Monday, May 9, 2011

Mama , Dengarkanlah Luahan Hati Ini .

     Salam kawan-kawan . Mukadimahnya , Ramai yang menyatakan bahawa hari ibu ini haram untuk disambut tapi bagi aku niat tu lah yang penting . Tak salah kalau sambut kalau kena dengan niat . Tak sambut sejarah dia tapi sambut hari ibu sebab menyambut hari ibu lebih baik dari menyambut Valentine Day yang tiada apa-apa makna . Tak faham ? Ce fikir elok-elok kata-kata gua ni .

 


   Sedikit mengenai peribadi ingin aku sampaikan disini . Seorang Wanita yang aku gelarkan MAMA , yang telah melahirkan aku pada 2 September di Hospital bersalin Kuala Kangsar , Perak . Semuanya rezeki daripada perkahwinan Mama dan Ayah . Ketika itu Mama dan Ayah umur sama , Berkahwin muda dalam umur 19 tahun . Aku dilahirkan dengan wajah yang amat babyface ( mestilah dah baby :sepak ) . Aku dilahirkan selepas 2 orang kakak aku dilahirkan . Susahnya Seorang Ibu untuk melahirkan anak aku rasa semua orang tahu tentang ni . Ada yang sampai terkorban nyawa . Alhamdulillah Mama aku sanggup menggunakan kudrat yang ada untuk melahirkan aku .






   Sayangnya , perkahwinan diantara Mama dan Ayah tidaklah berkekalan . Inilah takdir Tuhan . Tapi aku salute kat Mama kerana still going on . Redha dan menerima hakikat . ye la bukan senang kita nak bangun bila dah jatuh . Daripada dilahirkan di Perak , kemudian dibawa ke Negeri Sembilan ( rumah ayah ) dan kini aku menetap di Pulau Pinang setelah Mama Ayah bercerai . Di Pulau Pinang kami tiada rumah tapi hanya menumpang di rumah Maksu .


   Jodoh pertemuan di tangan Tuhan , Mama dipertemukan dengan Bapa tiri aku yang aku bahasakan dengan panggilan Pakcik . Rezeki Mama dan Pakcik apabila dikurniakan 2 Cahaya mata dan kedua-duanya lelaki . Tapi Mama dan pakcik tidaklah berkekalan lama . ( tak sanggup aku nak cerita semua , :sedih ) . Sedih aku maka lagi sedih la Mama . Tak sanggup aku tengok Mama ketika tu , kesian kat Mama . Tapi Mama tetap professional , Aku salute Mama lagi . 2 Adik ku kini berada di jagaan Pakcik . Kami terus menetap di Pulau Pinang lagi sehingga kini .


   Kini Mama hanyalah seorang Ibu Tunggal , Mama lah ibu , Mama lah Ayah . Walaupun Mama hanya berkerja Kilang , tapi pengorbanan Mama yang sanggup bekerja keras untuk menyara aku tak mampu aku membayarnya . Berat Mata Memandang Berat lagi bahu memikul . Aku pula tidaklah seperti kakak aku yang kini berada di Kolej Pergigian . Dan mengejutkan aku ini adalah seorang yang menganggur kembali . Aku yakin aku mula kembali menyusahkan Mama . Mama maafkan orang , nanti orang carik kerja lain oke .


   Ingat lagi dulu , bila aku tak da kerja dulu . ( Ponteng sekolah pastu kena buang sekolah , SPM takda kerja apa yang boleh dapat kan ? ) . Balik je pergi dapur tengok nasi takde , makanan takde . Punyalah angin tapi ye la kan Mama kerja mana lah larat nak masak . Lepas tu melepak tak tentu arah dan menghabiskan duit Mama dengan membeli barang-barang yang tak patut . Bila aku balik rumah , aku lah selalu menjadi tikus kerana selalu sepahkan rumah dan sepahkan bilik aku sendiri .


   Mama tetap oke ja walaupun perangai aku ni melampau . Walaupun badan ni ada cop kaki , walaupun seribu nasihat dilemparkan kepada aku , aku tetap suka sepahkan rumah . Tapi itu dulu la . Sekarang ni dah kurang sebab berhadapan dengan lappy je . ( ni pun menyusahkan jgak , bil elektrik melambung tinggi . Bil streamyx tak berbayar . ) . Tapi Mama tak berharap sangat kat aku walaupun ini sebab aku , :sedih . Maaflah orang Mama .


   Aku tahu Mama sedikit kecewa dengan aku kerana keputusan akademik aku sangat-sangat teruk . Mama kecewa bila aku takde haluan hidup dah ni . Tapi Mama jangan risau , orang akan buktikan yang orang betul betul berubah . Aku ingat lagi , aku seorang yang sukar bangun tidur . Mama lah mangsa aku yang terpaksa mengejut aku dari tidur bila aku kerja . Sampai letih Mama kejutkan aku tapi aku tetap hanyut dibuai mimpi . Ehh aku bukan saja-saja taknak bangun . Tapi aku ni keturunan ayah . 


   Aku sedar kesilapan aku selama ni kat Mama . Aku sedar semuanya dan aku cuba mencari pucuk pangkal kehidupan aku seterusnya ni . Apa yang kami lalui selama ni adalah berkat kesabaran dan keredhaan seorang Ibu . Tak berubah sebenarnya kasih sayang ibu terhadap kita . Walaupun kita dipukul dan dimarahi oleh ibu , marilah kita fikir apa kesalahan kita hingga membuatkan kita dipukul dan dimarahi . Sesungguhnya mereka menyayangi kita :)


   Nota : Walaupun kasih sayang orang kat Mama , Mama nampak biasa ja , Tapi orang nak Mama tahu yang kasih sayang orang lebih dari apa yang Mama tahu . disebabkan orang anak lelaki yang sedikit merubahkan perasaan manja dan menambahkan ego dalam diri . Last words from me , I LOVE YOU HALIMATON SAADIAH BINTI YUSSOF <3



 http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/36153_144803638898092_100001053692003_249958_6509249_n.jpg



  

26 comments:

ilyia syafira on May 9, 2011 at 4:09 AM said...

alhamdulillah . walaupun orang cakap nak berubah kene ikhlas , tapi sekurang2nya kita kene ada penguat semangat untuk berubah . ape-ape pun , kekura slalu skong AF .
btw , chantek mama AF . :)

admin on May 9, 2011 at 4:12 AM said...

@[kurakura]: Thanks kekura kerana menyokong AF :) . she is the one of beautiful girl in my heart :)

taty rosley on May 9, 2011 at 4:16 AM said...

semoga anda hidup penuh dgn keberkatan . :)

bangge dgn your mom !! selmat berubah . :)

azwashamsuddin on May 9, 2011 at 4:33 AM said...

selamat hari ibu :)

admin on May 9, 2011 at 4:47 AM said...

@taty rosley: thanks comment :) . semoga kata-kata menjadi doa dan pembakar semangat untuk sy :)

admin on May 9, 2011 at 4:48 AM said...

@whitelover: selamat hari ibu :)

cikida on May 9, 2011 at 5:43 AM said...

yeahhh,,baby face ye...hehe..neway,,hargai lah jasa n pengorbanan mak kte ye.smga kte dpt berbakti pula padanya.insyaALLAH..=)

admin on May 9, 2011 at 6:33 AM said...

@cikida: hahaha . ayat perasan tu :p / ye betul tu :) . Semoga kita tak lari dari tanggungjawab kita kepada ibu bapa bila mereka menjelang usia tua :)

Spanar Buruk on May 9, 2011 at 8:21 AM said...

hebatnya mama abdul farique...tak terungkap dgn kata2 betapa hebatnya mama kamu..mama kamu sabar mnghadapi dugaan dari ILAHI..salute mama kamu..

admin on May 9, 2011 at 8:35 AM said...

@budak kedah: berat mata memandang , berat lagi bahu memikul . Mama ku mempunyai hati yang kental . Tp AF tak .. hehe . Thanks Budak Kedah :)

naqiah on May 9, 2011 at 8:53 AM said...

bagi kak naqiah.. ia tetap haram.. valentine same ngan valentine.. kalu ikutkan.. ad pasangan yang halal nak smbut valentine.. sama mcm kite nk smbut hari ibu.. hurrmm.. no komen.. bcoz im not perfect person.. kak naqiah ada pandangan.. tp kak naqiah tetap buat jugak apa y x ptt di buat.. cuma sekdar pndangan.. :)

admin on May 9, 2011 at 9:15 AM said...

@naqiah: kak naqiah tak komen ttg isi tu :( . anyway thanks komen :)

Fariq Jalil on May 9, 2011 at 9:29 AM said...

ok la takmo ckp pasal hukum kat sini.. naqiah takmo komen isi kandungan biar aku komen... ngeh..

better ko gi amek sijil vokasional je bro.. skrg ni sng nak apply mana2 utk sijil.. skm ke skmm ke,, lagi plak benda tu ditanggung kalo tak silap aku.. sampai bila nak harapkan keputusan yg lampau kan.. kalo nak move forward. cari inisiatif baru yg boleh betul2 ubah idup ko..

Unknown on May 9, 2011 at 9:33 AM said...

farique... tabah lah ea... kalau kita susah..ada lg yg lebih susah :)

deeya on May 9, 2011 at 9:50 AM said...

bukan senang nak berubah Que .. dlu saye pun budak degil . smpai sekarang sye msih lagi blajar untuk berubah dri yg baek kpada yg lebih baek .. ingatlah ibu yg melahirkan kte . insyaALLAH kite mampu berubah .. jngan pernah tinggal untuk doakan kesejahteraan ibu ayah ..

semoga Que sekeluarga tabah hadapi segala dugaan hidup .. kat hujung pasti ade sinarnye . sentiasalah senyum .. sayangi diri kamu terlebih dahulu sbelum kamu menyayangi mama kamu .

yupz ! mama Que hebat !! selamat hari ibu puan HALIMATON SAADIAH BINTI YUSSOF .. name sye HALIMATUSSA'DIAH BINTI TUGIMAN . sye harap sye akan sentiase cekal macam makcik .. makcik comel ! macam sye jugak . ahakz ! ^___^

admin on May 9, 2011 at 9:51 AM said...

@Fariq: sijil vokasional ? wow tips terbaik . aku ingat lepas amik SPM persendirian nak try amik tu la :) alang2 dah register kan :) . thanks Fariq sbb sudi comen:)

admin on May 9, 2011 at 9:52 AM said...

@l° ~❤Misz Nadea❤~°l: yeahh Nadea , i try to be a strong Man .. like my mom :)

admin on May 9, 2011 at 9:56 AM said...

@deeya: InsyaAllah berkat doa kawan-kawan dan lain lain . Que harap que mampu berubah jgak . Mama que memang hebat . Que dah tahu nama deeya sebab tgk dari profile :p . thanks sebab sudi komen entry que ni ye :)

Fyqa on May 9, 2011 at 10:27 AM said...

slmata hari ibu.

stiap hri adalah hari ibu :)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine on May 9, 2011 at 10:48 AM said...

memang btol kuat pengorbanan seorang ibu ni kan.. tu la pepatah, tangan ibu yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia kan :)

CG on May 9, 2011 at 11:59 AM said...

xpa bro..lu berubah sket2 eyh..lu cp nk brubah kan,so psneyh lu stdy baek2 tau..jgn hmpakn mama lu untk yg kesekian kalinya..aku pon xktahuan hala gk,so jom kk=ta sma2 berubah eyh.. =)

Syukri Mohtar on May 9, 2011 at 12:01 PM said...

sangat tabah mama AF,bukan sekali kena lalui,tapi 2 kali..salute lah..apa2 pun sayangilah semamsa dia masih ade oke =]

admin on May 9, 2011 at 6:43 PM said...

@Fyqa: selamat hari ibu . yea betul tu :)

admin on May 9, 2011 at 6:44 PM said...

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine: betul ru , nama pun syurga dibawah telapak kaki ibu :)

admin on May 9, 2011 at 6:45 PM said...

@CIK GADIS: baik la CG , gua tengah try nak manja2 ngn pelajaran ni . InsyaAllah suatu hari gua boleh . ehh jom jom :)

admin on May 9, 2011 at 6:45 PM said...

@Syukri Mohtar: ketabahan hati seorang ibu :)

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!