Monday, August 8, 2011

Gambar | Tanah Runtuh Di Tanah Rata Cameron Highland | 7 Ogos 2011

Gambar dan Berita Tanah Runtuh Di Tanah Rata Cameron Highland | 7 Ogos 2011


  Setelah kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat pada bulan Mei lepas, kali ini kita dikejutkan dengan satu lagi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di tanah rata, Cameron Highland pada pukul 5.45 petang tadi.




   Dikatakan ada seorang yang telah meninggal dunia dan dipercayai lebih ramai mangsa yang tertimbus. Berita selanjutnya :



''CAMERON HIGHLANDS: Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.

Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.

Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa.''

Read more untuk melihat gambar lokasi kejadian.



Sumber Gambar - Harian Metro
    Lagi gambar akan aku update disini lagi. Diharap bersabar. Semoga mangsa yang tertimbus masih selamat secepat mungkin . Amin .

*Update : sekarang dah 3 maut dan 3 lagi masih hilang.. Ya Allah selamatkanlah mereka..

''Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15, dan Ali Hassan, 50.
Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.'' - Berita Harian 



3 comments:

ZWAN SABRI on August 8, 2011 at 2:46 AM said...

astaqfirullah.. semoga dijauhilah perkara2 macam ni daripada terus berlaku..
btw, kesian kat orang2 asli tu..
HUHU

MySuaraBlog: Kenangan Singgah Sahur

Lunia on August 8, 2011 at 3:01 AM said...

7 julai atau 7 ogos ye..?

Anak wak mail on August 8, 2011 at 8:58 AM said...

harap2semuanya selamat..ni yang dekat dgn stesen bas ke??

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!