Friday, June 10, 2011

Pelakon Rozita Che Wan Masuk Wad


KUALA LUMPUR: “Mulanya saya ingat penat biasa sehinggalah rakan menegur ketika menjalani penggambaran mengatakan mata saya kelihatan kuning,” kata pelakon jelita, Rozita Che Wan yang dimasukkan ke wad Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, dekat sini, kerana menghidap demam kuning.




Rozita, 38, bagaimanapun dibenarkan keluar kira-kira jam 6 petang semalam selepas mendapat rawatan sejak Ahad lalu. 


Menurutnya, sebelum dimasukkan ke wad, dia terasa letih dan lemah ketika menjalani penggambaran drama.

“Mungkin saya sakit disebabkan tekanan selain kurang berehat. Saya juga perlu menjalani pemeriksaan setiap hari bagi memastikan benar-benar pulih daripada sakit,” katanya ketika dihubungi semalam.



Dia berkata, doktor turut menasihatkan dia tidak bekerja untuk sekurang-kurangnya dua minggu tetapi dia terpaksa memendekkan tempoh rehat itu bagi meneruskan penggambaran drama Anissa untuk slot Samarinda TV3, Sabtu ini.



Sumber : Harian Metro


  

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!