Friday, June 10, 2011

43 Penghuni Puspen Larikan Diri Selepas Merusuh

MUAR: Polis mengesahkan 43 daripada 377 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Sengkang, Bukit Gambir dekat Ledang melarikan diri semasa rusuhan di pusat itu semalam

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, DSP Salleh Abdul Razak, berkata pihaknya bersama Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Agensi Dadah Kebangsaan kini berusaha menjejaki mereka yang meloloskan diri.

"Kami juga masih menyiasat punca sebenar rusuhan tersebut," katanya ketika dihubungi.


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, Muar berikutan penghuninya merusuh malam tadi. - Foto NSTP




Sembilan kereta dan sebuah motosikal turut dirosakkan dalam kejadian pada kira-kira 8 malam itu.




Dalam kejadian yang dipercayai bermula kira-kira 8.40 malam itu, sekumpulan pelatih bertindak merusuh dan membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan di pusat tersebut. 



Mereka juga bertindak memecahkan cermin tujuh buah kereta kepunyaan pegawai dan petugas pusat itu. 

Ini adalah kejadian rusuhan kedua pernah berlaku di pusat tersebut selepas kejadian pertama pada 1999. - BERNAMA










Sumber : Berita Harian








2 comments:

Puan Kutu on June 10, 2011 at 2:11 PM said...

huh dasyat jugak rusuhan depa nie..dah la buat salah.org dah bela bg makan camtu pulak depa buat.huhu...

admin on June 13, 2011 at 3:31 AM said...

@Puan Kutu: biasa la tu .. tak dapat kebebasan la tu .. lari p shopping kot :D

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!