Tuesday, June 14, 2011

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditepi Bangunan

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di tepi bangunan di Platinum Walk, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak di sini, petang tadi. 

Bayi yang masih hidup dan bertali pusat itu ditemui orang ramai kira-kira jam 3 petang tadi yang memaklumkannya kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan.

Nair Sagar, 19 ketika ditemui pemberita, berkata beliau dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang lelaki yang hendak meletakkan kenderaannya di berhampiran bangunan itu.
"Saya melihat bayi itu dibaluti beg plastik dan baju T warna merah serta dibungkus dengan kertas surat khabar dan diletakkan di tepi kelab malam yang juga merupakan laluan ke tempat letak kenderaan di bangunan itu," katanya. 

Kasihan melihat bayi yang ditinggalkan di tengah panas itu, Nair kemudiannya mengambil payung untuk melindungi bayi malang berkenaan sebelum menghubungi polis. 

Polis dan anggota paramedik tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan bayi terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran. - BERNAMA



Sumber : Bharian

5 comments:

Blogger Melayu Jawa on June 14, 2011 at 12:44 AM said...

herm kat kampung saya pun baru2 ni 2 bayi dibuang kat kampung saya. manusia durjana mana ar yg buang bayi tu erk...

SoLy SoLicious on June 14, 2011 at 1:08 AM said...

eeii...tak berhati perut langsung!!

ZWAN SABRI on June 14, 2011 at 1:27 AM said...

Aiseyh, kesian baby tuu.. orang yang xde anak, sanggup bwat macam2 untuk dapat anak.. tp depa yg dikurniakan anak ni plak main buang2 jer.. x besyukur langsung. HUHU

MySuaraBlog: Perhimpunan BERSIH : Bersih Sangat Kah?

Mss Ieza on June 14, 2011 at 2:02 AM said...

pancong je spe yg buang baby tu =='

alyaclumsy on June 14, 2011 at 2:56 AM said...

dah biasa dah kes buang bayi ni kat malaysia. sedih kan :'(

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!