Sunday, May 1, 2011

Bila Hari Ibu Menjelma ..

     Salam kawan-kawan . Kehidupan aku hanyalah berseri dengan kasih sayang seorang ibu yang aku agungkan dengan Mama . Kedua ibubapa aku telah pun bercerai ketika kecil dahulu . Mama sahaja la tempat aku bermanja dan tempat aku mengadu . Seharian Mama berkerja mencari rezeki untuk menyara kehidupan aku dan kakak . Dimana letih penat seorang wanita yang bergelar ibu terpaksa membanting tulang mencari rezeki buat anak-anak , tak semua ketahui .


 


   Walaupun kehidupan kami sederhana , Mama telah cuba memenuhi permintaan aku dan kakak . Tapi aku tak sedar , betapa letihnya mencari wang . Ye la dulu kecik-kecik , bukannya kenal erti pengorbanan . Susah payah seorang ibu tak pernah kita fahami . 





   Walaupun hati Mama banyak terluka oleh sikap dan tingkah laku aku dan kakak , dia tetap mudah memaafkan kami walaupun makan masa . Dulu aku hilangkan kamera digital Mama , aku curi duit Mama , aku sepahkan rumah dan macam-macam lain perangai aku yang menyakitkan hati Mama . Berbekas jugak badan aku kena belasah . Masa tu aku benci kat Mama , marah kat Mama . Tapi sekarang aku sedar , Mama penat cari duit aku senang-senang curi , hilangkan barang . Mama penat letih balik kerja , aku sepahkan rumah .


 


    Kadang-kadang dulu aku tak faham , kenapa Mama masih menerima dan memaafkan kesalahan aku walaupun sebesar mana yang pernah aku lakukan ni ? Tapi sekarang baru aku mengerti , Sayang Ibu kepada seorang anak jauh beza dengan sayang kekasih kepada seorang lelaki . Walaupun kita dipukul oleh ibu , janganlah kita fikir bahawa ibu kita benci kepada kita . Bila kita dah ada keluarga sendiri kelak , kita akan tahu apa maksud "sayang anak tangan-tangankan" . 


   Walaupun aku seorang lelaki , aku akui aku lemah tanpa Mama . Walaupun suatu hari nanti aku terpaksa merantau , aku akan jatuh tanpa kasih sayang seorang Ibu lagi . Walaupun aku selalu tinggi suara dengan Mama , aku 100% menyayangi Mama . Maafkan aku Mama . Aku ingat lagi masa aku sakit , Mama lah yang setia menemani aku . Aku ingat lagi masa aku keluar dari lokap , Mama lah yang sanggup mengambil aku pulang walaupun kami tiada kenderaan . 


   Kadang-kadang kita lupa , kasih sayang seorang ibu lebih jauh beza dengan kasih sayang seorang kekasih . Ingatlah bahawa tanpa Ibu siapalah kita , tanpa kasih sayang seorang ibu layu lah kita . Bayangkan kita kerja sedikit dah penat , letih lepas tu tak larat nak buat ini itu , lepas tu bad mood . Tapi ibu dan ayah kita macam mana dulu ? boleh je senyum kat kita dan bergurau senda dengan kita kan ? takde bad mood pon :) . Ibu boleh je terus pergi masak kat anak-anak walaupun tengah letih .

 

NOTA : Kesimpulannya , ibu adalah harta kita yang paling berharga didunia ini kerana kasih sayang seorang ibu tak dapat dinilai dan dibeli . Tetapi kasih sayang seorang kekasih mudah dinilai dan dibeli , PERCAYALAH . Sebenarnya ibu adalah Kekasih Awal Dan Akhir kita didunia ini . Tanpa ibu siapalah kita , Tanpa kasih sayang ibu layu lah kita . Ingat , tak kira lah walaupun sebelum sempena hari ibu pada 8 May 2011 ni , marilah kita meminta maaf kepada ibu kerana setiap hari pasti kita akan melakukan salah kepada ibu walaupun tanpa kita sedar . I Love U Mama :)



24 comments:

Unknown on May 1, 2011 at 3:17 PM said...

so sad :( bila bicara tentang ibu n bapa ni..mang tersentuh... :(

miss my mom :( jauhh dari dia.. uwaa!!~ :(

admin on May 1, 2011 at 3:23 PM said...

@l° ~❤Misz Nadea❤~°l: sayangi lah ibubapa selagi mereka masih ada kan :)

E-ra paSha on May 1, 2011 at 3:48 PM said...

huxhux!! touching bace entry ni..
e-ra syg mamaaaaaaa!!!!

feeza macho on May 1, 2011 at 4:06 PM said...

T____________T

miss ct on May 1, 2011 at 4:41 PM said...

Assalamualaikum farique...
redha ibu bapa merupakan redha Allah.. selagi mereka hidup, bahagiakan mereka.. selalunya, org akan hargai setelah tiada...marilah kita hargai, jaga mereka semasa mereka hidup =)

shamyheart on May 1, 2011 at 4:41 PM said...

love them too

admin on May 1, 2011 at 4:46 PM said...

@E-ra paSha: me too :'(

admin on May 1, 2011 at 4:47 PM said...

@misS FEeza macho !: jangan la nangis :(

admin on May 1, 2011 at 4:47 PM said...

@miss ct: Wassalam . Ya , selagi masih sempat .. marilah kita menghargai :)

admin on May 1, 2011 at 4:48 PM said...

@sha:Same with me :)

Anonymous said...

betullah, kita ni memang sebagai anak tiada benda lain yang kita lebih sayang selain ibu, sedih bila baca n3 af, sebab fa sendiri ada jugak sakitkan hati ibu, ada buat ibu menangis...

jadi biarla kita myesal skrg sbb myesal kemudian hair tiada gunanya...

seronokkan bila kita memahami apa yang ibu cuba lakukan pada kita, smuanya utk kebaikan diri kita jugak kan? :terharu

Unknown on May 1, 2011 at 9:51 PM said...

Syurga di bawah telapak kaki ibu....

Unknown on May 1, 2011 at 10:27 PM said...

-.-

byknye dosa pada mak, -.-
kadang2 kita lakukannya tanpa sedar.

sayang mak sy, syg mak awk jugak :P

Enchik Nine on May 1, 2011 at 11:02 PM said...

Adoi... Rindu mak...

myetech9[dot]com @ Enchik Nine

Zac Rega on May 2, 2011 at 11:38 AM said...

sesungguhnya orang yang menyayangi ibunya dan taat kepada ibunya .. masuk syurga kerana syurga ditelapak kaki ibu .. zac syg mama zac !!

admin on May 2, 2011 at 4:28 PM said...

@cik aufa faqihah: tu la kan .. af tak mampu hidup tanpa mama . tp suatu hari terpaksa teruskan :(

admin on May 2, 2011 at 4:28 PM said...

@Khairil: benar tu :)

admin on May 2, 2011 at 4:29 PM said...

@ainina jelani: syg awak jgak , boleh ke camtue ? hehee :)

admin on May 2, 2011 at 4:29 PM said...

@Izzuddin Fauzi: ni mesti berjauhan dengan mak ni .. huhu :(

admin on May 2, 2011 at 4:30 PM said...

@@!ZaHiR!@: AF syg mama AF jgak !!

Anonymous said...

Assalam...sabar AF.semoga dimurahkan rezeki...iyerlaa, ibu kita walaupun penat bekerja dan buat kerja rumah...masih boleh tersenyum dan layan anak-anak dgn kasih sayang...harap2 dpt membalas budi mereka semasa hayat masih hidup.besar pahala berbuat baik pada ibubapa...

Terbaru►News : Oil Prices UP Don't Worry

admin on May 5, 2011 at 7:10 PM said...

@►AdamXis◄: Wassalam , af tetap sayang mama :) . terima kasih . semoga AdamXis dimurahkan rezeki juga :)

Anonymous said...

untung kpd mereka yg still ad mak kandung....=(...aq dh lme x dpt sra ksh syg s'org mak...ksh syg s'org mak x sme ngn ksh syg kekasih..btol pe yg af ckp 2...hargaila mereka selagi mereka msh b'nafas d'dunia ini...hurmm....aq amt merindui mu...ibu...arwahyarhamah FARIDAH BT HASSAN..smoge roh ibu..d'tmptkn tmpt yg solehah...amin..AL-FATIHAH..

admin on May 17, 2011 at 10:28 AM said...

@Anonymous: betul tu . semoga awak mampu jalani kehidupan tanpa seorang ibu :( . Amin :)

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!