Thursday, May 5, 2011

Luahan Hati Seorang Adik

      Salam kawan-kawan . Kehidupan aku berbeza dari orang lain . Aku tiada abang dan aku tiada ayah (bercerai) . Walaupun kehidupan keluarga sederhana tetapi aku tetap rasa kurang kerana tanpa kasih sayang seorang ayah . Biasa lah , tiada apa yang dapat memenuhi kesemua keinginan kita kerana bukan semuanya sempurna . Dalam keluarga aku , aku hanya memiliki 2 kakak yang sangat-sangat aku sayang .


   

   Tapi kalaulah diizinkan , aku mahu seorang abang dan aku mahukan ayah . Aku adalah anak bongsu dalam keluarga yang hanya ada adik-adik tiri . Tetapi aku tetap sayang adik-adik aku . Mengenai kakak aku , aku terlalu sayangkan kakak . Tapi aku tak mampu nak nasihat kakak jikalau dia melakukan salah kerana aku hanyalah seorang adik dan kuasa aku sebagai seorang adik sangat rendah .






    Kadang-kadang aku risau bila kakak aku balik rumah lewat , keluar malam-malam . Aku takut jadi apa-apa pulak . Tapi apakan dayaku , aku hanya mampu bercakap tapi tak mampu menghalang kerana aku hanyalah ADIK . Kalaulah aku ada abang , pasti abang akan jaga kakak . Kalaulah aku ada abang , pasti abang akan marah kakak kalau balik lambat . Kalaulah aku ada abang , pasti abang akan pukul aku setiap kali aku buat salah . Aku suka dipukul oleh keluarga aku bila aku buat salah , sekurang-kurangnya aku boleh beringat . Aku dah biasa .


   Andai sekarang ni ayah masih ada kat rumah , dah lama aku kena marah kalau tidur lambat . Kalau ayah masih ada , dah lama kakak kena marah kalau balik lambat . Tapi aku tiada ayah , aku tiada abang . Aku tak mampu nak arah sesiapa dan aku tak mampu perbaiki apa-apa kerana aku adalah seorang ADIK bongsu .



   Aku sunyi tanpa abang dan ayah . Tapi aku masih mempunyai keluarga yang bahagia walaupun tidaklah sempurna . Apa-apa pun walau aku ini seorang ADIK , tapi kuasa aku besar bila ayah sudah tiada kerana akulah wali kepada kakak-kakak aku . Walaupun aku ini seorang ADIK tapi kuasa aku besar untuk memelihara nama keluarga dan menjaga mama kerana aku hanyalah seorang ADIK lelaki . Aku betul betul mengharap agar kakak-kakak aku tak terasa hati bila membaca entri ni kerana aku selalu marah kat kakak , aku selalu suka buat besar kepala dan aku selalu naik tangan kat kakak .


  Sebab aku terlalu menyayangi kakak-kakak aku dan mama . Walaupun aku ini seorang ADIK tapi ingatlah bahawa kadang-kadang kata kata aku betul dan kadang-kadang kata kata aku salah . Jadi sentiasa gunakan akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk . Setiap amarah aku dan kekasaran aku kat kakak dan mama adalah kerana AKULAH ADIK AKULAH ABANG . Semoga mereka mengerti apa yang aku berikan selama ni . Assalam .


  NOTA : Andai kita tidak memiliki keluarga yang lengkap , ingatlah dan selalu berfikirlah bahawa pasti ada yang melengkapkan kehidupan kita . Setiap kejadian itu pasti ada hikmahNya . Mainkanlah watak peranan kita didalam keluarga kerana sukar untuk serta merta mendapat keluarga yang bahagia . Semuanya akan datang apabila kita bersyukur dan memperbaiki diri masing-masing :)

36 comments:

Unknown on May 5, 2011 at 6:21 PM said...

:angguk..
Xsalah kalau tegur kan?

nsms on May 5, 2011 at 6:24 PM said...

fariq jgn sedih2.. ingt tau, Allah tu Maha Adil.. bersabar dan insya-Allah kesabaran fariq nt akan terbalas. Jgn lupa 1 perkara, Allah sntiasa ada di sisi fariq tau T_T .. usaha, doa dan tawakal.. :D

Anonymous said...

farid..kak sdih la..bce blog nie.ase cm nk ngs...ape2 pown..farid kne kuat...kak penah b'ada dlm kuarge farid...kak tau sumenye..kak x penah bnci farid..kakak n mama...k...kak hrp..faird dpt jdi insan yg sempurna...farid dh jdi ketua kuarge kt umh 2...coz farid lelaki...farid kne jdi p'bimbing..kak doakn yg t'baik tok farid...nie sume dugaan...

dillaazman on May 5, 2011 at 6:37 PM said...

ok. sedih.

シmashiEyシ on May 5, 2011 at 6:51 PM said...

luahan hati seorang adik -> TERBAEK !
smemangnya anda adik yg baek & bertanggungjawab =)

Aya Maya on May 5, 2011 at 7:02 PM said...

sabar byk2 AF.

Unknown on May 5, 2011 at 7:06 PM said...

wahh... so sad.. sabar ea.. walaupun awak adik..tapi awakkan lelaki... sy takda abg..dan sy seorang kakak yang degil..namun adik sy selalu tegur sy..walaupun kadang2 sy geram ngan dia..dia ingat dia abg.tp..mama selalu pesan..dia tetap abg sebab dia lelaki.. cume janganlah sampai tak hormat kakak :)

admin on May 5, 2011 at 7:06 PM said...

@KAIEZU: yap , tak salah tapi takut :)

admin on May 5, 2011 at 7:07 PM said...

@Sarah: Sentiasa percaya Tuhan disisi sbb tu af still berani :)

admin on May 5, 2011 at 7:07 PM said...

@Anonymous: doakan semoga keluarga kami menjadi keluarga yang Bahagia oke :)

admin on May 5, 2011 at 7:07 PM said...

@dillaazman: :(

admin on May 5, 2011 at 7:08 PM said...

@シmashiEyシ: terima kasih mashiey :)

admin on May 5, 2011 at 7:08 PM said...

@Aya Maya: oke , af mencuba :)

feeza macho on May 5, 2011 at 7:32 PM said...

adik aku pon sekor je laki kat umah tuh -,-"

cmne lah nanty ek .

aku pon salu kena bantai :angguk

tp skrg dah jd budak baik :Angguk :malu :lari

Anonymous said...

Semuanya akan datang apabila kita bersyukur dan memperbaiki diri masing-masing :)

suka ayat ni. fariq betul tu, itu semua ujian. Its ok lau AF rasa tindakan AF betul move on, nasihatlah semanis yg mungkin agar kakak AF leh terima ok :)

admin on May 5, 2011 at 7:44 PM said...

@si macho: takpe . kalau adik kau tegur kau bila rasa kau ada wat salah tu , dengar la . tu tandanya adik kau sayang sgt kat kau :)

admin on May 5, 2011 at 7:45 PM said...

@cik AF: :) . baik . AF dengar tu , tanpa nasihat orang kita akan down kan :) . thanks ye visit :) n komen :)

admin on May 5, 2011 at 7:46 PM said...

@l° ~❤Misz Nadea❤~°l: betul , tapi apabila adik kita menegur kesalahan dia . bukanlah bermakna adik tu buat besar kepala tp adik tu sayang kat kita :(

Unknown on May 5, 2011 at 7:51 PM said...

kakak ko kluar malam2 , ko x try follow tgk apa dia buat ke ?

admin on May 5, 2011 at 7:57 PM said...

@!! Kodet !!: maksud aku , kalau dia kuar malam-malam ngn kawan2 dia la . at least kuar ngn kawan2 . tp aku risau la ..

zati embong on May 5, 2011 at 8:02 PM said...

mungkin skrg diorg tgk dik still adik diorg yg kecik.but one day nnti, diorg akan nmpak adik diorg dah besar n matang O.o

admin on May 5, 2011 at 8:09 PM said...

@zati embong: agaknya masa tu la baru niat kita dikenali ye :(

fyy mokhtar on May 5, 2011 at 8:09 PM said...

af :sabar la.fyka le jadi akak :)

admin on May 5, 2011 at 8:10 PM said...

@fyy mokhtar: baik fyka , takmo la fyka la jadi adik :p

syafiqsulaiman on May 5, 2011 at 8:10 PM said...

Personally, mmg susah skit nak tegur klo kte ni adik..
aku ni abg sulung..
senang sikit nak tegur adik2..

ko boleh je tegur akak2 ko..
tp kdg2 dia org akan rase, ko adik je..
tp klo ko abg, mst akak2 ko akan lebih dgr nasihat ko..

ape yg ko boleh buat, try la suruh mak ko tegur akak2 ko.. klo mak tegur lagi ok rasenya..

admin on May 5, 2011 at 8:14 PM said...

@syafiqsulaiman: tu la kan , kalau adik je .. memang susah sikit nak tego . hmm terima je la bro .. gua harap suatu hari dia faham niat gua ni ..

athirah on May 5, 2011 at 8:15 PM said...

tabah aw abang. tawakall selaluu..na nangiss bace entry ni..:( cuz adek same mcam abang. bongsu. nk adikkk..selalu hrap ade adikk. tpii sayangg..mama ad penyakit. adek beradek dua jerp..abg jage adek,adek jage abang. abng sayang adek. adek sayang abang. tu jerp hidup kami. ape ape pon. adek tetap bersyukur kerana mempunyai keluarga bahagia.

Wan on May 5, 2011 at 8:16 PM said...

kau mungkin boleh minta mak kau yang tegurkan kakak-kakak kau. kau cakap dekat mak kau masalah diorang, biar wanita bincangkan hal diorang. kita usaha je. nice entry. sebak aku.

E-ra paSha on May 5, 2011 at 9:37 PM said...

T____T

AF..sabar k..mungkn da jln hidup AF..
tp percyalah..stiap yg berlaku pasti ada hkmah nya..=)

admin on May 5, 2011 at 9:48 PM said...

@hey ! im miss chapaholic !: Adek sabar tau . adik rasa abg farique lagi ni . cuma biasala skank abg bz sikit . lau abg oke , kita leh rapat2 mcm dulu lagi . ingat ye jaga hati keluarga tau :)

admin on May 5, 2011 at 9:49 PM said...

@Wan: mak aku makin lama makin tua , tak larat la tgk dia geram2 :(

admin on May 5, 2011 at 9:49 PM said...

@E-ra paSha: betul , cuma usaha supaya kita mampu melaluinya . :(

farysa on May 5, 2011 at 11:52 PM said...

Allah tak pernah pilih kasih.apa yg Dia berikan ada hikmahnya.bukan semua keluarga yang dilengkapi ahli keluarga bahagia.bersyukurlah,sekurangnya kamu masih ada ahli keluarga,masih ada orang yg hanya tinggal sebatang kara dlm dunia ni.

feyza on May 6, 2011 at 12:37 AM said...

sayalah kakak sayalah adik..~~
wuuu..

admin on May 6, 2011 at 3:17 PM said...

@farysa: betul , sebab itu saya katakan tak semua orang sempurna . At least macam ni pun ada kelbihan jgak kan :) . Anyway thanks sudi coment yea :)

admin on May 6, 2011 at 3:18 PM said...

@Pijahh' de-Arr: anak tunggal ke ? takpe la ok ape :)

Post a Comment

Terima Kasih sebab komen, tapi komen ancaman, ugutan, hasutan akan didelete ya :).jom like fanpage facebook AF :) FB AbdulFarique.com

 

Riwayat Seorang Insan Hina Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!