Sedikit petikan dari hmetro :
Faizal berkata, tentera Israel mengelilingi kapal misi bantuan itu dan mengarahkannya berpatah balik sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara, kira-kira tiga batu nautikal berhampiran sempadan Rafah.
Dia menceritakan detik cemas itu ketika menghubungi bilik berita Bernama di sini, melalui panggilan dan SMS menggunakan telefon bimbit dari kapal berkenaan beberapa jam selepas kejadian itu.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira 6.05 pagi waktu tempatan (1.05 pagi waktu Malaysia) apabila kapal yang ditaja Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) dihampiri dua bot tentera laut Israel yang mengelilingi kapal MV Finch selama setengah jam sebelum melepaskan empat das tembakan ke udara menggunakan mesingan.
Katanya, satu daripada tembakan itu hampir mengenai kru kapal rakyat Malaysia, Mohd Jaffery Ariffin, menyebabkan semua di atas kapal menjadi cemas dan menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam kapal.
“Mereka mengarahkan kami berpatah balik ke perairan Mesir. Kami dapat menghubungi tentera Mesir melalui radio untuk mendapatkan bantuan. Sebuah kapal tentera Mesir datang dan bot tentera Israel kemudian beredar dari kawasan berkenaan,” kata Faizal. Daripada 12 orang dalam kapal itu, tujuh rakyat Malaysia manakala yang lain dua kru warga India dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.
Faizal berkata, tindakan tentera Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa kerana melepaskan tembakan kepada orang awam yang tidak bersenjata.''
Israel ni tak abis abis menyekat misi bantuan untuk gaza . Apa yang benci sangat kat gaza ni pun tak tahu la . Apa apa pun harap perjalanan untuk memberi bantuan tu selamat . Hanya Allah yang mampu membalasnya . semoga Gaza aman suatu hari nanti . Mari lah kita berdoa semoga perjalanan kapal misi bantuan kemanusiaan tu berjalan lancar dan selamat . Semoga mereka dilindungi Allah S.W.T. .
tags : kapal MV Finch ditembak, Kapal bantuan dari malaysia ditembak israel, israel tembak kapal bantuan, israel tembak kapal MV finch, israel beri tembakan amaran, Israel shoot .
4 comments:
kuwangjaq betoila Israel nii.. tebantut usaha malaysia nak bantu Palestin.. HUHU
MySuaraBlog: Pilihan Lelaki : Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah?
tu la , ada saja yg nak menghalang misi bantuan untuk gaza , kejam
mereka takut la. bila dah ramai sangat yang bantu GAZA. nanti GAZA bangkit menentang mereka kembali. mereka buat begitu, sebab mereka takut dengan GAZA. Bukan benci. mereka takut mereka dihapuskan oleh GAZA dari muka Bumi ni.
@Blogger Melayu Jawa: dasyat . punya dengki kat GAZA . kejam sungguh ..
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com