. huh.. aduh teremo plak.. meh jenguk new entry saya.. saya xsedar.. tlg kejutkan ya..

Abdul Farique on May 21, 2011 at 1:49 PM said...

@Syukri Mohtar: kan bagus macam tu . bantu sesama masyarakat :D

Abdul Farique on May 21, 2011 at 1:50 PM said...

@♥Putri ilyanie♥: itu la .. biar baik berpada2 , buat jahat binasi diri .. baik la .

►AdamXis◄ on May 21, 2011 at 1:50 PM said...

assalam...al-fatihah...keciannnya...byk sgt dh kes mcm nie berlaku...klo terjadi mcm nie...better kite report polis...walaupun arwah kemalangan tp kebanyakan peragut skrg dah kejam...

Abdul Farique on May 21, 2011 at 1:56 PM said...

@►AdamXis◄: wassalam . itu la AdamXis , better bagi af lau nampak depan mata peragut camni rasa cam nak terajang cukup2 .. walaupun af ni tak kuat mana ..

Norashiqin Kamaruzaman on May 21, 2011 at 1:59 PM said...

aduhhhh, ari tu BL tengok depan mata BL kot......dia ngorat2 dulu pompuan kat moto tuh pahtu laju je dia snap....=.=
geram je tengok...tp terlepas, sbb peragut ni mmg pandai cilok2(moto),,,=p... bese la kan...heheh

farysa on May 21, 2011 at 2:17 PM said...

al-fatihah

Mss Ieza on May 21, 2011 at 2:52 PM said...

ptt kne pkul cm2 larh pragut nie =='

alyaclumsy on May 21, 2011 at 2:57 PM said...

kesiannya kat dea :( al fatihah.

deeya on May 21, 2011 at 11:21 PM said...

semoga arwah tenang di sana dan semoga kat Malaysia nie ade org yg bersikap cam org2 dlm video tu an .. hurm ~ harap2 Allah bagi la pengajaran pd peragut2 yg ade . AMIN !

Abdul Farique on May 22, 2011 at 12:39 PM said...

@Norashiqin Kamaruzaman: manusia sekarang pandai bermuka muka la awak . entah la bila syaitan menguasai diri ,

Abdul Farique on May 22, 2011 at 12:39 PM said...

@farysa: Al-fatihah ..

Abdul Farique on May 22, 2011 at 12:40 PM said...

@Mss Ieza: tu la , harap2 rakyat malaysia lebih saling bantu membantu macam tu la =="

Abdul Farique on May 22, 2011 at 12:41 PM said...

@alyaclumsy: ape yang buat , nasib dan jalan takdir arwah macam tu .. ssemoga arwah ditempatkan dalam golongan2 orang yang beriman . Amin .

Abdul Farique on May 22, 2011 at 12:41 PM said...

@deeya: takpe , kat kubur nanti menjawab la dengan Malaikat .. biar tangan yang menjawab ..

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!