Wednesday, July 6, 2011

Kapten Liverpool, Steven Gerrard Tak Ke Malaysia 16 Julai Ini.

PEMINAT tanah air yang ghairah menunggu kelibat kapten Liverpool, Steven Gerrard menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai 2011 ini boleh melupakan impian besar itu. 

Semalam, pemain England berusia 31 tahun itu yang sepatutnya berlepas bersama pasukan Ahad ini mengesahkan dia terpaksa menarik diri daripada Jelajah EPL Asia 2011 untuk menyambung program pemulihan di Melwood selepas pembedahan akhir musim lalu.





“Saya minta maaf tidak dapat bersama peminat kami di Malaysia dan China,” kata Gerrard kepada laman web kelab (www.liverpoolfc.tv), semalam. “Saya sudah lama menunggu saat kunjungan ke Asia dan bertemu peminat setia secara lebih dekat.”
Sementara itu, pengurus pasukan, Kenny Dalglish turut menyuarakan rasa kecewa dengan perkembangan terbaru itu. 





Baca Selanjutnya Di : Bharian


   Nampaknya, para peminat You Never walk alone terpaksalah melupakan hasrat untuk berjumpa kapten liverpool tu. Huhu, mesti pasrah. Tapi lain-lain rasanya masih ada. Paling kegemaran lah, Luiz Suarez. Pengganti Fernando Torres tu. 16 Julai ni, rasanya boleh tak nak turun Bukit Jalil ? huhu .

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!