Sunday, July 3, 2011

Senangkan Kalau Manusia Saling Memahami..

     Assalam kawan-kawan. Susah kita nak memahami seseorang itu jika kita tidak memahami diri sendiri. OK entry aku kali ni berkaitan dengan saling memahami. Memang susah untuk kita memahami niat seseorang dan memang susah untuk mencari orang yang memahami kita. Serius, aku juga susah nak memahami orang lain. Kalau lah waktu esok sama seperti hari ini, akan aku perbaiki setiap salah silap diri ni. Tapi ye la kan, Setiap apa yang terjadi telah tertulis. 




   Kita adalah insan yang menjalani kehidupan yang telah ditakdirkan jalan hidup masing-masing. Kenapa aku perlu melalut lebih ? lari dari topik dah. Hehe. Kalaulah diri ini mampu memahami hati dan perasaan seseorang , tak nak sekali pun aku menyakiti hati mana-mana pihak. 







   Aku tak mampu, aku tak mampu faham perasaan seseorang. Aku tak mampu faham keadaan seseorang dan aku tak mampu faham hati seseorang. Adakah kerana alasan tiada manusia yang sempurna ? Tidak sesekali bagi aku kerana alasan itu akan menjadi alternatif untuk menjadi lebih ego sebenarnya.




   Cuma satu yang ku pinta, diri ku kecil. Sama-sama kita membimbing diri kita, sama-sama kita saling memahami. Aku sedar akan kekurangan diri, dan aku perlukan seseorang untuk mengisi kekosongan ini. Aku tak sempurna tapi aku mampu untuk buat yang terbaik. Aku mampu tapi aku tak berdaya sebab aku tak jumpa lagi dimana baik buruk aku. Serius aku rasa entry ni lari topik. Entah la dah masuk mana da. Serius otak dah pening , fikiran dah bercelaru , sebelum aku masuk topik 'jagalah kebersihan kampung kita' , lebih baik aku stop kat sini. baik la , aku stop..





   Satu je kesimpulan yang aku nak tonjolkan kat sini adalah, tak sempurna bukanlah segugus alasan untuk melindungi keburukan dan keegoan diri sendiri...

6 comments:

Siti Safiyyah on July 3, 2011 at 1:13 AM said...

sebut pasal tak sempurna tu, teringat salah satu entri JT baru2 ni. tak sempurna tak bermakna kita perlu duduk diam tanpa ubah apa2. maksudnye kat sini, kita mungkin rasa kita tak memahami orang. tapi apa kata kita cuba memahami diri kita dulu barulah kita boleh paham orang lain.. ^__^

Budak Botak on July 3, 2011 at 2:57 AM said...

Btol tue, kita kena la kenal diri sendiri dulu...

Entry terbaru -> Dibogelkan Depan Orang Ramai - Apa Perasaan Korang Kalau Kena?... (",)

Nilam suhana on July 3, 2011 at 3:54 AM said...

ya..ketidaksempurnaan insan bukanlah alasan untuk dia tidak cuba mencari kesempurnaan... kita x bleh menjadi sempurna dengan diri kita... tapi kita mampu menjadi sempurna jika itu kuasa yang Esa...
dengarlah bisikan hati kita... dan lihatlah mata seseorang itu... maka cubalah selami apa kata hatinya... :)(kdg2 gagal juga memahami apa yang terbaik untuk seseorg) :(

++nOTy guGUrL++ on July 3, 2011 at 9:02 AM said...

fikiran manusia lain2.......kdg2 semakin kita cuba memahami seseorg tue,semakin hati kita terluka....sbb satu pihak je yg akn cuba memahami yg lg satu pihak.....kita faham die....tp die faham diri kita x????semua tue sentiasa berlaku di sekeliling kita......

Puan Kutu on July 3, 2011 at 12:03 PM said...

serius tak faham apa.haha..sory..:)manusia sedangkan kepala bermacam warna,inikan pula hati..klu dh lain2,tentu kefahamannya lain2.so camna nak saling memahami kan?

DROPDEAD GORGEOUS on July 4, 2011 at 2:44 PM said...

ha ah,mmg lari topik but still ada makna ;)

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!