Saturday, May 28, 2011

Treler dan 3 Bas Berlanggar di Kilometer 282.5, Lebuhraya Utara-Selatan

IPOH: Dalam kejadian jam 1.40 pagi semalam, 10 penumpang bas cedera apabila tiga bas ekspres dan sebuah kereta terbabit dalam kemalangan dengan treler berhampiran Kilometer 282.5, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Simpang Pulai.

“Saya terkejut apabila treler berkenaan tiba-tiba mencelah masuk ke hadapan laluan saya menyebabkan cuba mengelak sebelum dua bas di belakang berlanggar,” kata pemandu bas ekspres Sri Maju, Jamaluddin Azmi, 40-an.

“Saya memandu bas di lorong kanan sebelum sebuah treler menghimpit ke laluan saya. Akibatnya saya menekan brek untuk mengelaknya.


“Pada masa sama, sebuah kereta Proton Persona di belakang bas saya turut membrek secara mengejut tetapi tak sempat menyebabkan dia merempuh bas saya,” katanya.

Menurutnya, sebuah lagi bas ekspres yang mengekori rapat di belakang kereta itu turut membrek bagi mengelakkan merempuh kereta itu.

“Malangnya sebuah lagi bas ekspres yang berada rapat di belakang bas kedua itu gagal mengelak sebelum merempuh bas di hadapannya,” katanya yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke Johor Bahru.

  Berita Selanjutnya di : MyMetro

  harap-harap semua penumpang dan yang terbabit selamat...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!