Monday, June 20, 2011

Gambar Erra Fazira Bertudung | Terbaru

 


Pelakon popular Erra Fazira menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakannya menjadi model produk tudung sebuah syarikat di sini bertujuan mengembalikan popularitinya yang kini menurun akibat saingan artis baru.
Sebaliknya beliau berkata, tindakannya menerima tawaran syarikat Desa Murni Batik Sdn. Bhd. itu selaras dengan niatnya untuk memakai tudung sepenuhnya satu hari nanti.
Baginya, tidak salah artis menjadi model produk tudung kerana ia merupakan satu tanggungjawab sama jika beliau menjadi model kepada mana-mana syarikat dan produk lain.
“Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta.
“Peminat datang dengan sendiri. Kadang-kadang kita pakai tudung pun, kalau orang tak minat, tak minat juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu di sini semalam.


    Tahniah kepada Erra Fazira kerana mendapat hidayah memakai tudung. Semoga niat memakai tudung tidak diambil sekadar daripada amanah sebagai duta tetapi amanah kita menjaga aurat sebenarnya. Namun perubahan beliau haruslah diambil iktibar dan sebagai satu contoh :)


  Sumber Ternama : Pendekar Berkuda 

2 comments:

al_hakim on June 20, 2011 at 1:37 AM said...

hurm..bgs lah..semoga istiqamah..

Ummu Athirah on June 20, 2011 at 8:12 AM said...

Kalau betul laa Erra bertudung terus, Alhamdulillah.
Kalau tak pun, kita doakan dia mendapat taufiq hidayah.
Tak perlulah nak kutuk-kutuk apa yg dia buat.
Cuma doakan utk kebaikan. Betul x?

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!