Wednesday, June 8, 2011

Kereta Api Bukit Bendera Penang Rosak Lagi

GEORGETOWN: Kereta api Bukit Bendera hari ini rosak lagi, kali ketiga dalam tempoh hanya lebih sebulan selepas disambung semula perkhidmatannya pada 25 April dengan kos penambahbaikan RM73 juta. m

Dalam kes pertama, kereta api berkenaan mengalami kerosakan mekanikal apabila sekumpulan anjing menceroboh relnya selepas lapan hari perkhidmatannya disambung semula, manakala pada Sabtu lalu pula, perkhidmatannya terpaksa dihentikan sekali lagi kerana masalah mekanikal. 


Hari ini, perkhidmatannya terhenti pada kira-kira 10 pagi, dipercayai akibat masalah teknikal, ketika beratus-ratus pelancong berbaris untuk membeli tiket di stesennya di puncak Bukit Bendera. 

Bagaimanapun, lebih kurang 400 penumpang yang terkandas itu dibawa turun dengan jip dan bas.

Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Datuk Lee Kah Choon, berkata siasatan awal mendapati masalah itu berpunca daripada sistem elektrik yang tidak berfungsi dengan baik.

"Saya sudah meminta mekanik dan jurutera yang terbabit menyelesaikan masalah itu kerana kerosakan kali ini tidak sama dengan yang sebelumnya," kata beliau apabila dihubungi di sini hari ini.

Lee berkata, beliau berharap perkhidmatan kereta api itu akan dapat disambung semula untuk pelancong sebaik saja masalah elektrik pulih sepenuhnya dan keadaannya selamat kegunaan untuk orang ramai.


Rosli Ismail, 50, dari Johor berkata dia membawa keluarganya ke kaki bukit peranginan itu pada kira-kira 3 petang, tetapi kecewa kerana kereta api berkenaan mengalami kerosakan.

Baca Selanjutnya Di : Berita Harian 

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!