Wednesday, July 6, 2011

Alhamdulillah , Aku Masih Bernafas :)

     Assalam kawan-kawan , terkunci mata titisan peluh menitik ke badan. Begitulah sukarnya untuk aku bernafas selama ini. Senang menjalani kehidupan tetapi susah untuk menghadapinya.    Bila ditanya soal hidup mati, pastinya berbagai persoalan bermain-main difikiran. Tak semua orang menerima takdir yang sama, tak semua orang melalui jalan yang sama.




   Jalan kita tak selalunya lurus, pasti ada yang menghalang. Begitu juga dengan kehidupan, pasti sahaja dugaan dan cubaan mengusik dan menguji semangat,kekuatan dan ketabahan kita. Walaupun tak selalu aku mampu bertahan, tapi Alhamdulillah .. Aku masih mampu untuk bernafas lagi.







   Maknanya , aku diberikan peluang lagi untuk bertahan dan tabah menjalani episod hari. Kita mampu sebenarnya, cuma saja-saja buat tak mampu. Kita mampu cakap kita terbaik , kita boleh, kita mampu tapi sebenarnya kita hanya mampu bercakap sahaja. Tak semua tapi itu yang selalu.




   Suratan takdir penentu segalanya, keadaan dan waktu mengubah haluan masa. Kita adalah ibarat manusia yang dahagakan air di padang pasir. Terkapai-kapai mencari sungai.. Untuk menghirup air. Kekuatan dan ketabahan yang menjadi tenaga untuk kita meneruskan perjalanan mencari sungai. Itu lah ibaratnya, kehidupan ini .. Unik. Sangat Unik.. Banyak perkara yang belum kita mampu terokai lagi. 




   Aku selalu jatuh, aku selalu hampa, aku selalu tersesat.. aku selalu hilang arah tuju.. aku selalu salah, aku selalu menyusahkan, aku selalu buat silap.. Tapi Alhamdulillah , Aku masih mampu untuk bertaubat , aku masih mampu untuk meminta maaf, aku masih mampu untuk mencari jalan pulang, aku masih mampu untuk perbaiki diri .. untuk pada ketika ini, disaat ini, di waktu ini .. kerana , pada ketika ini , AKU MASIH BERNAFAS , jadi patutkah aku mensia-siakan peluang ini ? :)




Harap maaf , AF tak buat Wednesday Wordless :)

4 comments:

Nurulee on July 6, 2011 at 10:33 AM said...

Don't despair and never lose hope cause ALLAH is always by your side, InsyaALLAH. :)

deeya on July 6, 2011 at 12:51 PM said...

hidup tanpa dugaan takkan rasa nikmat kehidupan yang sebenar .. kalah menempuh ujian bukan bermaksud kite mengalah , tapi kalah cume selingan sekejap jer untuk kite bangon semula lepas kite jatuh ^__^

Abdul Farique on July 6, 2011 at 1:27 PM said...

@Nurulee: wow.. Bila Nurulee speaking , AF jadi sayoq . Hahaha XD

Abdul Farique on July 6, 2011 at 1:28 PM said...

@deeya: waa ... btul tu. Tanpa itu semua kita akan gugup di tengah hari :D

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!