Tuesday, July 5, 2011

Dunia Ini Bagaikan Mimpi Indah Bagiku..

     Assalam kawan-kawan, saja nak buat entry peribadi. Orang lain buat aku pun nak buat jugak. ishh suka tiru. Oh dunia, banyak dugaan dan cubaan ku tabah tempuhi. Alhamdulillah, tabah menghadapi bertahan sehingga ke hari ni. Malam meraba aku dalam kegelapan. Mencari maksud yang tersembunyi. Siang aku terlena, dihiasi mimpi-mimpi yang kadang kala mengembirakan aku.




   Mengapa hidup susah selalu ? apa maksudnya semua ini ? Huhu , kesengsaraan membawa maksud derita, penderitaan biarpun hapus tiada lagi didunia ini. Sorry dah macam lagu dah mendengarnye . Haha. Cukuplah semua cerita , tapi itu bukannya mahuku. 











   Dunia ini bagaikan mimpi indah bagiku bila ada yang menyinari hatiku dan bila hati gelap gelita, lain pula ertinya. Maka, kita selalu menyalahkan sesuatu untuk memuaskan rasa hati. Simpankanlah perasaan itu, tanpa semua ini kita takkan mampu mengenal siapa diri sendiri. Aku mula belajar mengenali siapa aku, dimana asal aku. 






   Sang suria dan sang purnama tersenyum melihat kita. Kita diberikan nikmat dan kelebihan. Tapi sering saja menyalahkanNya. Entah, bukan semua. Tapi itu yang selalu. Takdir jodoh bukan ketentuan kita, tapi kita selalu buat pandai sendiri. bukan semua, tapi itu yang selalu. Kita selalunya menganggap kita hebat, bila ada masalah kita jatuh. Hebat ke ? bukan semua, tapi itu yang selalu.






   Dunia ini bagaikan mimpi indah bagiku, kerana aku tahu . Dunia hanya pinjaman, kehidupan hanya pinjaman, kelebihan hanya pinjaman, kekuatan hanya pinjaman. Tak ingin aku, sia-sia kan kehidupan ini buat kali ke dua. Biarpun perit perjalanan hidup , biarpun manis ku rasainya sekali lagi .. Itu hanyalah kenangan, pengalaman dan pengajaran untuk hari yang seterusnya. Maka benarlah .. dunia ini bagai mimpi indah... Bagi ku :)




hanya entry peribadi , tiada kaitan dengan soal siapa,  :)

6 comments:

Fadzlin Basir on July 5, 2011 at 12:32 PM said...

assalamualaikum....AF,,betul tu dunia hanya pinjaman...sebab tu kita kena jg barang pinjaman ni baik2...no worry...stiap apa yg ditetapkan Allah ade hikmahnya =)

Lya Amie on July 5, 2011 at 8:41 PM said...

whoaa ayat bunga bunga mekar harum mewangi tuh .. hehe ^^

++nOTy guGUrL++ on July 6, 2011 at 12:53 AM said...

sekali sekala encik AF kita nie berpuitis r pulok.....setiap bait2 kata begitu syahdu....huhu....terjiwang plak time2 mcm nie an.....

admin on July 6, 2011 at 9:27 AM said...

@LemonSusu Skyjuice: itulah .. jadi , kita jagalah barang-barangNya . jangan sia-siakan . Seolah-olah kita tak menghargai sesuatu pemberian oleh Tuhan. Akal dan fikiran telah dikurniakan , kita sendiri yang tahu menilainya :)

admin on July 6, 2011 at 9:27 AM said...

@alia azmi: sekali sekala berpuitis kadang kala menghiburkan hati jugak :P

admin on July 6, 2011 at 9:28 AM said...

@ nOTy guGUrL : hehehehe .. kalau terlebih mendalami maksud disetiap bait2 kata , memang confirm2 terasa jiwangnya XD

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!