Monday, June 6, 2011

25 Kerja Tanpa Cuti Sakit

KOTA BHARU: Seorang kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) yang beribu pejabat di sini dikatakan tidak pernah mengambil cuti sakit sejak 25 tahun berkhidmat.

Mohd Fakri Mohamad Noor, 48, yang kini menjawat jawatan Ketua Komunikasi Korporat LKTN berkata, biarpun sakit, beliau seboleh-bolehnya tidak mahu mengambil cuti sakit biarpun ditawarkan oleh doktor. 

"Ramai kakitangan kerajaan atau swasta yang terlalu memburu cuti sakit bahkan dalam setahun banyak yang mengambil cuti sakit sehingga menyebabkan mereka dipandang negatif oleh rakan sekerja. 

"Mungkin sebab itu saya seboleh-bolehnya tidak mahu tergolong seperti ini. Hakikatnya saya manusia biasa yang tidak dapat lari dari sakit dan caranya ialah saya mengambil cuti kecemasan biarpun ditawarkan cuti sakit oleh doktor," katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Kakitangan LKTN 2011 di sini hari ini.

Pada majlis itu beliau menerima sijil penghargaan kerana satu-satunya pegawai LKTN yang tidak pernah mengambil cuti sakit selama 25 tahun berkhidmat. 

Baca Selanjutnya Disini : Berita Harian


  Wow , dasyatnya.. agak-agak korang yang lain lain boleh tak camni ? sanggup bertahan demam, selesema dan lain lain penyakit lagi untuk pergi kerja ? kalau ada memang dasyat la ! :p

2 comments:

SoLy SoLicious on June 6, 2011 at 10:31 PM said...

baik sungguh die

Abdul Farique on June 8, 2011 at 6:53 AM said...

@SoLy SoLicious: hahaha .. susah nak cari pekerja 'betul' macam ni :p

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!