Monday, January 31, 2011

Ubat Tonik Hilangkan Tension / Stress

Pinjam dari encik google



Hidup kita ini tidak lari daripada masalah dan akan menyebabkan stress dan tension mulai wujud dalam dalam diri kita. Ini akan menganggu fizikal,mental dan rohani kita jika tidak dikawal dengan cara yang sebenarnya. Sukar untuk saya memperjelaskan tentang stress atau tension ini tapi, Saya yakin dan percaya setiap penyakit ada ubatnya. Begitu lah jua harapan saya dengan 'penyakit' tension ini .


Hasil daripada kajian, Saya dapati 9 daripada 10 orang di Malaysia sukar untuk menyelesaikan masalah dan mengalami tension kerana salah satu puncanya adalah tidak mempunyai sifat percaya diri dan kurang semangat dari segi kerohanian. Inilah punca masalah ini menjadi berat dan merusingkan terus menyebabkan mangsa menjadi haru biru, mula mencuba benda baru dan wujudnya perkataan perkataan putus asa dalam diri mereka .


Topik ini juga berkait rapat dengan cerita DUGAAN. Dugaan yang ALLAH S.W.T. berikan kepada kita. Jadi saya mengambil sedikit petikan daripada artikel saya untuk memahami. ''Kita hidup didunia tak lari dari dosa kerana kita bukanlah manusia yang sempurna. ALLAH S.W.T. amat meyayangi kita lalu memberikan BALASAN dan DUGAAN secepatnya didunia dengan memberi BALASAN seperti pemergian isan tersayang, memberi masalah, dan sakit''.



Ayuh Kita Read More ye :)





Pinjam Dari Encik google

Apa yang harus dilakukan jika kita mendapat Dugaan, kita harus memperbanyakkan taubat, istifar, dan memohon keampunan dariNya. Saya yakin dengan cara ini kita mungkin dapat 'handle' tension kita dan isyaAllah mudah mudahan penyakit ini akan beransur pulih jika kita terus dan terus selangkah mendekati ALLAH S.W.T.


Nasihat saya janganlah bila ditimpa masalah dan menyebabkan kerunsingan, Kita cuba mencari kebahagiaan dan keseronokan dengan tambahkan dosa. InsyaAllah dari berkat kesabaran dan keredhaan atas menempuh DUGAAN dan masalah akan diberkati oleh ALLAH S.W.T. InsyaAllah, berbuat baik akan dibalas baik .




 Sesungguhnya Allah selalu menguji keimanan dan kekuatan hati kita. Tapi disini berhentinya di dua simpang. Dari sudut motivasi, Menyelesaikan masalah tanpa stress dan tension akan memberikan impak dan kesan yang besar untuk kita mencari jalan keluar dengan minda yang yakin dan semangat yang teja daripada membuat keputusan yang terburu buru yang mudah menyebabkan kesilapan besar mungkin berlaku kerana keputusan itu dibuat dalam keadaan penuh emosi . Mudah mudahan kita sama sama manfaatkan artikel ini. Amin .

(Artikel mengenai DUGAAn itu bertujuan untuk memberikan keterangan dan kefahaman bagi menyampaikan gambaran tentang sesuatu yang dialami atau dalam bahasa ringkasnya adalah 'DESKRIPTIF' .


  P/S : Disclaimers : Artikel ni 100% buatan Abdul Farique . Bukan Copy Paste ok !!

8 comments:

Anonymous said...

As salam...info yg bagus Farique...hidup nie penuh dugaan dan cabaran....

admin on January 31, 2011 at 3:38 AM said...

@►AdamXis◄ : tenkiu bro adam . yap betul tu . ye la kita ni manusia biasa ..

cik ain on January 31, 2011 at 10:08 AM said...

yup betul sgt2.cik ain jadikan kedua ibubapa sebgai tmpat mencurahkan kekusutan hati.Biasanya hati akn tenang dan keyakinan diri brtmbah pabila mendengar pndpt mereka.kdg2 mereka hanya mendengar dan itu sudah cukup melegakan.rasa tension blh hlg mcm tu sajer....

admin on January 31, 2011 at 10:11 AM said...

@cik ain : huu , betul tu . :)

nur aisya humaira on January 31, 2011 at 8:04 PM said...

Assalam AF...sangat berkenan dgn header AF tu..wakaka..

Bile stress,kte harus bertindak dengan bijak...bak kate DR HM Tuah, bagun pagi dengan berfikiran posotive sbb ia akan mempengaruhi minda kita pada hari itu...
Andai kte tdk +ve, segala kerja yg kita lakukan pada hari tersebut tidak akn memgembirakan kita...:)

Senyum selalu, senaman yg tdk berbayar disampg mengelakkan kita jdi stress...:)

Unknown on January 31, 2011 at 10:21 PM said...

Wah, nice article! :D

admin on February 1, 2011 at 12:02 AM said...

@nur aisya humaira : ye betul . kita haruslah berfikiran positif . kalau negatif benda apa pun takkan jadi :P

admin on February 1, 2011 at 12:02 AM said...

@FATIN SYAFIQA : thanks yea :p

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!