Thursday, May 26, 2011

Pelajar Dipukul Rakan Sekolah | Terima Tujuh Jahitan

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Bukit Tunggal di sini, menerima tujuh jahitan di telinga kiri selepas didakwa dipukul seorang pelajar tingkatan satu dari sekolah yang sama.

Ibu mangsa Fatimah Ngah, 54, berkata dalam kejadian kira-kira 1 petang semalam, anak bongsunya, Abdul Rahman Abdul Ghani sedang duduk di dalam kelas sementara menunggu peperiksaan pertengahan tahun. 

Bagaimanapun, secara tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki dari kelas lain, terus menyepak di bahagian pipi kanan dan menyebabkan mangsa rebah lalu terkena cermin tingkap. 

Selepas dipukul, mangsa dikatakan menghubungi abangnya bagi memaklumkan tentang kejadian itu dan terus dibawa pulang ke rumah di Kampung Bukit Kandis, di sini. 

Baca Selanjutnya disini : Berita Harian


  Bagusnya pelajar-pelajar sekarang , datang ke sekolah asah bakat . Esok besar boleh masuk WWE ....


tags : pelajar dipukul di terengganu, pelajar terima tujuh jahitan, pelajar bergaduh disekolah, pelajar dibelasah disekolah, pelajar terima tujuh jahitan dipukul, pelajar dipukul rakan sekolah.

4 comments:

Puan Kutu on May 26, 2011 at 11:06 PM said...

budak skang macam2..pening2...

Mss Ieza on May 26, 2011 at 11:14 PM said...

aiyakk..bdk2 skung smakin mnganas ..
tlbey tgk cite aksi nie =='

admin on May 27, 2011 at 5:42 AM said...

@Puan Kutu:itu la , gaduh sana gaduh sini .. fuhh bahaya la..

admin on May 27, 2011 at 5:43 AM said...

@Mss Ieza: diorang saja nak ikut cita WWE la tu =.="

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!