Wednesday, February 9, 2011

Kisah Aku , Cinta Dan Valentine .

   Salam , kali ni aku kongsi sedikit entry mengenai dan berkaitan dengan cintan-cintun ni . Setengah Terlalu memilih , Setengah terlalu mengada ngada . Yang dimahunya lelaki tampan , berduit . Yang buruk pun disesahnya , tetapi berduit . Duit duit duit , segalanya hanya dengan duit . Wanita kebanyakannya pada zaman ini , tidak menyintai demi hati yang suci , tetapi menyintai demi rupa dan wang yang suci . Akibatnya , terlalu mencintai wang hingga sanggup menyerahkan apa saja yang bertakhta pada mereka .

Sekadar Gambar Hiasan

   Aku jua terdengar cerita cerita yang sebegini rupa berulang ulang kali . Tetapi yang tak berapa lawa pun memilih juga . Ini lah nafsu dunia , tidak bermata , tidak bernyawa .Aku juga mempunyai sedikit pengalaman dalam cerita sebegini . Tetapi tak nak aku mahu aibkan orang yang sudah tiada lagi di dunia ini . Mungkin ini bagi pendapat aku , aku banyak bercerita tentang wanita . Ye la aku lelaki , jadi aku luahkan pandangan aku selama ni terhadap golongan wanita ( Tapi bukan semuanya Ok ! ) .

Read More ye :)



   Tapi kadang-kadang lelaki pun ada macam ni juga . Ada yang suka makan duit aweknya . Huhuhu , peliklah dunia sekarang , Maklumlah Kiamat Nak Dekat . Macam-macam perkara pelik dah terjadi . Bagi aku ianya lebih sempurna kalau kita bersikap sederhana saja . Kan Islam menggalakkan kita supaya Bersederhana . Tak kira lah dari segi apa pun , bersederhana sudah la .


       Lupakan sementara kisah itu , kita ke cerita seterusnya ,  remaja sekarang bercinta terlalu ‘REAL’ bagaikan sudah berkahwin . Biarpun umur baru berusia belasan tahun , Cinta bagaikan nak rak , tapi fikiran bagaikan kanak kanak . Kerana ini lah kita selalu mendengar cerita gadis belasan hancus kerana percintaan sebegini lah . Aku tidak tahu bagaimana mereka sanggup meneruskan percintaan yang dimurka sebegini . Tiada isi isi kandungan yang penting bagi mereka  untuk mengenali apa itu cinta yang sebenarnya .

Sekadar Gambar Hiasan

     Aku juga pernah bercinta pada masa kejahilan aku dan sekarang Alhamdulillah dapat juga berubah hinggalah Aku juga mampu sampai kesini . Dan lagi kisah percintaan remaja yang sanggup bersusah payah rela melakukan apa saja tetapi tidak mampu menahan dugaan Tuhan . malah disalahkan pula Tuhan Yg Maha Benar . Inilah yang kita semua tidak mahu terjadi . Sudahlah , jangan biarkan pisang berbuah dua kali .

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSVrDHprEV5Rk89Hx8wgRoJx3wkQ_Ry6wUymyf18OFNxxfTmDwuZQ
Sekadar Gambar Hiasan

   Memandangkan Valentine Day hampir dekat , aku percaya makin banyak remaja-remaja melayu sekarang akan beli bunga untuk kekasihnya dan menyambut Valentine Day itu ( 
KEBANYAKAN SAHAJA ) . For What ? hari lain tak boleh kalau romantik sangat pun ? kenapa dengan hari itu juga ? Aku rasa korang tahu apakah hari sebenarnya sebalik perayaan itu . Sudah la , berhenti lah berbuat sedemikian . Cubalah rasa bersalah menyambut Valentine Day ni kerana kita Umat Islam . Aku pun tak lah betul sangat tapi sekurang-kurangnya aku mampu memikikan yang mana baik yang mana buruk dalam hal ni . Kenapa korang tak boleh ? 

  Semacam juga lagu Wings , ''Hidup Bagaikan Pentas Opera''. Kita hidup ni hanyalah sementara sahaja bagaikan kita berlakon di sesuatu pentas . Orang lain melihat , menjadi penonton . Penonton itulah yang melihat gerak geri kita . Ada juga pengkritik , Maka pengkritik itulah yang menasihati diri kita . Ada juga penyokong . Yang penyokong persembahan kita , memberikan semangat untuk kita . Dan yang paling penting adalah persembahan kita . Yang baik kita tunjukkan , maka yang baiklah penonton akan dapat . Jika yang buruk kita tunjukkan , maka ia menjadi kutukan, ikutan dan perbualan buruk oleh penonton yang sedang menyaksikan kita . Dari penonton itulah yang akan menjadi pelapis kita disuatu masa kelak .

  Tak boleh salahkan wanita saja , tak boleh salahkan lelaki juga . Habis nak disalahkan siapa ? Salahkan diri sendiri kerana terlalu hidup dengan minda yang kurang cerdas . Hentikanlah Bercinta Dengan kekasih Illusi , biarlah sekadar sederhana . Sesungguhnya cinta yang abadi dan sejati adalah Cinta Kepada ALLAH S.W.T , Rasulullah S.A.W dan ISLAM.  Salam .

22 comments:

Unknown on February 9, 2011 at 2:31 PM said...

thumbs up AF..sbrnye orang kita terlalu alpa dgn cinta dunia..kalo kita prasan..media barat salah satu punca orang kita berfikiran "setiap orang mesti berkapel"..dan skrg ni jadi la fenomena semua org akan rasa diri tu loser kalo tak berkapel..skrg ni sape2 yg btol2 paham guideline islam baru tak terlalu taksub dgn kapel dan tak sambut benda2 camni..

HEARTBEAT Promosikan Valentine. Apa Kata Anda?

admin on February 9, 2011 at 2:36 PM said...

@Jejaka Terhangat : terima kasih JT kerana sekali lagi sudi menyinggah ke blog aku ni . JT , lihatlah sekitar kita , tidak seperti dulu lagi ...

Dzu Aamal on February 9, 2011 at 2:46 PM said...

oke..mmg pnat CL tggu dr td.. refresh byk kali blog AF. dan CL da nmpk tmpat komen ini !! haha ! spe yang nak smbut valentine yerk?? meyh smbut dgn CL..ahahaha :p

Mr Laici on February 9, 2011 at 3:36 PM said...

saya x pernah sambut valentine.. >< thats not our way to impress to our lady.. ^^


Entry Terbaru: DiLanggar Helikopter!!!

odahonebizz on February 9, 2011 at 4:45 PM said...

Bercinta itu macam orang tunggu bas...yeke?...
BERCINTA ITU MACAM ORANG TUNGGU BAS
MARI MENGAWAN

wanacesh on February 9, 2011 at 5:44 PM said...

bersederhana itu lebih baik :),,jika x mau tingglkan ur love one krn takut mksiat,,nikah je,,if u can't afford,,puasa la haha,,,

Bila kita sama-sama PANAS

admin on February 9, 2011 at 7:54 PM said...

@cik Ladies : huhuhu , sudah ok dah . hehehe , ada2 je CL :p

admin on February 9, 2011 at 7:54 PM said...

@Mr Laici : Alhamdulillah , bagus la

admin on February 9, 2011 at 7:55 PM said...

@odah one = odahone : huhuhu ,

admin on February 9, 2011 at 7:55 PM said...

@wanacesh : yap ! betul tu ! saya menyokong !!

Pemilik secebis on February 9, 2011 at 9:41 PM said...

betul setuju sgt..
org Islam nk sambut buat apa..
tu bukan budaya Islam..

Siti Safiyyah on February 9, 2011 at 11:43 PM said...

gwa single, gwa ok jek? heh, kapel2 ni melaghokan jek..

admin on February 10, 2011 at 6:24 AM said...

@fariza zulaika : yapp . betul tu . Maulidur Rasul , kenapa ramai org melayu tak berapa nak sambut ? valentine day ramai je .. huh !

admin on February 10, 2011 at 6:26 AM said...

@Siti Safiyyah : hihihi , at least gua pun ada couple tadi sehebat mana hang tuah sehebat mana sang harimau , rendah lagi diri ini :)

Mohd Effendi on February 10, 2011 at 8:56 AM said...

farique: pegi mati dengan valentine. hehe.
sambut maulud lg baik. kan kan kan?:)

p/s: maaf kiranya terkasar.

admin on February 10, 2011 at 9:24 AM said...

@Mohd Effendi : huhuhu , takpe2 .meluahkan rasa marah . bagus jangan dipendam :p

asiah abd ghaffar on February 10, 2011 at 9:26 AM said...

bila syaitan merasuk diri, nafsu mula beraja

admin on February 10, 2011 at 9:31 AM said...

@asiah abd ghaffar : benar itu :) .

ema on February 10, 2011 at 12:59 PM said...

btol tu...tak baik sambut valentine...CN ni bukannya baik sgt pon, tp lam masa CN kapel ni, tak penah la sambut valentine.. kebanyakan budak2 la... terpengaruh budaya barat pastu dok tgk cite omputeh sgt...hurrmmm...org dewasa pon ada gak...tak tahu la nak cakap cmana....

fyy mokhtar on February 10, 2011 at 2:34 PM said...

ta payah na valentine sgt lah :) bukan bagus sgt pun. jum kapel? wkakakakakakakaa

admin on February 10, 2011 at 3:48 PM said...

@Nu'nu Safia : huhuh , betul tu . saya sokong . Kita tertipu dan terperdaya oleh media media je ..

admin on February 10, 2011 at 3:49 PM said...

@fyy mokhtar : huhu , saya da ada buah hati sikit :)

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!