Monday, July 18, 2011

Alhamdulillah, Sedar Itu Satu Kebaikan.

     Assalam kawan-kawan, episod kali ini mengenai sedar. Bukan senang kita nak sedarkan orang lain dan bukan senang untuk kita sedarkan diri kita sendiri kerana kita sendiri sedar sesuatu perbuatan itu salah tetapi kita saja saja buat tak sedar, begitulah sebaliknya bagi insan lain. Tapi tak kesemuanya begitu. Alhamdulillah, sepanjang apa yang aku menulis dan aku kongsikan kat blog ni, rupanya telah berjaya menyedarkan seseorang.






    Kawan-kawan, siapa yang tak nak tengok kawan-kawan berjaya.. tak kira di dunia dan diakhirat, kejayaan itu pasti ingin kita capai. Tapi kalau kita masih tak sedar siapa diri kita, pasti tak berjumpa dengan baik buruk diri kita ini. Bukan nak mengukur keburukan dan kebaikan diri kita, tetapi mahu memperbaiki keburukan dan menambah kebaikan sepuas-puasnya. Bukan senang kalau tiada usaha, bukan susah kalau ditambah keinginan.







    Akal dan fikiran adalah anugerah Allah S.W.T., perlukah kita mensia-siakan kelebihan ini? Gunakan dengan cermat dan sebaik-baiknya. Tak perlu tunjuk baik dengan orang lain, hanya berbuat baik dengan orang lain . Tak perlu membesarkan diri dengan kawan-kawan, hanya merendah diri kerana kita adalah hambaNya. sebesar manapun kita didunia, kecil lagi kita ini dengan Allah S.W.T. 






    Biarpun susah menemui titik noktah kebaikan, usaha kearahnya pun sudah menjadi satu kebaikan. Usaha, doa kepada Tuhan adalah perlu. Berbudilah kepada manusia, berbudilah kepada haiwan, berbudilah kepada tumbuh-tumbuhan. Sayangilah ciptaan Tuhan, sayangilah diri sendiri kerana SEDARLAH BAHAWA KITA ADALAH HAMBA ALLAH S.W.T.

1 comments:

amir aizat on July 18, 2011 at 11:22 AM said...

wah bagus nya! thumbs up laa

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!