Wednesday, June 22, 2011

Sepi Kian Menantiku...

   Sepi kian menanti. Tatkala hati memujuk diri, cuba membasahi hati yang kering kontang. Bulan dan malam melihatku, menangis mengeluarkan airmata pahit ini. Pohon mula bergoyang, menandakan angin menghembus. Siulan burung , menemani malam hari ku. Apakah hari esok mampu untuk diteruskan ? timbul persoalan yang selalu mengancam semangat diri.




  Jatuh bisa bangun semula. Persoalannya, mampukah untuk bangun semula tanpa bantuan seorang insan ? Air melimpah pantai berubah.. Setiap hari laluan perjalanan hampir sama. Tapi tak pula jalan cerita hari esok sama seperti hari ini. Di ketika ini aku masih lagi menyimpan rasa yang ditakdirkan. Bilakah sinaran cahaya yang sebenarnya akan datang menerangi jalan ku ? Setelah sekian lama aku berjalan didalam kegelapan... Aku kehilangan kata-kata.




   Berikan aku kotak cinta, untuk aku luahkan harapan. Sampai bilakah harus ku nanti, insan yang sejati.. Masa dan waktu selalu menipu hati dan perasaan. Bilakah sebenarnya waktu rinduku akan tersingkap ? bilakah waktunya hati ku akan menemui titik noktah ? aku kekeliruan. Insan kecil seperti aku sebenarnya tak sanggup merasai keindahan itu. Suka dan duka ku selitkan didalam hati , biar ku memendam rasa. Semoga ia menjadi episod perjalanan aku di masa depan.




  Aku ibarat karam dilautan . Tergantung sendirian. Sepi dan ketakutan menghantui...Semoga aku menemuinya.. Cahaya yang ikhlas membantu aku mencari makna kehidupan. Amin..

6 comments:

blogtube on June 22, 2011 at 5:40 AM said...

waaa.a... bermadah syahdu, aku terkelu disitu... hahaha! aman dan tentang.. suasana di gambaran itu! ohhhhh fariq ohhhh fariqqqku!


dah dah dah.. aku bab nie.. mmg sensitif! hahaha

ronda ronda bersama farique@myobw...

Abdul Farique on June 22, 2011 at 5:47 AM said...

@blogtube: wahh.. rajin comment ye . hee . thanks2 :D

Anonymous said...

pandai ko bmain dgn kata-kata kan..hehe

eLyNa on June 22, 2011 at 7:34 AM said...

waaa da makin pandai

Abdul Farique on June 22, 2011 at 11:35 AM said...

@Anonymous: mencuba mencuba :p

Abdul Farique on June 22, 2011 at 11:35 AM said...

@eLyNa: hehehe.. tengah try n belajar banyak lagi dgn akak.. still tengah usaha :D

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!