Friday, May 27, 2011

Tanah Runtuh | 3 Kanak-kanak terkorban di Haiti

  HAITI: Tiga kanak-kanak terkorban dalam tragedi tanah runtuh berpunca daripada hujan lebat menyebabkan rumah didiami dihanyutkan berhampiran Cap-Haitian, utara Haiti, hari ini.Jurucakap Badan Perlindungan Awam Haiti, Ardouin Zephyrin, berkata kanak-kanak berusia antara enam hingga 14 tahun itu mati di bawah timbunan tanah runtuh manakala ibu mereka cedera parah.

Hujan lebat selama seminggu yang melanda Haiti, menenggelamkan kawasan penempatan di utara dan meranapkan khemah penempatan sementara bagi mangsa gempa bumi tahun lalu yang melanda Port-au-Prince. 


Presiden Haiti, Michel Martelly menggesa penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tinggi seperti kawasan pergunungan atau berbukit berhampiran bandar, berjaga-jaga kemungkinan berlaku lagi tanah runtuh. - AFP


  Sumber Tersayang : Berita Harian

   Ini yang paling menyayat hati. Lagi-lagi kejadian tanah runtuh ataupun bencana alam. Kesian kanak-kanak tu. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempat didalam golongan orang-orang yang beriman. Amin..  

2 comments:

deeya on May 27, 2011 at 5:34 PM said...

bencana alam lagi .. mungkin diri kita da semakin hampir dengan kiamat . sama2 lah mengingati mati dan bersedia untuk mati ..

semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat . aminn

Abdul Farique on May 27, 2011 at 6:37 PM said...

@deeya: betul tu .. dah banyak bencana berlaku kat dunia ni.. Amin.

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!