Friday, February 4, 2011

Kerana Tension , dia isap dadah , minum arak ..

Sekadar Gambar hiasan
  
 
salam kawan-kawan . AF muncul lagi buat entry ni secepat mungkin . Ape masalah entry kali ni ? tak de salahnya ok . kali ni aku menjelma lagi menceritakan tentang peristiwa lama aku . Ini masa zaman aku jahil sejahil jahilnya . Personal sangat ke ? takde la . itu bagi korang . Tapi bagi aku , ini adalah satu cerita kehidupan yang patut aku kongsikan buat tatapan korang . Tak kesah la lepas ni korang nak label kan aku ni teruk dan apa-apa saja , sekurang-kurangnya aku puas . Puas kerana dah menceritakan apa yang terpendam dalam hati aku . Aku dilema sebenarnya .

  "kerana tension , dia isap dadah.." ni adalah aku ke ? yap . isap gam saja . oops , tipu je kalau perkataan saja tu . Aku isap ganja , telan ubat . Tapi maaflah korang , aku bukannya bangga dengan perbuatan bodoh aku ni , tapi aku nak bercerita tentang diri aku yang korang elak-elakkan . Salah ka ? janganlah anti aku , aku dah berubah . Bukan macam dulu lagi ye . harap dengan apa yang aku nak kongsi ni korang boleh manfaat kan .

 Read more ye ,




  Bangga ka menjadi penagih dadah ? tidak . bagus ka menjadi seorang penagih dadah ? tidak . Habis tu ? sebab tension . Stress dan sebagainya . Kenapa boleh jadi macam tu ? sebab selalu fikir nak bergembira dengan jalan mudah . Sebelum ni tak boleh berfikir ke benda ni buruk ? boleh tetapi tapi galakan dari kawan-kawan . Eh ?! galakan dari kawan-kawan ? silap tu ! Semuanya silap dari kita ! kenapa ? sebab kita yang tidak menggunakan akal untuk berfikir yang mana harus , dan yang mana tidak . Bukan kawan-kawan puncanya , tapi diri kita . Banyak cara untuk kita elakkan dan banyak cara kita cari jalan penyelesaiannya . Semua ini kerana apa ? EMOSI .


Sekadar gambar Hiasan

  Sebab apa EMOSI ? emosi lah yang akan mengawal diri kita apabila kita tak mampu melawannya . Itu lah aku , kawan-kawan . Ini lah aku . Tapi alhamdulillah aku mampu berubah dan menuju kejalan yang lebih elok lagi . Dulu aku ni peminum arak . memang aku dah tak fikir dah halal haram . Sebab apa ? jawapan sebab nak enjoy . Hentikanlah , bila EMOSI mengawal diri kita , maka kita mampu bertindak di luar batasan dan diluar normal . Aku masih tak sedar adakah aku ini beragama Islam pada masa tu . 

  Kerana aku tak yakin Tuhan mampu memberikan aku kejayaan . Tapi akhirnya aku sedar , Tuhan sentiasa memberikan rezeki dan kejayaan buat aku , cuma aku nak tak tahu berusaha dan cetek mengenali apa itu usaha . Sedangkan aku berdalih dariNya dan bergembira hiburkan diri dengan dadah , arak dan sebagainya . Tidak ke bodohnya aku ? aku harap korang yang baik dan yang buruk kat sini . 'Point' aku kat sini , korang tak perlu rasa apa yang aku rasa dulu , sebab Tuhan Maha Pemurah . Sentiasa memberikan rezeki buat kita , tapi cuma kita yang tak tahu dan mencuba nak berusaha .

  Aku nak cerita lagi bab aku ni memang panjang dan kadang-kadang tak membawa maksud dah buat korang . Korang dengar cerita seterusnya . Aku ada seorang kawan baik . Dia juga bekas peminum arak . Alhamdulillah dia dah pulih . Dia ceritakan kat aku , pada suatu hari
ketika dia tengah stress dan tension , dia mahu minum arak . 

   Dalam keadaan sedang menjunjung arak , Tiba-tiba dia terserempak dengan seorang lelaki . Lelaki ni pun tegurlah dia . 

''Assalamualaikum , nama sapa ni ? '', kata lelaki tu . 

''Waalaikumsalam , saya amin .'', Kata kawan saya , amin ( bukan nama sebenar ) . 

'' Oh Amin , sedap nama tu . Kenapa Amin minum arak ni ? tahu tak arak itu haram '', kata lelaki itu . 

" tahu tapi saya sebenarnya tension dan stress , saya nak tenangkan fikiran dan release tension''. Amin bersuara . 

'' Andai tension sekalipun bukan dengan cara sebegini , ermm . Amin kalau tension , stress amin akan buat apa ? Amin akan pergi kat mana ? tanya lelaki itu lagi .

''Saya akan pergi ke pulau yang indah-indah ,saya akan minum sepuas saya , saya akan relax tenangkan perasaan '', Amin berkata-kata menggunakan bahasa kias .

''Ok pulau itu siapa yang buat ?'', tanya lelaki itu lagi .

''Eerr ... Tuhan yang buat '', Balas Amin .

Sekadar gambar hiasan

''Jadi untuk apa Amin ke pulau itu ? lebih baik Amin sembahyang minta petunjuk dan sebagainya . Buat apa membazirkan wang pergi pulau semata-mata nak tenangkan perasaan . Minum ini minum itu semata-mata nak tenangkan fikiran sedangkan jalan mudah untuk mencari ketenangan dan tension adalah Sembahyang Kepada Tuhan , ingat Tuhan . ingat Amin , Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang '', kata lelaki itu mengakhiri perbualan mereka .

  Tamat sudah cerita tentang kawan aku ni . Korang dapat tak mesej yang nak aku sampaikan ? kesimpulannya tiada satu pun perbuatan didunia ini yang mampu menangani masalah kita , tekanan kita dan stress kita melainkan kita Ingat pada Tuhan , sembahyang kepada Nya . Sebab apa yang kita lakukan didunia ini akan mendapat balasan tak kira didunia atau akhirat . Hentikan dari mendengar hasutan syaitan dan bukalah telinga mendengar seruan Illahi . Berkat doa dan usaha aku , akhirnya aku mampu tandingi masalah , tension dan tekanan aku tanpa mencuba benda-benda terlarang ni lagi . Alhamdulillah , terima kasih Tuhan ..

 

17 comments:

Siti Safiyyah on February 4, 2011 at 7:04 PM said...

takpe, at least ko dh berubah.. :) itu yg penting..

Abdul Farique on February 4, 2011 at 7:05 PM said...

@Siti Safiyyah : AMIN .. syg aku tak ? hee :p

redzuan on February 4, 2011 at 7:23 PM said...

kawan ko mmg nama amin ke? ko0 cuba nasihat kwan ko tu. pulih dr ketagihan arak je guna. surh dia bertaubat atas kejahilan dia tu. pintu taubat allah terbuka luas utk hmba2nya yg sellu mengharapkan pengampunan dan rahmat dari-NYA

TOPIK : 5 CARA MENGENALI LELAKI GAY ( HOMOSEKSUAL)

Abdul Farique on February 4, 2011 at 7:30 PM said...

@redzuan : bro , nama pon bekas peminum . dia dah berhenti . AMin , nama samaran saja .

Amir Izzat on February 4, 2011 at 7:32 PM said...

assalamualaikum ya akhi. betul ko minum? tak pa2.. kalau sudah berubah. alhamdulillah. ak kalau tension belum sapai tahap yg akan merubah darah daging ak menjadi hitam. ak pun ada gak sorang kwn nie..minum jugak..tak tahulah nak cakap apa... bekas sekolah agama tp minum..hurm.. semoga kita dilindungi Alah sentiasa.

Abdul Farique on February 4, 2011 at 7:34 PM said...

@Amir Izzat : Alhamdulillah , dah 3 tahun berhenti . betul tu bro . takpa la bro , lepas da benda tu . gua cuma nak sampaikan mesej dari cerita gua ni je ..

liana on February 4, 2011 at 8:51 PM said...

alhamdulillah sdr smpt sedar...mudah-mudahan kita sentiasa ingt mngingati...insyaAllah~

kyo_9 on February 4, 2011 at 9:15 PM said...

pergh.. ape2 pon tahniah bro sebab berjaya meninggalkan perbuatan2 terkutuk tuh.. kalo ade rezeki, join la group nasyid ke ape, leh jadi famous cam Maher Zain ke ape.. ;)

Nordin Aga on February 4, 2011 at 9:36 PM said...

Aku harap ramai je orang yang macam kau ni.. yang dapat kembali ke pangkal jalan.. Keep it up! :)


Jom Join Bloglist Burungman

Abdul Farique on February 4, 2011 at 10:12 PM said...

@liana : Amin . Alhamdulillah :)

Abdul Farique on February 4, 2011 at 10:12 PM said...

@kyo_9 : mengenali kelemahan diri sendiri lebih baik dari menganalisis diri org lain ye tak ? terima kasih bro :)

Abdul Farique on February 4, 2011 at 10:12 PM said...

@Nordin Aga : Amin ! amin !

MiMie AddNin on February 4, 2011 at 11:02 PM said...

alhamdulillah awk dh berubah..
at least kte sedar n dh brubah...
biase la manusia, sume ade salah..
antare sedar x sedar je..
yg penting, selalu mintak petunjuk dn hidayah dariNya...
moga kite same2 jd lebih baik..

Abdul Farique on February 4, 2011 at 11:18 PM said...

@MiMie AddNin : prihatin nye awak ! terima kasih ! Amin :)

Kodet on February 5, 2011 at 1:43 AM said...

rasa mcm mna gam tu erk? heh ...sja tnya

Abdul Farique on February 5, 2011 at 1:46 AM said...

@Kodet : tanya takpa jangan cuba . hihihi . ntah le .. stim dia lain macam

nurulsyazwani binti rosli on September 30, 2011 at 5:17 AM said...

alhamdullilah..
bgusnya awk! tuhan bg hidayah pada hmbaNya yang bertuah.
awk antara yang bertuah.
semoga hidayah trus lekat pada awk. aminn..

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!