Wednesday, June 15, 2011

Macam Mana Nak Bagi Orang Datang Kat Blog Kita ?

    Assalam kawan-kawan, macam mana nak bagi orang datang kat blog kita ? macam mana nak traffik blog? mana mana nak dapat reader kat blog ? macam mana nak bagi blog maju ? banyak geng-geng blogger yang bertanyakan rahsia dan strategi aku sehinggakan aku mampu mencapai lebih dari 10 user online pada waktu puncak. Ada banyak cara sebenarnya. Contohnya entry SEO, entry Tips, entry Toturial, entry Info dan entry gosip artis pastinya senang-senang je boleh kait traffik yang banyak.




   Bagi blog yang menceritakan tentang peribadi atau luahan hati, sedikit sukar untuk meraih traffik dan reader blog kita. Serius, dulu pun AF susah nak dapat visitor, traffik kat blog. Tapi alhamdulillah selepas ikut tips-tips dari otai, AF dah berjaya tarik readers dan traffik pun dah mula ok. Masa dulu blog AF penuh dengan entry peribadi. Sekarang ni je dah berubah haluan. Dulu buat satu entry, dalam sebulan entry tu 10/20 pageviews je. Kenapa ? sebabnya :-


1) Tak PING entry kat gengblogger, Facebook, Twitter, Bloggers Chat Room dan lain-lain.
2) Tak Blogwalking dah blog ke blog
3) Tak Komen entry terbaru blog ke blog
4) Blog tak mesra pembaca
5) Tak suka belajar dari blogger lain
6) Blog semak dengan widget-widget
7) Blog Ada lagu
8) Tak suka sertai dan aktif dengan kumpulan blogger




  Haa.. itu juga adalah menjadi punca kenapa blog kita jarang orang nak masuk. Jadi sama-sama la kita majukan blog dengan mengikut dan membuat semua langkah-langkah di atas supaya entry personal kita paling koman mempunyai 100/200 pageviews sebulan. Tak percaya ?..cubalah. Bab ni masih panjang lagi, InsyaAllah kalau ada masa aku akan kongsikan tips-tips lagi ok. Assalam.

4 comments:

meer oppa on June 15, 2011 at 7:44 AM said...

thanx for the info...:)

mizzkechique on June 15, 2011 at 9:01 AM said...

saya jarang ping entry sy...

Sis Nana on June 16, 2011 at 8:57 AM said...

saye suke yang part 3 ngan 6 tue...huhu...kalo stakat rajin blogwalking je wat pe...x bace entry blogger tue pon..juz lalu lalang...atleast kne la bace n komen...tol x???kalo banyak sangat widget pon menyusahkan...loading lme giler...seb bek wifi kat tmpat saye ni ok...wokey peace~~~

khatgrafik on October 6, 2011 at 10:34 AM said...

@Sis Nana Setuju dengan sis :)

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!