Friday, July 22, 2011

SINOPSIS BINI-BINIKU GANGSTER 2011 | VIDEO TRAILER

SINOPSIS BINI-BINIKU GANGSTER 22 SEPTEMBER 2011 - VIDEO TRAILER


 Bini-biniku gangster ! Haiya.. Ganas title.. Itulah nama bagi filem baru, Bini-Biniku Gangster yang akan menemui penonton pada 22 September 2011 ini. Filem ini adalah terbitan dari Metrowealth Pictures yang diarahkan oleh Ismail 'Bob" Hasim. Aku nak berkongsi sinopsis dan trailer filem ini yang dibintangi oleh :-




Shaheizy Sam | Herry ( Pelakon utama )
Yana Samsudin | Manja ( Pelakon Utama )
Intan Ladyana | Reanna ( Pelakon Utama )
Zul Handyblack | Muza ( Pelakon Pembantu )

   Filem ini berkonsepkan aksi dan komedi dan pastinya filem ini mampu membuatkan penonton gelak terbahak-bahak dengan aksi-aksi lucu. Huahuahua XD






Kalau anda nak tahu lebih lanjut lagi mengenai filem ini,sila layari facebook Bini-Biniku Gangster .

  SINOPSIS DAN TRAILER BINI-BINIKU GANGSTER
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. 

Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.



Jangan lupa saksikan filem Bini Biniku Gangster gabungan 3 pelakon utama yang cukup hebat iaitu Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana akan mengemparkan pawagam pada 
22 September 2011!!!


Nota : Tengok trailer tadi, perghh ganas gila ! XD


Sumber Info : Encik Nakal


Tags : sinopsis bini biniku gangster 2011, bini biniku gangster 22 september 2011, bini biniku gangster 2011 trailer, video trailer bini biniku gangster 2011, trailer bini biniku gangster 2011, sinopsis bini biniku gangster 22 september 2011, bini biniku gangster 2011, download video bini biniku gangster 2011, video bini biniku gangster 2011, download bini biniku gangster 2011, download youtube bini biniku gangster 2011.

3 comments:

Unknown on July 22, 2011 at 12:58 PM said...

best ke tak eh? hehe

deeya on July 22, 2011 at 1:01 PM said...

muahahah ! tngok video tu cam best jer .

Puan Kutu on July 22, 2011 at 4:26 PM said...

citer nie macam best.tggu tonton online la.huhu..

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!