Sunday, June 26, 2011

Contest : Banner/Header Saya Cantik



    Assalam kawan-kawan. Serius boring sebab lama tak join contest. Nak join segmen Ben Ashaari pun abang ben tak buat segmen lagi. Huhu . Jalan-jalan tadi, terserempak blog adamainaa yang kebetulannya menganjurkan satu peraduan yang berkaitan dengan header. AF rasa teringin nak join sebab tarikh tamat cepat. Hehe , best2.  Jom baca sedikit info peraduan ini.




  Syarat Penyertaan :
  1. Korang mesti copy banner contest kat atas tu, lepas tu letak dalam entri penyertaan korang.
  1. Letak juga banner blog korang yang kreatif dan cantik tu dalam entri tersebut. Size bebas. 
  1. Kalo tak ada banner, nak letak header pun kami terima, ikut suka korang, kami nak tengok kreativiti dan makna-makna tersirat disebalik benda-benda tu (hasil karya korang) berkaitan dengan blog korang. hehehe.. mesti ada kaitan betul tak? tak kan letak suka-suka je :)
  1. Letak tajuk entri korang : Contest : Banner/Header saya cantik
  1. Cerita skit dalam entri korang pasal Banner/Header yang memberi makna kepada blog korang.
  1. Ajak la sesapa kengkawan blogger korang kalo diorang nak join. dan link kan ke blog ni.
  1. Hantar link entri korang kat dalam comment entri ni sebelum 11.59PM 27 June 2011
  1. Nak Follow blog ni di alu-alukan (Tiada paksaan) *Dalam hati ckp, tak follow disqualified!!*
  1. Nak Like Fanpage FB adamainaa dan CamfrogFM juga dialu-alukan (Tiada paksaan)
  1. 3 Pemenang akan dipilih, tempat pertama ,kedua dan ketiga. Dan penyertaan akan terbatal sekiranya kurang daripada 10 penyertaan. hehe. saya cuma ada 40 followers. so bagitau la sape2 yang nak join. 
Hadiah :
  1. Tempat Pertama : RM100 + Perfume brand Shamsuna+banner/header korang akan ditampal kat slide atas tu.
  1. Tempat Kedua : RM50 + Perfume brand Shamsuna
  1.  Tempat Ketiga : Perfume brand Shamsuna
*Perfume Shamsuna macam 1 Drop Perfume, 1kotak ada 10ml x 6 pelbagai haruman tanpa alkohol 

    Ok, sedap kan hadiahnya ? HAHA. AF nak join suka suka je. Tak yakin langsung boleh menang sebab ramai lagi yang champion.  Ok jom baca sikit tentang header AF ni..









 

   Sebenarnya tiada maksud yang tersirat disebalik header blog AF. Header ni buatan AF sendiri. Serius, AF minat seni. Hasrat nak sambung belajar, tapi entahlah hajat tak sampai lagi. Itu lah maksud ayat 'Setiap manusia ingin berjaya, namun tak semua memiliki tuah'. AF hanyalah manusia biasa , hina disisi Tuhan. Kalau korang selama ni pernah membaca entry-entry peribadi AF, korang akan faham apa maksudnya 'Riwayat Seorang Insan Hina' tu.



   Dulunya blog AF adalah platform cerita-cerita peribadi AF. AF juga selitkan pengajaran dan teladan di setiap entry peribadi. Tetapi idea kini kian berkurangan, jadi AF renovate blog AF ni menjadi sebuah blog info, berita, perkongsian dan sedikit isu peribadi. Gambar 2 budak lelaki bermain drum dan gitar tu AF letakkan kat header sebab AF seorang peminat muzik. AF juga selalu jamming dengan kawan-kawan. Diantara alat muzik yang AF minat adalah drum dan gitar. Jadi itulah sebabnya AF letakkan imej drum dan gitar.



   Warna fonts 'FARIQUE' AF pilih warna biru muda kerana AF adalah peminat biru. Dulu sekolah pun kerap masuk rumah sukan biru. Huhu. Header AF bertemakan taman. Kenapa AF suka taman ? Sebab bagi AF , taman itu adalah keindahan. Diantara tempat orang untuk melepaskan tension dan stress yang terbaik adalah taman... Sebab itulah AF memilih 'Taman' sebagai tema header AF. 


   Ramai yang cakap header ni tak penting. Pasang header boleh memberatkan loading page blog kita. Tapi kalau pandai fix kapasiti header, insyaAllah effect tak berat sangat. Sebenarnya, header lah orang akan pandang dahulu sebelum memandang entry-entry kita.  Jadi header yang baik akan menjadi ingatan orang sebenarnya . Tak percaya ?? Hehe.


Tamat sudah penerangan AF mengenai header AF. AF tak kisah kalau tak terpilih sekalipun, AF join sekadar meramaikan peserta :)

Semoga yang terbaik :))


*AF merujuk kepada Abdul Farique :)
 

2 comments:

Adam Azra on June 26, 2011 at 1:55 AM said...

Assalamualaikum. thanks ya AF sbb join contest yang tak seberapa tuh. hehe. anyways, cantik la header tu. kreatif. blog pn cantik. dan statement "Jadi header yang baik akan menjadi ingatan orang sebenarnya." aku sngt stuju la AF. Goodluck ya AF, harap2 ada tuah untuk berjaya menang, :)

SYAF on June 26, 2011 at 2:32 AM said...

nice entry lah af.. :)

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!