Aku tag contest ni kat :-
1) CL
2) Nadea
3) SitiSafiyyah
4) Mr Kerro
5) Feeza Macho
Pasal cinta ke ? at least af banyak pengalaman pasal cinta . So , itu bukanlah satu kenangan pahit yang terlalu membuatkan AF hancur . Sebelum tu AF nak amik mood jap .. hmmm dah sampai . datuk dah sampai .. hayati lah cerita kenangan pahit AF ni yang selalu membelenggu di setiap masa dan tingkah laku AF ..
Bermulalah satu kisah hidupku ketika aku dilahirkan dimuka bumi ni . Kehidupan aku dahulu serba sederhana tapi kasih sayang dari mama tetap ke akhir hayat aku rasai . Iya lah , Islam mengalakkan kita agar bersederhana . Aku sebenarnya seorang lelaki yang minat belajar . Tapi kenapa aku hancur dalam pelajaran ? kenapa aku tak mampu ikut jejak langkah kawan-kawan lain ? kenapa aku tak mampu ? Ketika aku berusia lebih kurang 6 tahun , ibu bapa aku telah bercerai . Aku hidup hanya bertemankan mama . Mama adalah kekasih aku dari dulu sehingga kini dan selamanya .
Walaupun aku masih kecik ketika itu , aku dapat bayangkan dan fahami bagaimana penatnya mama mencari rezeki untuk keluarga . Aku dengan rasa ingin membantu keluarga , aku berjanji dengan diri aku sendiri dan berharap aku akan berjaya dalam pelajaran dan dapat bantu keluarga nanti . Apabila mama diketemukan jodoh dengan ayah tiri aku ( aku panggil pakcik ) , aku tumpang gembira .
Setelah lamanya perkahwinan mama dan pakcik , baru lah pakcik menunjuk belang . Pakcik aku seorang kaki mabuk . Setiap hari apabila dia pulang ke rumah pasti aku menjadi mangsa belasahan beliau . Tapi aku meneruskan kudrat ini untuk terus bertahan , tahan dan bertahan lagi . Demi pelajaran , demi mama . Aku teruskan pencarian ilmu ketika itu . Pernah sekali topi keledar pakcik dihayun ke kepala ku . Ketika itulah aku menurut hati dan lari rumah .
Apabila surut reda dihati , aku pulang ke rumah dengan kesakitan dan kepenatan . Tiada siapa yang fahami aku ketika itu , hanya mama dan kakak yang menemani aku dan merawat sakit luka aku . Ketika dan saat itu , aku nak hilang arah tuju . Aku rasa bagaikan kurang kasih sayang dari seorang ayah . Aku akui aku seorang anak yang manja . Mungkin disebabkan aku anak bongsu dalam keluarga kandung . Apabila mama dan pakcik dikurniakan cahaya mata , terus terang aku akui aku cemburu kerana mama lebihkan adik .
Aku sebenarnya tak kisah , sebab itu adik aku juga . Tapi kalau keluarga aku bahagia tak mengapa juga ini pula selalu saja berlaku perkara tak diingini . Aku stress dan tension kerana akulah mangsa tegar ketika itu . Apa salah aku ? mengapa aku selalu dibelasah dan dipukul ? maafkan aku jika aku bersalah . Aku faham tanggunjawab seorang bapa tapi apa salah aku ?
Sekali lagi aku jatuh . Setelah tak tahan tinggal di penang kerana asyik menjadi mangsa , aku berhijrah ke negeri sembilan dan bersekolah disana . Ketika aku di negeri sembilan masa dan pakcik sudah pun bercerai . Hampir setahun aku di negeri sembilan , pada tahun itu aku akan mengambil PMR . Diatas desakan kata rindu dan sepi tanpa kasih sayang mama , aku pulang ke penang untuk bersama mama tanpa menghiraukan tentang pelajaran lagi . Mama tak mampu nak bantu aku seolah olah mama faham aku tekanan ketika itu .
Setelah hampir 3 bulan di penang dan tinggal di rumah sahaja , aku berusaha mencari kerja pada tahun 2007 . Berbagai perkerjaan yang aku lakukan untuk membantu mama . Daripada security guard , promoter , sale assistant , dan macam macam lagi . Ketika aku berkerja inilah aku mengenali dadah dan arak . Aku enjoy untuk tenangkan fikiranku dan niat mahu hilangkan tekanan walaupun ketika itu aku sedar bahawa itu adalah satu dosa besar . Pada tahun 2008 , aku telah berjaya membuka hati aku ke jalan yang benar . Akhirnya aku dapat tinggalkan semua tabiat dan perbuatan aku yang dulu .
Pada pertengahan 2008 , aku kembali masuk ke sekolah tetapi semangat aku untuk belajar sudah hancur dan aku masuk ke sekolah diatas desakan kakak dan mama . Tapi aku tak mampu menipu mama kerana setiap hari duit sekolah yang mama bagi aku gunakan untuk bermain permainan online di CC . Daripada aku menipu lebih baik aku berhenti , aku kembali berkerja dan terus melupakan tentang pelajaran dan SPM .
Dan sehingga kini , ketika ini pada tahun 2011 ni , aku mula rasa menyesal apabila aku bangkit dari mimpi ini . Aku terasa bagaikan memilih jalan yang salah . Aku nak cari jalan keluar dan selesaikan masalah ini . Aku dah tak tentu arah sekarang . Aku pandang kiri aku pandang kanan , kawan-kawan aku berjaya ke puncak menara gading . Tapi aku ? ohhh aku menyesal sekali . Aku menyesal .. Tapi aku luahkan segala kudrat yang aku ada untuk bangun semula . InsyaAllah , Sesungguhnya kenangan pahit ini lah yang menjadi darah daging dan memori pertama ketika bangun dari tidur .
Nota : entri ini dibuat bukanlah untuk mengaibkan pakcik aku tetapi banyak kesimpulan yang aku ingin ceritakan . Ingat , arak itu sesungguhnya ibu segala kejahatan . Arak itu mampu menghancurkan kita dan keluarga . Sesungguhnya bila tekanan menguasai diri , nescaya kita akan cuba menghalau nya dari fikiran dan kita pasti mencari jalan keluar . Tetapi carilah jalan keluar yang diredhai Allah . Ingat pepatah orang-orang tua , sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna lagi . Jatuh itu tak semestinya jauh selamanya tapi bangunlah kerana usaha itu tangga kejayaan . Semoga cerita Kenangan pahit aku ni dapat memberi pengajaran dan tauladan untuk menjalani resepi hidup .
DISCLAIMERS : Kenangan pahit ini untuk dikongsi dan bukannya semata-mata kerana contest tapi aku ingin tunjukkan contoh apabila tekanan menguasai diri , maka jadikan orang seperti aku . kita diberikan peluang ketika kita hidup , dan jangan sia-sia kan peluang itu kerana hidup kita hanya sekali . Jadi berbaktilah kepada ibubapa dan berlajarlah rajin rajin kawan . Kata-kata tak dapat mengambarkan keadaan sebenar diri aku :( Assalam .
15 comments:
jangan terjebak dengan benda benda yang tak elok tahu??
nak join tp takde org tag , so taknak join. ngahahaaa . XD
alhamdulillah af dah berubah . sekurang2nya ALLAH masih sayangkan af , masih ade lagi sinar hidayahNya untuk af . teruskan mencari hidayahNya okay . :)
@fyy mokhtar: ye , tahu . takpe itu semua kenangan pahit .. saya dah tinggalkan :terharu
@[kurakura]: saya pun takde orang tag tp tergerak hati nak join :terharu
@[kurakura]: terima kasih diatas kata-kata semangat awak . saya sedar semua ni buruk dan niat saya , saya nak orang tahu ape akibatnya kalau biarkan tekanan menguasai diri .. macam sy la akan jadi . Jadi , sayangilah keluarga dan relax la hati dengan jalan yang benar ..
sedih baca kisah hidup af. tabahkan hati ok. dan ss harap satu ari nanti af akan berjaya dalam hidup af walaupon af penah gagal dulu. =)
Allah uji af sbb Allah syg, dia tahu af mampu hadapi..ingat, pintu taubat itu luas, keampunan Allah lebih besar dari murka-Nya. af patut rasa bahagia sbb Allah pilih af untuk diuji..senyum sikit :)
@Siti Safiyyah: semoga kata-kata dari ss menjadi doa dan termakbul suatu hari nanti . terima kasih ss :)
@WNfWI: terima kasih kerana menasihati af . af tahu Tuhan maha adil lagi maha penyayang . AF tetap nak teruskan perjuangan hidup ni ! . terima kasih bg semangat kat af . senyum ? ^___________^
ta mo cenggitu... gud luk af... :mujuk
@naqiah: thanks akak . ^_^
ok ss dah join. hehe. thanks sbb tag :)
http://www.sitisafiyyah.com/2011/05/kenangan-pahitku-contest.html
@Siti Safiyyah: ss thanks for join dan menyahut yea :p
maaf af. bru taw. xptot tny td. maaf.
Post a Comment
Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com