Thursday, June 9, 2011

Keputusan Perlawanan Bolasepak Uruguay VS Netherland (Belanda) | Perlawanan Persahabatan

MONTEVIDEO: Uruguay menebus kekalahan pada peringkat separuh akhir Piala Dunia tahun lalu dengan menewaskan Belanda 4-3 menerusi penentuan penaliti dalam satu perlawanan persahabatan yang terikat 1-1 pagi tadi.

Penyerang Uruguay dan Liverpool, Luis Suarez membuka jaringan lapan minit sebelum wisel penamat sebelum Belanda menyamakan kedudukan dalam masa tambahan menerusi rakan kelab Suarez, Dirk Kuyt. 

Namun, Belanda gagal dalam penentuan penalti apabila Robin van Persie dan Eljero Elia tersasar dan pasukan tuan rumah memastikan kemenangan apabila Alvaro Pereira menyempurnakan sepakannya. 

Keputusan itu menamatkan rekod tanpa kalah Belanda selama 10 perlawanan sejak tewas kepada Sepanyol pada final Piala Dunia. - AFP

Sumber : Berita Harian

2 comments:

sYafIk-wAy on June 9, 2011 at 4:41 PM said...

tak kalah maknanya tuh .

sebab main penalti . ada ke perlawanan persahabatn wat cmtuh ?

huhu

admin on June 10, 2011 at 12:09 AM said...

@sYafIk-wAy: sah ko ni peminat belanda .. hahahah :D

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!