Sunday, April 24, 2011

Luahan Hati Seorang Pejuang

     Salam kawan-kawan . Entry kali ni mengenai kisah seorang pejuang . Sebenarnya kita pun adalah seorang pejuang walaupun tanpa kita sedar . Banyak maksud yang boleh membawa kita sebagai seorang pejuang . Sebenarnya , semua manusia adalah pejuang . Cuma kategori pejuang yang mengasingkan kedudukan kita . 



   Bercerita mengenai Pejuang , banyak maksud yang ingin aku luahkan . Kita mudah layu dan terikut oleh kata-kata hati dan nafsu kita . Apabila kita mampu melawan nafsu kita , maka kita layak digelar Pejuang . Salah satu contoh yang tak berapa orang nampak .


   Semua orang pasti ada melakukan pengorbanan tak kira dari segi apa pun . Kerana suratan takdir dan dugaan pasti akan menimpa kita . Maka marilah kita berjuang menerima hakikat dan berjuang untuk meneruskan perjalanan . Setiap hari yang kita lalui adalah perjuangan kita . Tewas atau menang , kita tetap pejuang . Marilah kita menyelami Luahan Hati Seorang Pejuang ni .





   '' Assalam . Aku adalah seorang insan yang biasa . Aku hanya hidup bersama adik dan ibuku . Aku berusia 18 Tahun . Aku pula tidak bersekolah kerana kesempitan hidup . Kehidupan aku serba sederhana . Ibuku pula sakit tenat . Adikku pula berusia 13 tahun dan mula melangkah ke alam remaja . Aku hanyalah berkerja sebagai pembantu di kedai runcit . Gaji aku hanya RM25.00 sehari . Ayah aku dulu hanya seorang usahawan kecil . Sekarang telah pun menjadi  seorang pengurus di sebuah syarikat besar . Tapi selepas ayah mula berjaya , Ayah tinggalkan kami dan telah bercerai dengan ibu . 


  Ayah lupa janji-janji ayah . Ayah kini telah berkahwin lain . Alhamdulillah , keluarga ku tetap berjuang untuk menerima dugaan ini . Ibuku tetap meneruskan perjuangan hidup walaupun tanpa ayah . Setiap hari wang dari hasil aku berkerja lah yang digunakan untuk membeli ubat ibu , makanan serta duit sekolah untuk adik . Tak ingin aku meminta-minta simpati kepada orang lain . Sia-sialah aku dibesarkan sebagai seorang lelaki yang sihat , tapi mahu pula meminta-minta .



  Walaupun aku tidak berjaya dalam kehidupan , tapi aku mahu adik lelaki aku berjaya dan mengecapi keinginan hidup . Suatu hari , ibuku mula sakit teruk . Ibuku dimasukkan ke hospital . Untuk menyara perbelanjaan ibu dihospital , aku terpaksa mencari kerja lebih . Pagi aku berkerja di kedai runcit , malam aku berkerja sebagai pengawal keselamatan . Walaupun agak penat , aku tetap mahu mencari wang yang banyak untuk menampung berbelanjaan ibuku di hospital . 


   Takdir Tuhan , ibuku telah menghembuskan nafas terakhir setelah 1 minggu di hospital . Sebak dan pilu dihati aku hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya kehilangan seorang ibu . Kini tinggallah aku dan adikku sahaja . Kehilangan ibu membuatkan aku sudah tiada semangat lagi . Aku dah tiada hala tuju . Oleh kerana masa depan adik , aku teruskan perjuangan untuk menyara kehidupan adikku pula . 


   Setelah setahun aku menjalani kehidupan tanpa seorang ibu , aku mula belajar untuk berdikari sendiri dan kini aku menjadi usahawan kecil diatas bantuan rakan-rakan ku . Ada masanya aku rugi ada masanya aku untung . Diatas perjuangan ku terhadap adikku , adik ku mula menunjukkan prestasi akademik yang baik . Kini adikku telah berusia 15 tahun . Adikku akan menjalani peperiksaan Menengah Rendah pada tahun ni . Aku cuba memberikan sedikit perangsang untuk adik ku supaya lebih fokus untuk pelajarannya . Walaupun aku tidak cukup modal untuk perniagaan ku , aku cuba melengkapi barang-barang persekolahan adikku . Aku tetap membeli buku-buku rujukan untuk adik gunakan .


   Setelah PMR berlalu dan keputusannya keluar , adik berjaya berjuang untuk mengembirakan hati ku . Adik ku telah mendapat keputusan yang cemerlang . Kalaulah ibu ada , pasti ibu akan gembira melihat kejayaan adik . Tapi apakan daya , adik hanya dapat menumpang kasih pada aku saja . Perniagaan aku pula mula merosot . Adik lah yang memberi semangat buat aku . Suatu hari ketika adik keluar ke kedai , tiba-tiba sesuatu yang buruk menimpa adik . Adik telah dilanggar kereta semasa perjalanan pulang . Adik telah dimasukkan ke hospital . Adik dimasukkan ke wad ICU kerana masih koma diatas pertempuran yang kuat dibahagian kepala . 


   Sekali lagi aku menanggung kesedihan . Setelah hari hari berlalu , kini adik aku pula telah pergi mengikut jejak arwah ibuku . Aku tak mampu teruskan perjuangan dan perjalanan hidup ini . Aku sudah tiada siapa lagi selain ayah kandungku . Tapi ayah hilang entah kemana . Diatas kawan-kawan yang memberi semangat dan Hikmah Tuhan , aku tetap meneruskan PERJUANGAN hidup ini walaupun sunyi dan sepi tanpa arwah ibu dan arwah adik . Aku tetap terus mendoakan kesejahteraan arwah ibu dan arwah adik disana . 


   Walaupun tanpa arwah ibu dan arwah adik , aku tetap JUANGKAN kasih sayang aku kepada mereka . Kini aku berjaya menjadi usahawan yang cemerlang . Aku tetap merindui ibu dan adikku . Jangan risau ibu dan adik , aku tetap berjuang dalam hidupku . nantikan aku disana ya . Assalam . ''




  Nota : Sesungguhnya dugaan dan ujian dari Tuhan pasti ada hikmahnya . Teruskanlah perjuangan hidup kita walaupun tanpa insan tersayang disisi . Pasti percaya Tuhan disisi kita . Kita tetap digelar PEJUANG didunia ini kerana setiap hari pasti kita akan menerima dugaan dan ujian . Anggaplah dunia ini sebagai satu medan gelanggang dan kejayaan kita pasti akan ditabalkan diakhirat nanti . Cuma yang membezakan kita adalah BERJUANG melalui jalan yang salah ataupun jalan yang benar . Setiap apa yang baik dari perjuangan kita pastinya akan dibalas dengan baik . Assalam :)


CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA . HANYA UNTUK TAULADAN .

21 comments:

►AdamXis◄ on April 24, 2011 at 11:31 AM said...

assalam...sayunya cerita nie...kisah benar AF ke?atau org lain?...jika benar, harap dapat bersabar...teruskan hidup, tentu ada perancangan yg lebih baik dari Allah SWT.sabar yer...pahala yg besar dijanjikan Allah...dugaan nie berat bagi adam...kagum dgn semangat insan dlm cerita nie...semoga beliau berjaya dlm hidup didunia dan akhirat.amin

nur aisya humaira on April 24, 2011 at 11:36 AM said...

blh jdi sbgai motivasi cite ni..

misS FEeza macho ! on April 24, 2011 at 11:47 AM said...

oh oh T . T tisu please sob sob

NARDtheNERD on April 24, 2011 at 11:55 AM said...

hidup ini jihad...
jihad menentang yang negatif..
:)

Abdul Farique on April 24, 2011 at 11:57 AM said...

@►AdamXis◄: adamxis , ini hanya cerita je :( . tu la kan , AF lau jadi camni entah la .. AF rasa AF pasti jatuh jatuh dan jatuh la . Tapi AF penah tgk orang camni . Sungguh kental hati dia :)

Abdul Farique on April 24, 2011 at 11:57 AM said...

@nur aisya humaira: thanks aisya sbb sudi baca :)

Abdul Farique on April 24, 2011 at 11:59 AM said...

@misS FEeza macho !: heree .. 20 sen mari . huhu :)

Abdul Farique on April 24, 2011 at 12:00 PM said...

@NARDtheNERD: sungguh benar .. berjuanglah untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain :)

Flow Cahaya Jannah on April 24, 2011 at 12:44 PM said...

alamak...sedihnya~ tabah sngguh dia..klu sy, entahlah xtau nak kata apa..apapun selagi masih hidup, selagi itulah perjuangan belum selesai..

fyy mokhtar on April 24, 2011 at 12:44 PM said...

af :) setiap yang jadi ade hikmah ok?? jgn sad tau :( < tapi nak nagis baca :(

ainina jelani on April 24, 2011 at 1:06 PM said...

erm, tak jadi pada kita kan, so tataw lah apa rasa hati tu. tapi, lepas baca entry ni, mcm dpt rasa kesedihan dia, err. dia tabah. dia mmg pejuang yang kuat. arwah mak n adik dia mesti bangga dgn dia sebab dia dh berjaya



INGAT, kita kene kuat, jangan jadi lemah. Walau kita hilang mak ayah serta keluarga, tak bererti kite hanya tinggal sorang diri. Kita masih ada Allah. dekatkan diri pada Allah. InsyaAllah kite takkan rasa keseorangan. Kita juga akan jadi tabah untk hadapi semua ini. kerna kita tahu Masih ada yang sayang pada kita, iaitu Allah.

Abdul Farique on April 24, 2011 at 1:12 PM said...

@Flow Cahaya Jannah: macam saya jugak , sy tak dapat gambarkan kalau sy camtu .. hancurla sy agaknya :(

Abdul Farique on April 24, 2011 at 1:13 PM said...

@fyy mokhtar: fyy , ini bukan tentang af le :) . tp af pun sebak walaupun AF yang tulis .. :(

Abdul Farique on April 24, 2011 at 1:14 PM said...

@ainina jelani: komen terbaik nina ! tu la kan . kita tak kena , kita tak merasa . entah la bagaimana nanti kan :(

Siti Safiyyah on April 24, 2011 at 2:04 PM said...

berat mata memandang, berat lagi bahu dia nak memikul kan? tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan dia.. cerita ni patut bagi pengajaran kat kita yang masih cukup segalanya berbanding orang lain.. :)

Abdul Farique on April 24, 2011 at 2:38 PM said...

@Siti Safiyyah: tiada guna kita kesal dgn takdir Tuhan kan :)

Mr.Kerro on April 25, 2011 at 5:49 PM said...

mati2 aku igt citer AF cis.. haha.. tp sedigh citer..huhu

Abdul Farique on April 26, 2011 at 2:58 AM said...

@Mr.Kerro: huhuu , sekadar satu cerita je :p . thanks membaca :)

Puan Kutu on April 26, 2011 at 10:59 AM said...

sedihnya cerita nie..tabah betul..

Abdul Farique on April 26, 2011 at 7:19 PM said...

@Puan Kutu: thanks puan Kutu kerna sudi membaca :)

BaTu^NiSaN on May 9, 2011 at 12:50 PM said...

nice.. entry...

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!