Friday, August 26, 2011

Aplikasi My Distress Di Telefon Pintar Untuk Cegah Jenayah!


Aku tertarik dengan berita mengenai Aplikasi My Distress ni. Memang kalau betul - betul menjadi.. AKu rasae memang dapat cegah jenayah.. Dapat jejak lokasi kita melalui GPS tu.. memang best laa.. Tapi untuk sape- sape yang memliki telefon pintar je laa.. 


Jom baca berita penuh..
Lebih 8,000 orang memohon dan mendaftarkan aplikasi isyarat jenayah di telefon pintar, "My Distress" yang dilancarkan Polis Selangor bagi membolehkan orang ramai mendapatkan bantuan polis semasa kecemasan.

Ketua Urusetia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kontinjen Selangor, Deputi Superintinden Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata sambutan menggalakkan yang diterima menunjukkan ramai kagum dengan aplikasi yang dilancarkan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada Rabu lalu.

"Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 8,305 orang, kebanyakannya dari Selangor mendaftar dengan aplikasi 'My Distress'," katanya hari ini.

Melalui aplikasi "My Distress" menerusi telefon pintar, orang ramai boleh menghantar isyarat kecemasan dengan menekan butang ikon pada telefon pintar. Isyarat itu dihantar terus ke Bilik Gerakan di ibu pejabat polis Selangor dan lapan balai polis daerah di negeri itu.

'My Distress' dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Global (GPS) akan membantu polis mengesan individu yang menghantar isyarat ke lokasi berkenaan.

Mohamed Mokhsein berkata, polis banyak menerima pertanyaan daripada orang ramai di luar Selangor memohon aplikasi itu diperluaskan ke negeri lain.

Beliau berkata, orang ramai perlu berhenti menguji keberkesanan aplikasi berkenaan dengan menghantar isyarat masalah remeh dan sebaliknya menggunakan aplikasi dengan bijak semasa situasi cemas dan yang mengancam nyawa. - BERNAMA

P/s:  Ada blog lirik baru dilancarkan.. Koleksi lirik pon dah jejak 200 lagu.. Dilancarkan secara rasmi semalam..

Jom lawat nak?? Lirik Lagu Free [dot]com

2 comments:

::ini belog saya . cinta hati saya:: on August 26, 2011 at 6:43 PM said...

fuyo hebat2

:)

ZWAN SABRI on August 26, 2011 at 7:18 PM said...

Selangor je ke? Penang camna? HUHU


MySuaraBlog: Segmen Di Mana Anda Beraya Tahun Ini Bersama Phat Corner

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!